Saturday 1 September 2012

Highlight Pilihan Hari Ini - Chelsea 1-4 Atletico Madrid


  Assalamualaikum WBT.Just a quick look.Chelsea did lost to Atletico Madrid last night.Yes believe it.They Lost by four goals to one againts La-Liga Powerhouse..Err ntah betul ke tidak ayatnyer..Heh.Ok-ok dalam bahasa Melayu.Perlawanan antara Chelsea dan Madrid ini adalah perlawanan Piala Super Eropah yang menemukan Juara Liga Juara-Juara Musim Lepas,Chelsea dengan penyandang juara Liga Europa,Atletico Madrid.Agak mengejutkan sebenarnya apabila The Blues tunduk layu setelah menandatangani beberapa pemain ternama seperti Eden Hazard,Oscar dsb tetapi masih tidak mampu menewaskan Madrid yang hampir tidak ada pemain baru.Apa-apa pun,nama penyerang Atletico Madrid,Radamel Falcao pastinya akan dikenang oleh peminat-peminat Chelsea setelah hampir secara berseorangan memusnahkan keegoan Chelsea dengan 3 gol yang telah dijaringkannya semalam.


Chelsea - Atl. Madrid footyroom.com by footyroom


  Dalam perlawanan yang telah dilangsungkan di Monaco ini,Madrid telah berada didepan seawal minit ke 7 lagi apabila penyerang prolifiknya,Falcao bijak menyungkit bola melepasi Cech digawang gol untuk gol pembukaan Madrid.12 minit kemudian,Falcao sekali lagi menunjukkan ketajamannya didepan gol,melepaskan satu sepakan lob yang gagal digapai Cech.Falcao melengkapkan hatrik hebatnya sebelum wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan.Walaupun Gary Cahill berjaya membalas untuk Chelsea pada minitke 75,ianya ternyata sudah terlambat bagi Chelsea dan akhirnya Chelsea sekali lagi terlepas peluang menjulang trofi diawal musim selepas gagal menjulang perisai komuniti Inggeris baru-baru ini.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk