Sunday 4 July 2010

Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ): Tempat Lahirku..

Ha..nehla gate blakang hospital sultanah nur zahirah kuala terengganu.Gate depan Aq x jumpe la plax sorry.BTW,Gate adalah pintu pagar,tempat untuk kite masuk kesesuatu tempat..kui3.Dengar citenyer hospital neh menghadap laut china selatan tapi xtaw la btol ke x.
To be frank,menurut kate mak aq,aq xpenah dah menjejakkan kali ke hospital neh semenjak aq dilahirkan.
So maknenyer selama lbeh kurang 12 tahun penghidupan aq dinegeri terengganu darul iman neh,cume sekali itulah aq menjejakkan kali ke rumah sakit ini..itupown dikala aq masih bayi ag..hik3.So lagi,nak dijadikan cerita pada maghrib tanggal 7 februari 1989,lahirlah seorang bayi yang pada mase i2 tidak dibagi nama lagi.(akulah 2).Mase aq mule Kuor menjengah dunia,mak aq cakap aq senyap jer x nanes pown.Makku kaget kerana menyangkakan anaknye neh bisu..apalah  mak neh,jangan kaget dong..saye x bisu la.saye juz xnak buat pencemaran bunyi (sound pollution) jer..ngee.Pada masa yang same,saye yang masih bayi i2 tersenyum sambil dalam hati terdetik kesyukuran kerana diberikan kesempatan oleh Allah Rabbul Jalil untuk hidup menjengah alam semester ini merangkap masterpiece-NYA yg teragung.Seminggu selepas itu,bayi i2 diberi nama Muhammad Firdaus Bin Ab Alim,nama yang tertera di kad pengenalanku sekarang..

Sedikit info tentang tempat lahirnya insan bernama muhammad firdaus ini:

1-Menurut wikipedia,Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ) juga boleh dirujuk sebagai Hospital Besar Kuala Terengganu merupakan sebuah hospital yang terletak di Bandaraya KT.Pada 2 disember 2006 namanya telah ditukar kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah seterusnya dimasyurkan oleh sultan Terengganu ketika itu,Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin.

2-Terletak di bahagian pinggir bandaraya KT,berhampiran dengan pantai Batu Buruk yg femes 2 meliputi kawasan seluas 21.9 hektar.

3-Diberitahu bahawa hospital ini memulakan perkhidmatannya pada awal era 20-an.(sejarah penubuhan Hospital)

4-Bangunan yang tersergam sekarang telah dirasmikan oleh sultan Terengganu terdahulu,Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah,ayahanda kepada Sultan Mizan Zainal Abidin(sejarah penubuhan Hospital)

5-Penamaan semula daripada Hospital Kuala Terengganu kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah bertujuan memotivasikan kakitangan hospital untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat jelata.

6-Nama baru hospital ini bersempena nama sultanah Terengganu yang juga Raja Permaisuri Agung sekarang.

7-HSNZ diberitakan mempunyai 821 buah katil,28 wad,9 klinik pakar,16 dewan bedah,13 dewan bersalin+1 dewan bedah bersalin serta 19 kepakaran klinikal(xtaw pown ape benda neh..pakat tulih ja)

8-Merupakan hospital utama dan rujukan bagi hospital2 daerah di negeri Terengganu.Mempunyai kira2 2400 kakitangan.

LOGO Hospital Sultanah Nur Zahirah:



MISI Hospital Sultanah Nur Zahirah:

VISI/OBJEKTIF Hospital Sultanah Nur Zahirah:

-Menyediakan perkhidmatan penyaringan dan pengesanan penyakit yang tepat
-Memberi perkhidmatan perubatan,perawatan dan pemulihan yang berkesan menggunakan teknologi terkini yang bersesuaian.
-Membekalkan maklumat dan maklumat pendidikan kesihatan yang tekini dan mudah difahami
-Menawarkan perkhidmatan yang sentiasa mengutamakan kepuasan dan keselesaan pelanggan

DASAR/POLISI PERKHIDMATAN Hospital Sultanah Nur Zahirah:

 Sumber:              1-Wikipedia.com,ensiklopedia bebas
                               2-Laman web HSNZ:
                               hsnzkt.moh.gov.my







0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk