Friday 14 September 2012

Piala Malaysia 2012 : Jadual Matchday 6 14/9/2012

  Assalamualaikum WBT.Malam ini kempen Piala Malaysia akan kembali bersambung selepas seminggu bercuti kerana memberi laluan kepada siri perlawanan antarabangsa antara Malaysia dan Vietnam pada Selasa lepas.Sadly,Malaysia tewas friendly match tersebut dengan jaringan 0-2 kepada Vietnam but not to worry kerana skuad HM kesayangan kita ada masa yang cukup untuk memperbaiki beberapa kelemahan sebelum bermulanya kejohanan Piala AFF hujung tahun ini.So berbalik kepada Piala Malaysia 2012,malam ini akan berlangsung semua 8 perlawanan terakhir peringkat kumpulan sebelum kejohanan ini memasuki fasa kedua: peringkat suku akhir.Ada pasukan yang sudah mengesahkan tempat,yang mencari mata untuk layak ke QF dan ada juga yang sudah tersingkir sebelum perlawanan ini bermula.Tapi begitulah adat bolasepak,menang atau kalah perlawanan seterusnya harus ditempuhi.


KUMPULAN A

 Diatas kertas,semua pasukan dalam kumpulan A masih berpeluang untuk mara tetapi peluang lebih memihak kepada pasukan yang menghuni dua tangga teratas kumpulan iaitu pasukan LIONS 12 dan Johor FC.Mereka masing-masing hanya perlu mengutip sekurang-kurangya satu lagi mata dari perlawanan terakhir sesama mereka untuk layak bersama-sama ke peringkat seterusnya.


  Pemenang bagi perlawanan antara Johor dan PKNS pula juga turut berpeluang layak jika dan hanya jika perlawanan LIONS 12 dengan Johor FC tidak berkesudahan dengan keputusan seri dan pasukan yang tewas be it LIONS or Johor FC tewas dengan jaringan yang besar.Jadi untuk sekurang-kurangnya memberi cabaran kepada 2 pasukan teratas kumpulan,Daus pasti pemain Johor dan PKNS akan cuba untuk menang dengan jaringan yang besar.


KUMPULAN B


 Salah satu pasukan yang boleh dikatakan selamat untuk layak ke QF,ATM akan menanti kunjungan pasukan Kedah di Selayang malam ini.Kemenangan keatas Kedah akan mengukuhkan lagi cengkaman ATM dalam kumpulan B seterusnya layak atas kapasiti juara kumpulan.Kedah pula mahu tidak mahu perlu menang dengan margin jaringan yang besar ke atas ATM,which is tugas yang sukar untuk layak dan  itupun bergantung kepada perlawanan lain dalam kumpulan tersebut.Jika perlawanan Kelantan-Terengganu berakhir dengan seri maka peluang untuk Kedah mencuri slot ke QF tertutup.Kedah hanya boleh layak jika Terengganu menewaskan Kelantan di Kota Bharu dengan 2-0 dan mereka pula menang keatas ATM 3-0.

 Perlawanan antara Kelantan dan Terengganu pula memberikan 2 misi yang berbeza bagi kedua-dua pasukan.Bagi pasukan tuan rumah malam ini,TRW mereka sudah pastilah berjuang berhabis-habisan untuk sekurang-kurangnya seri dan mendapatkan satu mata berharga yang membolehkan mereka layak ke QF,yang juga menutup terus sisa-sisa peluang Kedah untuk layak.Tapi Daus rasa,TRW akan mengambil kesempatan diatas pergelutan yang berlaku dalam pasukan Terengganu ketika ini untuk mencapai kemenangan seterusnya membalas kekalahan 0-2 mereka di Terengganu pada perlawanan pusingan pertama lalu.Bagi Terengganu pula yang sudahpun tersingkir,perlawanan malam ini tidak lebih dianggap sebagai perlawanan untuk menebus maruah walaupun sukar sebenarnya merujuk kepada keadaan  semasa pasukan yang sedang bergolak.


KUMPULAN C


 Persaingan merebut tempat ke QF dalam kumpulan ini hanya tertumpu kepada 3 pasukan teratas kerana Perak dikatakan berpeluang tipis untuk layak sebenarnya.Satu lagi kemenangan kepada pasukan pendahulu N9 akan memastikan mereka layak sebagai juara kumpulan C ke peringkat QF tetapi lawan mereka Felda United juga tidak boleh diambil mudah kerana mempunyai ramai pemain berbakat dan pemain import yang agak baik.N9 malah mampu memilih untuk seri sahaja malam ini untuk layak dan kedua-dua pasukan ini even can afford to draw untuk layak jika Perak berjaya menewaskan Sime Darby di Ipoh malam ini.Dan bagi Felda,untuk mengelakkan sebarang kemungkinan mereka sekurang-kurangnya perlu seri provided Perak berjaya menang malam ini.


KUMPULAN D


 Persaingan bagi merebut tempat ke suku akhir dalam kumpulan ini juga lebih tertumpu kepada 3 pasukan teratas setelah T-Team awal-awal lagi sudah tersingkir dari persaingan ini.Tidak keterlaluan jika Daus katakan bahawa hanya Pahang sudah selamat untuk layak ke QF tetapi tidak bagi pasukan yang menghuni tangga kedua,Selangor.Apa-apa pun keputusan yang Pahang perolehi dalam perlawanan terakhir menentang pasukan bergelut dari Terengganu itu akan membolehkan mereka layak dan untuk mendapatkan peluang yang  lebih baik,Pahang pasti ingin mencapai kemenangan dan layak sebagai juara.

 Perlawanan Selangor-Sarawak ini yang menarik untuk diperhatikan.Selangor hanya memerlukan hanya satu lagi mata untuk memastikan 'Misi 33' mereka terus bernyawa dan kemenangan merupakan pilihan yang lebih baik.Selangor hanya perlu mengelakkan kekalahan besar sahaja untuk layak jika mereka tidak mampu untuk menang atau seri malam ini.Jika menang,mereka perlu menunggu keputusan perlawanan antara T-Team dan Pahang untuk menentukan juara Kumpulan D.Bagi sarawak pula,untuk layak mereka MESTI memenangi perlawanan ini dengan kemenangan besar 6-0 keatas Selangor which is tugas yang sangat sukar lebih-lebih lagi bermain di Shah Alam malam ini.Daus really dont like their chances untuk layak kerana pasukan Selangor sekarang tengah 'On-Form' tetapi Daus enjoy je untuk melihat kejutan berlaku.ALL THE BEST UNTUK SEMUA PASUKAN YANG BERTANDING.

Kredit gambar kepada Page Facebook Bolasepak Malaysia

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk