Wednesday 19 September 2012

Highlight Pilihan Hari Ini: Real Madrid CF 3-2 Manchester City

Real Madrid...Emerge Victorious
  Assalamualaikum WBT..Me again.Sedih sebenarnya sebab tak tengok match yang giler menarik ni semalam.Sempat tengok 20 minit jer lepas tu tido tak tahan sangat mengantuk..Meaning tak sempat tengok satu pun gol dalam game ni..FUUU..Tapi Thank Allah,zaman sekarang ni dah canggih,mudah, tak sempat tengok game tengok highlight jer..apa ada hal..ekekeke.

HIGHLIGHT REAL MADRID CF VS MANCHESTER CITY



  Dalam perlawanan ini,pasukan pelawat,Manchester City yang terlebih dahului memperolehi kelebihan menerusi pemain gantian iaitu Edin Dzeko.Dzeko menjaringkan gol sulung City pada minit ke-69 iaitu kira-kira  5 minit selepas dia dimasukkan.Dia bermain hantaran pendek baik bersama Yaya Toure sebelum menyudahkan hantaran Toure kepadanya untuk memberikan gol pembukaan City.Pun begitu,pertahanan kental Real,Marcelo kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-76 perlawanan.

  Pada minit ke-85,Manchester City sekali lagi berada didepan kali ini menerusi   sepakan percuma menarik Aleksander Kolarov dari luar kotak penalti Real yang gagal diduga oleh Casillas.Malangnya,kelebihan itu tidak bertahan lama bagi City apabila kali ini Karim Benzema pula menyamakan kedudukan bagi Real 2 minit selepas gol Kolarov itu.Untuk seketika,perlawanan ini dilihat akan berakhir dengan keputusan seri,tetapi Cristiano Ronaldo tidak berfikir demikian.Dia membuktikan dia masih akan terus berkhidmat dengan Real Madrid apabila pada minit ke-90 minit perlawanan,hasil dari kekeliruan didepan pintu gol City,dia menghadiahkan gol kemenangan berharga kepada Real Madrid dan membuatkan pasukan pelawat berputih mata pulang dengan tangan kosong.
  

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk