Tuesday 28 August 2012

Piala Malaysia 2012 - Jadual Matchday 3 28/8/2012

  Assalamualaikum WBT..Okey penggemar bolasepak terutamanya mereka yang masih lagi mencintai bolasepak tempatan,malam ini kempen Piala Malaysia 2012 akan bersambung dengan 8 perlawanan melibatkan semua pasukan bertanding tahun ini dari semua kumpulan terlibat.Perlawanan ketiga malam ini dilihat sangat penting bagi pasukan-pasukan pilihan untuk mencari tapak bagi mara seterusnya sebaliknya bagi pasukan yang bermula dengan tidak berapa baik pasti cuba untuk mengelakkan penyingkiran awal termasuklah pasukan Selangor dan Kedah.Jadual perlawanan malam ini:


KUMP A

Lions 12 dilihat akan cuba mengukuhkan cengkaman mereka dalam kumpulan A apabila berhadapan dengan Johor malam ini.Dengan 4 mata hasil dari satu kemenangan dan satu seri dari 2 perlawanan terdahulu,kemenangan menentang Johor akan memberikan kelebihan kepada mereka untuk layak ke suku akhir.Satu lagi perlawanan melibatkan kumpulan A ialah pertembungan antara PKNS FC menentang Johor FC,Jika Johor FC menang mereka berpeluang besar untuk layak dan sekiranya PKNS menang sekurang-kurangnya mereka tidak tersingkir awal.

KUMP B

Kumpulan maut.Rightly so.Perlawanan yang mencuri tumpuan pastinya diantara juara liga perdana 2012,ATM FC berdepan juara liga super 2012,Kelantan.Perlawanan ini pastinya sengit apabila 2 sang juara bertemu dengan ATM mendahului kumpulan B sebelum perlawanan malam ini dilangsungkan sementara TRW berada di tangga ke 3.Kemenangan bagi ATM malam ini akan terus mengukuhkan penguasaan ATM di kumpulan B dengan 9 mata maksimum dari 3 perlawanan.Jika Kelantan menang dan sepatutnya menang,peluang untuk mana-mana pasukan dalam Kump B untuk layak ke peringkat seterusnya masih terbuka kecuali bagi Kedah jika mereka tewas lagi buat kali ketiga malam ini.

Perlawanan lain dari kump B ialah diantara finalis tahun lepas Terengganu menentang Kedah di Alor Star.Terengganu sentiasa sukar menjinakkan Kedah di Darul Aman dan jika halangan ini dapat diatasi Terengganu berpeluang memimpin kump B bergantung kepada keputusan perlawanan antara ATM dan Kelantan.

KUMP C

Pertembungan penyandang juara musim lepas,Negeri Sembilan berhadapan dengan Perak pastinya mencuri tumpuan malam ini.Penyandang juara menanti kunjungan Perak di STAR,Paroi malam ini dengan moral tinggi,selepas berjaya menjinakkan Sime Darby 4-0 pada perlawanan sebelum ini.Expect N9 untuk mengekalkan momentum dan membawa pulang 3 mata penuh.Lawan mereka,Perak pula look to bounce back dari kekalahan 2-4 ditangan Felda United sabtu lepas.Mahu tidak mahu,skuad bimbingan Jang Jung itu perlu menang untuk terus bernyawa dalam Piala Malaysia edisi 2012.

Satu lagi perlawanan melibatkan pasukan dari Kump C ialah diantara Felda United dan Sime Darby.Sama seperti Perak,Sime Darby juga perlu menang untuk terus bernafas lega.Mereka kini menghuni tangga tercorot kumpulan sementara Felda United pula menghuni tangga kedua.Skuad bimbingan E.Elavarasan bermotivasi untuk terus menang hasil kemenangan positif di Ipoh sabtu lepas.

KUMP D

Agak mengejutkan apabila pasukan-pasukan pilihan dari kumpulan ini menghuni 2 tangga terbawah,T-Team di tangga tercorot sementara Selangor di tangga ke-3 kumpulan.Sebaliknya pasukan dari liga perdana,Pahang yang memimpin kumpulan ini dengan Sarawak yang baru diturunkan ke liga perdana musim depan pula ditangga ke-2.Malam ini,Di SSINS,dua pasukan yang menghuni 2 tangga terbawah kumpulan,T-Team dan Selangor akan bertemu sesama sendiri.1 lagi kekalahan bagi Selangor pasti memberi tamparan hebat kepada 'Misi 33' mereka.Bagi T-Team pula,mereka terdesak untuk memperbaiki kedudukan mereka supaya tidak terus 'dismash' oleh Menteri Besar Terengganu.

Di Kuantan pula,satu lagi perlawanan mengambil tempat iaitu diantara pasukan Pahang dan Sarawak.Kedua-dua pasukan mempunyai 4 mata dari perlawanan terdahulu dan juga turut mempunyai jumlah perbezaan gol yang sama.Maknanya,mana-mana pasukan yang menang dalam perlawanan ini sudah pasti memimpin Kump D ini.Tuan rumah,Pahang pasti akan terus menyandarkan harapan kepada awang import mereka,Maycon dan Kochkin untuk terus memberikan keputusan positif kepada mereka.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk