Wednesday 30 March 2011

Behind:The Azenders

  Assalamulaikum semua bloggers.Ni ha nak kongsikan sedikit info tentang sebuah band yang semakin meningkat naik namanya ni,The Azenders.Jangan tak tahu baru2 ini,band muda ni telah memenangi pertarungan Hard Rock Cafe KL's Battle Of The Band,mengalahkan band2 lain yang lebih senior dari mereka.Dengan kemenangan itu,mereka dijadualkan akan mewakili Kuala Lumpur dalam peringkat seterusnya pertarungan Battle Of The Band ini disamping membawa pulang wang tunai berjumlah Rm3000.

   Sebetulnya Daus pun baru tahu kewujudan band yang stail ni,tapi bila jer Daus tahu Daus terus tangkap cintan dengan alunan single2 band ini.Walaupun mereka baru merelease dua single,identiti The Azenders sudah notable.Siyes memang sound diaorang lain cikit..Tapi lain yang segar dan mengujakan percayalah.!!.Iramanya memang terapi bagi Daus sekarang,dengan hentakan drum agak padu dan yang paling Daus suka tu alunan piono/synthesizer dia yang telah menyebabkan Daus ketagihan.Lol

The Azenders
   Dikatakan ditubuhkan pada tahun 2010,band projek ini kian serius untuk mengembangkan industri muzik tanah air dengan mempertaruhkan kelainan pada lagu-lagu mereka.Sudah namanya pun sebuah project band kan,for surelah ianya dianggotai oleh ahli2 kumpulan muzik yang lain.Untuk kes The Azenders ni,ianya dianggotai oleh Sam (Bunkface),Izal (One Buck Short),Kudut (Robot Asmara) dan lagi seorang Ajam (Dichi Michi).

   The Azenders sebenarnya sudah lama ingin menubuhkan band ini kerana mereka saling mengenali antara satu sama lain.The Azenders kini dikhabarkan dalam proses untuk menyiapkan album pertama mereka.walaupun band ini masih baru,mereka dikatakan mampu memberikan impak yang besar dalam industri muzik tempatan.Sumber goes to XFM,Facebook The Azenders.Support local bands yeah!!

Ahli-ahli:
1-Sam (Vokal)
2-Kudut (Drum)
3-Izal (Bass)
4-Ajam (Synth/Strings)

Laman Web:Facebook,Twitter

Diskografi: Single (Ladies And Gentlemen & Peribadi)

2 comments:

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk