Thursday 2 August 2012

Aksi Atlet-Atlet Malaysia Hari Ini-Olimpik London 2012

  Assalamualaikum..Barulah terasa nak conteng sesuatu disini almaklumlah bulan ramadhan ni tak larat nak buat apa-apa even menaip pun..ok itu tipu.Boleh tahan lama jugak kali ini blog ni di biarkan bersawang..makan 7 bulan jugak.haih.Jadi untuk memastikan blog ini terus hidup dan membuktikan owner blog ini masih bernyawa dengan baik meh nak up satu dua entri..Tapi lepas ni konfem lah terabai balik.Hahahah.What can i say..idea tak banyak dan tak kreatif macam orang lain.

  Ketika entri ini diupkan,kontijen Malaysia di Olimpik London masih lagi tidak mendapatkan sebarang pingat walaupun pingat gangsa sekalipun,masih lagi menantikan kilauan pingat pertama.Kecewa? Tidak sama sekali.Daus tahu atlet-atlet/pahlawan kita telah berusaha sebaik mungkin dan nasib tidak menyebelahi mereka.Bangga pulak sebabnya atlet kita berpeluang bersaing dengan top notch dalam Olimpik.Lagipun banyak lagi acara yang berpotensi menyumbang pingat masih lagi diperingkat awal seperti badminton dan ada acara yang belum bermula pun lagi iaitu acara berbasikal trek yang punya peluang cerah untuk menghadirkan kilaun emas pertama yang telah begitu lama dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.Harap atlet-atlet berbasikal negara terutamanya anak jati Terengganu,Azizulhasni Awang mampu deliver pingat emas olimpik pertama untuk negara kita Amin,InsyaAllah.Ayat skema Ya Rabbi..heh

  See dah mula melalut..Ok2 berbalik kepada aksi-aksi atlet2 Malaysia di London pada hari ini.Pertama yang akan turun ke gelanggang hari ni ialah pasangan beregu badminton lelaki negara,Koo Kien Kiet & Tan Boon Heong pada kira2 jam 5 petang waktu Malaysia menentang pasangan negara jiran Thailand iaitu Bodin Isara & Maneepong jongjit dalam peringkat suku akhir.Peluang double kita untuk layak ke pusingan seterusnya? Sangat cerah..sebab Daus tak pernah dengar pun nama lawan diorang tu..ha ha ha..Boleh tak macam tu? Yakin ni yakin...Takda masalah untuk Koo & Tan layak ke separuh akhir dan hopefully ke final.


  Turun pada kira-kira jam 6:30 petang waktu Malaysia pula ialah salah seorang perenang wanita negara.Koo Chai Lin yang akan turun beraksi bagi peringkat saringan/heats untuk acara 800M gaya bebas wanita (Women's 800M Freestyle).To be absolutely truth,tidak banyak yang boleh diharapkan dari kolam renang bagi kontijen Malaysia pada kali ini kerana terpaksa bersaing dengan jaguh2 renang dunia termasuklah China,USA dan Great Britain sendiri.Apa2 pun all the best untuk Chai Lin.Hope you perform well.Go Go Go.

  Atlet Malaysia terakhir yang bakal turun beraksi pada hari ini ialah sensasi badminton negara,Ya Dato' Lee Chong wei yang dijangka turun ke gelanggang badminton di Arena Wembley kira2 jam 1 pagi nanti waktu Malaysia untuk peringkat suku akhir badminton perseorangan lelaki.Juga dijangka mendapat laluan mudah ke separuh akhir kerana lawannya di quarterfinal ini nanti ialah pemain dari India,Parupalli Kashyap,satu nama yang jarang di dengar dalam arena badminton dunia.(Write Like a true sports journalist) sigh.Dato' LCW sedar harapan menggunung seluruh Malaysian terletak dibahunya dan Daus yakin dia akan memberikan his All untuk finally seal a gold medal for Team Malaysia.Ah untuk maklumat tambahan,Dato LCW sangat menginginkan pingat emas olimpik ini kerana medal ini merupakan salah satu medal yang belum pernah dimenanginya sepanjang kariernya dan mengidamkannya untuk melengkapkan koleksi kejuraannya yang dah berpuluh-puluh tu.Satu lagi kejuaraan yang belum pernah dimenangi oleh LCW ialah Kejuaraan Dunia kalau tak silap.Gud luck Dato',Dont dissapoint us this time ey Dato?;).Jumpa lagi di next post.



1 comment:

  1. panjang nyerrrr....hahaha... yeah chong wei!!! hahahaha

    ReplyDelete

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk