Wednesday 22 August 2012

Highlights Pilihan Hari Ini - Spartak Moscow 2-1 Fenerbache

  Assalamualaikum WBT.Bersua lagi kita.Seperti biasa dipagi-pagi hari ini,Daus akan kongsikan beberapa video highlights perlawanan bolasepak yang Daus rasakan menarik untuk ditonton.Nevertheless memang hidup Daus tengok highlight bola pagi2..Thehehe.Untuk edisi pagi 22 Ogos yang rembang ini,Daus nak kongsikan video highlights dari perlawanan play-off pusingan pertama UCL 2012/13 yang telah pun berlangsung tengah malam dan awal pagi tadi.Walaupun pasukan yang menang dalam pusingan pertama ini mempunyai sedikit kelebihan,pasukan yang tewas masih lagi mempunyai peluang lebih2 lagi jika perlawanan pusingan kedua nanti akan diadakan di tempat mereka.

  
Спартак - Фенербахче footyroom.com by footyroom


  First up,we have video highlights untuk perlawanan yang telah berlangsung pada jam 12 tengah malam semalam.Perlawanan tersebut ialah diantara pasukan Spartak Moscow dari Russia dan Fenerbache dari Turkey yang berkesudahan dengan kemenangan kepada Moscow 2-1.Tiada sebarang gol dapat dijaringkan oleh kedua-dua team dalam separuh masa pertama.Tetapi pada minit ke 59 barulah gol dapat dihasilkan.Gol pertama perlawanan untuk Spartak Moscow telah disumbangkan oleh Emmanuel Emenike.

  Bekas pemain Liverpool,Dirk Kuyt kemudian menyamakan kedudukan untuk Fenerbache menjadikan kedudukan terikat 1-1 pada minit ke 65 perlawanan.Gol ini merupakan gol kelima Kuyt dalam 5 perlawanan untuk kelab barunya itu.Pun begitu hasrat Fenerbache untuk sekurang-kurangnya seri tidak kesampaian apabila pada minit ke 69,Dimitri Kombarov kembali meletakkan Spartak didepan dan akhirnya perlawanan berkesudahan dengan kemenangan kepada Spartak 2-1 mengatasi Fenerbache.Walaubagaimanapun Fenerbache tetap masih berpeluang untuk mara sekiranya mereka berjaya mengekalkan permainan seperti yang ditunjukkan dalam perlawanan ini.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk