Monday 13 August 2012

Welcome Aboard Joe Allen

  Assalamualaikum WBT..update ni sebenarnya agak lambat dari Daus..Line buat hal..Grrr..Tapi biarlah benda sudah berlaku betul tak..Pengurus baru Liverpool FC yang bercita-cita besar,Brendan Rodgers disahkan telah berjaya melengkapkan pemain idamannya iaitu pemain Wales,Joe Allen dari bekas kelabnya,Swansea City.Yuran pemain tersebut dikatakan sekitar 15 juta pound menjadikan Joe sebagai pemain baru termahal yang dibeli oleh kelab untuk musim perpindahan kali ini.Selepas melepasi ujian perubatan,dia dijangka akan kembali bekerjasama dengan bekas pengurus yang turut melatihnya di Swansea itu.Dengan usia yang baru mencecah 22 tahun,Daus perlu lihat dulu aksinya dipadang sebelum membuat penilaian..Tapi dengan kenyataan BR yang mengatakan "saya akan sanggup membayar lebih lagi untuk mendapatkan Joe" menandakan Joe Allen mempunyai potensi yang besar untuk menyinar di Anfield..Who Knows?.


  Truth been told,Joe Allen ini kononnya merupakan pemain yang sangat Rodgers ingin tandatangani melebihi pemain-pemain lain even Glyfi pun sebelum bermulanya musim baru BPL 18 ogos akan datang.Rodgers menambah lagi dalam BI pastinya :P "Bila anda melihat Joe bermain,anda pasti fikir dia merupakan pemain sepanyol,pemain Eropah sebenar".Rodgers melebarkan pujian terhadap pemain barunya itu dengan mengatakan bahawa " Joe sangat menakjubkan dengan bola..kebijaksanaannya untuk seseorang yang berumur 22 tahun sangat luar biasa,pemahamannya tentang sesebuah perlawanan sangat baik dan apa yang lebih penting dia meminati bolasepak dengan erti kata yang sebenarnya" [memandai sahaja] hahaha.

  Dalam temuramah pertamanya selepas menandatangani kontrak selama 6 tahun,beliau menyatakan faktor Rodgerslah yang menarik minatnya untuk mengikut jejak bekas jurulatihnya itu ke Anfield.Dia sempat mengakui bahawa peluang bekerja semula dengan Rodgers di sebuah kelab sebesar LFC ini sukar untuk ditolaknya.Apatah lagi dia telah mempunyai pengalaman bekerja/bermain dibawah bimbingan Rodgers sebelum ini di Swansea.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk