![]() |
SCTV CUP 2012 |
Assalamualaikum WBT.Terlebih dahulu marilah kita sama-sama mengucapkan penghargaan dan tahniah kita kepada skuad muda,skuad B-22 tahun negara kita yang telah pun berjaya memenangi edisi sulung SCTV Cup 2012 semalam.Skuad Harimau Muda kita telah berjaya memenangi salah satu daripada 2 kategori iaitu kategori skuad pelapis/kategori bawah 22 tahun.Daus memang tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan pasukan muda kita ini lebih-lebih lagi pasukan ini ditangani oleh jurulatih berkebolehan dan versatil, Ong Kim Swee.
Walaupun baru edisi sulung,rakyat Malaysia tetap harus berbangga dan mengambil ikhtibar dari kejayaan pahlawan-pahlawam muda kita semalam yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan usaha berterusan.Ha bercakap pasal pahlawan,satu-satunya gol dan juga gol bertuah Malaysia semalam telah dijaringkan oleh K.Reuben, pemain ATM [Angkatan Tentera Malaysia] FC dalam liga perdana beberapa minit sebelum first half tamat.Walaupun sebenarnya banyak lagi peluang untuk menambahkan gol telah berjaya dicipta oleh pasukan pelapis kita ini,gol tambahan gagal dicari tetapi 1 gol dalam kotak penalti itu sudah lebih dari cukup untuk menjadikan skuad Malaysia U22 antara pemenang sulung Piala SCTV Cup ini..Kami sangat-sangat Bangga dengan anda.
0 Orang Komen Sini =):
Post a Comment
Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)