Saturday 8 September 2012

Highlight Pilihan Hari Ini - Moldova 0-5 England

  
  Assalamualaikum WBT.Untuk segmen HPHI today,Daus dengan berbesar hatinya ingin mengongsikan video highlight bagi salah satu dari perlawanan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 yang telah berlangsung semalam in case ada diantara kita yang masih belum berkesempatan menyaksikan aksi 'The Three Lions' ni.Untuk perlawanan sulung peringkat kumpulan ini,England yang seperti kita sedia maklum dibarisi ramai bintang tidak menghadapi masalah untuk mudah membenam saingan Moldova 0-5.


  Betapa mudahnya England menang sehinggakan pada minit ke-4 lagi,tonggak tengah England Frank Lampard sudah meletakkan Three Lions didepan 1-0 hasil dari satu sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil apabila bola terkena tangan salah seorang pemain Moldova dalam kotak penalti Moldova.Lampard sekali lagi mejaringkan gol pada minit ke-29 kali ini menerusi tandukan untuk menjadikan kedudukan England mendahului 2-0.Dan 3 minit selepas itu pula iaitu pada minit ke-32,Jermain Defoe memastikan England selesa mendahului 3-0 sebelum wisel penamat separuh masa pertama ditiup pengadil.2 lagi gol kemenangan England ini masing-masing disumbangkan oleh James Milner pada minit ke-74 dan Leighton Baines pada minit ke-83.Walaupun berjaya mencapai kemenangan besar pada peringkat awal kumpulan,cabaran sebenar England adalah perlawanan seterusnya iaitu perlawanan menentang Ukraine.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk