Thursday 10 February 2011

Ianya Berlaku Di Mana-Mana

  Apa ek yang boleh berlaku di mana-mana? kematian? yes..itu satu.Tapi Daus tak nak lah bercerita tentang kematian.Sedeh la.Daus sini nak cerita satu lagi perkara yang boleh berlaku dimana-mana.Musibah.Ya..sesungguhnya musibah berlaku dimana-mana,tidak mengira masa..samada kita bersedia atau tidak..ianya tetap berlaku.Boleh jadi musibah itu berlaku dalam bentuk kematian tadi,kehilangan orang yang dekat dan kita sayang atau dalam bentuk ujian seperti bencana alam dan sebagainya.Musibah boleh jadi sebagai teguran Allah keatas sikap kita semua yang enggak2 atau sebagai ujianNya kepada kita hambanya yang kerdil.Ntah papa ayat akuh.

  Bercakap pasal musibah..Daus baru sahaja mengalami apa yang boleh dikatakan sebagai musibah itu.walaupun tidaklah berskala besar dan melibatkan kehilangan jiwa,ianya tetap berlaku seperti yang Daus da mention kat atas.Apa yang berlaku sudah cukup untuk membuatkan Daus duduk berfikir sejenak..manusia ini banyak ragamnya..dan sesungguhnya Daus ni banyak khilafnya.Apa yang berlaku?..Daus kehilangan dompet dan henset Daus dekat SURAU terminal makmur semasa menunaikan solat sebelum bertolak pulang ke lembah sintok yang permai seperti biasanya ni.Ianya berlaku sekelip mata,tanpa ada seorang pun dalam surau tu perasan.

  Mungkin memang salah Daus letakkan beg tu kat belakang tapi mereka yang melakukan kerja tu tak sedarkah yang mereka berada dalam surau ketika itu.Itu yang Daus kesalkan sangat.Kesal jugak kat diri sendiri sebab letakkan beg tu sesuka hati tapi Daus lagi kesal dekat mereka2 itu.Ada dekat 100 ringgit dalam dompet tu dan henset 5800 XM sebuah turut ilang.Daus boleh bagi lau mereka tu memang perlukan duit(macam banyak jerkan duit) tapi sekurang-kurangnya jangan sampai mencuri dalam surau pulak tu.Apa yang Daus harapkan mereka2 itu pulangkan kad matriks dan kad2 bank Daus..Tu Je.Mungkinkah ini balasan dari Allah terhadap kelalaian Daus selama ini?.Mungkin.WaAllahualam.

Jangan Sampai Lintasan ini muncul disurau pula selepas ini.Nauzubillahiminzalik


Kesimpulannya: 
1-Pihak pengurusan Terminal Makmur boleh menimbang untuk memasang CCTV.
2-Manusia banyak ragamnya dan sukar untuk dijangka tindak tanduknya.
3-Sesungguhnya surau merupakan tempat suci,rumah Allah..tetapi jangan menganggap ianya selamat dari jenayah.Peliharalah kesuciannya.
4-Beringat sebelum kena.Jangan lalai walau sesaat

8 comments:

  1. sabar2 la k..harap2 org yg mencuri tu bagi balik harta wak k..

    ReplyDelete
  2. iyer...bg kad matrik ngn ic dala

    ReplyDelete
  3. Taw xper...hihi..jge baik2 taw yg hang punyer

    ReplyDelete
  4. dalam surau pun boleh manusia zaman sekarang nih..

    ReplyDelete
  5. yeah. musibah itu takdir.. kita sebagai orang islam memang x boleh nak tolak takdir..
    erm, macam2la orang skang ni..
    dalam masjid pownnak curi..
    btw, smoga pencuri tu insaf and pulangkan balik apa yang dia curi tuuu..
    amin! ;)

    ReplyDelete

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk