Saturday 15 September 2012

Sunderland Vs Liverpool FC : Preview,Barisan Kemungkinan Dan Link Live Streaming


 Assalamualaikum WBT.Awal pagi nanti,pasukan kegemaran Daus,Liverpool FC akan berkunjung ke Stadium Of Light untuk berdepan satu lawan yang boleh dianggap sukar iaitu Sunderland.Sunderland yang akan dihadapi oleh LFC pagi nanti bukan lagi seperti Sunderland yang dulu kerana kini mereka diperkuatkan dengan kehadiran pemain baru yang berkualiti seperti Adam Johnson dan Steven Fletcher.Tanpa kehadiran pemain baru pun,rekod Liverpool ketika bertemu Sunderland tidaklah begitu baik sejak kebelakangan ini.Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu pada musim lalu,LFC tewas ditempat sendiri kepada lawan sama,menunjukkan betapa Sunderland bukanlah satu lawan yang mudah.

 Untuk perlawanan awal pagi nanti,pengurus LFC,Brendan Rodgers sangat berharap untuk mencapai kemenangan pertama dalam liga selepas hanya sekadar mengutip 1 mata dari keseluruhan 9 mata maksimum dari 3 perlawanan terdahulu.Manakala Sunderland juga cuba untuk memburu kemenangan pertama selepas hanya mengutip 2 mata sebelum ini.Kemenangan bagi mana-mana pasukan nanti pasti akan memberikan nafas yang lebih segar kepada pasukan untuk mengharungi fixture seterusnya terutamanya bagi Liverpool yang tidak lama lagi akan bersaing dalam Kempen Piala Europa.

 Di Kem Liverpool,dijangkakan penjaga gol utama,Pepe Reina tetap diturunkan walaupun persembahannya sejak kebelakangan ini agak merisaukan.Brendan Rodgers juga perlu menunggu pengesahan kecergasan Jose Enrique samada boleh diturunkan atau tidak disamping dijangka akan mengekalkan gandingan Midfield Gerrard-Allen-Sahin awal pagi nanti.Sensasi baru Liverpool,Raheem Sterling juga dijangka diturunkan.Berkemungkinan juga,salah seorang pemain baru LFC yang masih belum diturunkan,Oussama Assaidi akan diberikan debutnya awal pagi nanti.

 Di Kem Sunderland,pengurus,Martin O'Neill dijangka akan mengekalkan penyerang,Steven Fletcher selepas dia beraksi baik sebelum ini.Dan pasangan serangan Fletcher awal pagi nanti mungkin bekas pemain Manchester United,Louis Saha.Adam Johnson yang dilaporkan cedera pula 50/50 akan diturunkan.


BARISAN KEMUNGKINAN SUNDERLAND

Mignolet,Gardner,O'Shea,Cuellar,Rose,Larson,Sessegnon,Cattermole,A.Johnson,Saha,Fletcher

BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Reina,G.Johnson,Agger,Skrtel,Enrique,Gerrard,Allen,Sahin,Downing,Suarez,Sterling



LIVE STREAMING LINKS [Kick-Off Jam 12:30 AM MYT]



*Untuk link live streaming perlawanan-perlawanan lain yang turut berlangsung malam ini.KLIK SINI

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk