Monday 20 August 2012

Highlights Pilihan Hari Ini - Man City 3 - 2 Southampton & Barcelona 5 - 1 Real Sociedad

  Assalamualaikum WBT..Bersua lagi kita di pagi raya kedua ini.Hehehe.Musim perayaan [Baca:aidilfitri] tahun ini sama rancak dengan musim bola sepak dunia.Bayangkan malam raya pertama sahaja pun BPL start dan semalam beberapa lagi perlawanan-perlawanan mendebarkan telah berlangsung seputar dunia di BPL,Spanish La Liga dan France Ligue 1 musim baru.Untuk lain2 match yang Daus tidak kongsikan highlightnya di sini,Chelsea menang 2-0 menentang Wigan ditempat lawan, Real Madrid seri 1-1 dengan Valencia dan kelab berbelanja besar France,Paris Saint Germain,PSG hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Ajjacio membenarkan teori bahawa duit semata-mata tidak mampu membuahkan kejayaan singkat.Berikut ialah video-video highlight pilihan Daus: 


m-s footyroom.com by footyroom


  Dalam perlawanan yang berlangsung di Etihad Stadium ini,pendatang baru BPL musim ini,Southampton atau dipanggil dengan 'the saints' memberikan saingan kepada penyandang juara sebelum tewas terhormat 2-3 kepada pasukan tuan rumah Man City.Perlawanan ini juga turut disaksikan oleh pengurus Liverpool Fc kerana selepas ini LFC akan bertemu Man City di Anfield.David Silva mensia-siakan peluang untuk meletakkan City didepan pada minit ke-17 perlawanan apabila dia gagal menyempurnakan penalti yang diberikan kepada pasukan City.Walaubagaimanapun City tetap berada didepan pada minit ke-40 apabila Carlos Tevez berjaya melepasi perangkap offside defender saint dan melepaskan low drive untuk gol pertama City.The saint membalas menjadikan kedudukan 1-1 menerusi penjaring utama mereka,Ricky Lambert pada minit ke-59.Southampton juga sempat mendahului perlawanan apabila pada minit ke-68,S.Davis meletakkan Southamton didepan selepas satu kombinasi play yang baik antara dia dengan teamatenya.4 Minit kemudian hasil satu sepakan sudut,Dzeko berjaya menghidu peluang untuk menyamakan kedudukan 2-2.Gol kemenangan City telah dijaringkan oleh Nasri yang tidak dikawal didalam kotak penalti dan meraikan jaringannya dengan memaparkan baju layer yang bertulisan Eid-Mubarak mungkin dia bermaksud mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh umat islam.


Barcelona - Real Sociedad footyroom.com by footyroom


  Tidak seperti seteru utama mereka,Real Madrid yang hanya mampu seri pada opening fixture La-Liga musim baru,FC Barcelona surely serious untuk memulakan kempen merampas kembali takhta La-Liga dari Madrid dengan melakarkan kemenangan selesa 5-1 keatas Real Sociedad.Perlawanan ini juga merupakan perlawanan kompetitif/liga pertama Barca dibawah kendalian jurulatih baru,Tito Vilanova.Dan judge from the match result,Tito somehow do it right malahan dengan bergaya.Pesta gol kecil-kecilan Barca dimulakan oleh kapten FCB yang baru pulih dari kecedaraan,Carles Puyol pada hasil dari satu sepakan sudut yang ditanduk kemas Puyol.Team Barca kaget seketika apabila pada minit ke-9 Real Sociedad membalas menerusi G.Castro.Come Messi,FC Barcelona berada didepan 3-1 dengan 2 gol Messi dalam masa hanya kira-kira 6 minit iaitu pada minit ke-11 dan ke-16.Bukanlah sesuatu yang pelik bagi Messi melakukan sedemikian kerana its is just his style of play and his prowess.4 minit sebelum separuh masa pertama tamat.Pedro Rodriguez juga tidak mahu terlepas untuk menyumbangkan gol kepada kelab Catalan ini menjadikan kedudukan 4-1 Barca selesa mendahului.David Villa,yang berehat panjang musim lalu mengakhiri pesta gol Barca pada minit ke-84 permainan sekaligus mengumumkan kepulangannya di La-Liga.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk