Friday 11 February 2011

Kebuloq

  Hahaha..hamek kau terus kebuloq bagi.Memang kebuloq betol lah ni kan.Oleh sebab kejadian yang berlaku kat Post ni kesannya Daus terpaksa mengikat perut.Bukan takde langsung duit.Adelah cikit.Tapi taklah semewah sebelum kejadian tu berlaku.Cukuplah untuk makan seminggu.Daus pulak balik awal kekampus..konon2nyer rajin la..sayang kat kampus lebih.Last2 semua cafe kt kolej tak buka.Memang makin kebulurla Daus.Tulis  post ni pun lepas balik melantak nasi beriyani takde lauk kat kedai mamat somalia di Mall UUM.hahaha..Lapar punyer pasai.Takde lauk pun Daus ngan rumet hentam jugak.Alhamdulillah lumayanlah kenyangnya walaupun makan nasi ngan kuah jer.=.=

   Terima kasih setinggi-tinggi kat mak Daus sebab susah-payah dengan tergesa-gesa lagi berkejar ke Terminal Makmur untuk membekalkan anak bujangnya ni dengan sedikit wang saku.huhu.Buat masa ni,Daus kena jimat cermatlah sikit.Kalau boleh makan pun kena dihadkan untuk sekali sehari sahaja.Tapi bagus jugak tu,sebab apa..Daus tengok perut Daus pun da semakin kedepan ni..hihihi.Mungkinkah ini hikmah disebalik kejadian yang telah berlaku terhadap diri ini.

  Lihatlah betapa besarnya hati seorang ibu..sanggup bersusah-payah untuk anaknya.Memang sewajarnyalah Allah meletakkan martabat para ibu ni pada tahap yang sangat mulia.Terlalu besar pengorbanan para ibu untuk putera dan puteri kecil mereka.Seorang ibu tidak akan pernah tinggal diam apatah lagi bersenang lenang dikala anaknya berada dalam kesusahan.Percayalah.Disaat kita memerlukan seseorang untuk menyelesaikan masalah,berkongsi duka-lara..disitu akan ada seorang insan mulia bernama ibu untuk kita.Jangan risau.Tidak kira anda memanggil mereka dengan panggilan apa:ibu,emak,mama,umi atau mami percayalah merekalah sesungguhnya yang sangat3 memahami kita dan bukan teman wanita atau teman lelaki kita.

  Semua orang yang waras Daus yakin sangat2 menyayangi ibu mereka.Hanya mereka yang gelap hati dan tidak mengenang budi sahaja yang sanggup membuang ibu-bapa mereka sesudah mereka tua kelak.Bagi Daus,Daus ada alasan lebih untuk menyayangi ibu Daus..Dialah yang membesarkan Daus adik beradik bersendirian tanpa kehadiran seorang lelaki disisinya selama hampir 15 tahun.Sungguh besar pengorbanan mak kat Daus.Daus sayang mak sangat3.(T_T)

Gambar curi dari google image:Tak cukup untuk mengucapkan terima kasih kat mak=.=


P/s: Sori kalau bebelan agak lari dari tajuk..hihihi

5 comments:

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk