Thursday 6 September 2012

The 2013 Super Sentai Series Is JYUDEN SENTAI KYORYUGER

  Assamulaikum WBT.Mind you,Kepada penggemar siri Super Sentai di Malaysia khasnya dan seantero dunia amnya,trademark untuk upcoming super sentai series has been registered in Japan.Trademark untuk siri super sentai yang ke-37 yang akan datang ini telah didaftarkan dengan ID 2012-65209 dengan nama JYUDEN SENTAI KYORYUGER [Translated in English As Electrobeast Squadron Dinosaurger].Based on nama,dijangkakan siri super sentai akan datang ini akan kembali bertemakan dinosaur.Dah kekeringan idea agaknya mereka-mereka ini.


Registered Trademark for JYUDEN SENTAI KYORYUGER
  
  Oh untuk mereka yang tidak berapa tahu berapa tentang siri super sentai ini dan rasanya Daus rasa ramai yang tahu.Siri ini merupakan siri superhero 'task force/squadron' yang agak popular di Jepun dan tidak terkecuali di Malaysia yang diproducekan oleh TOEI dan disiarkan oleh TV ASAHI.Ha dan cerita Power Rangers yang duk ada kat TV tu based on siri inilah sebenarnya.Saban/BVS Entertainment dan SCG Power Rangers LLC just beli copyright untuk buat dalam versi English je.Untuk siri yang akan datang ini,tidak banyak yang sudah diketahui berkenaannya.Mungkin dalam beberapa bulan lagi kita akan dapat melihat konsep awal dan lakaran awal watak-watak.Wait for it.

  Apa yang pasti,siri JYUDEN SENTAI ini akan ditayangkan selepas berakhirnya siri Super Sentai semasa,Tokumei Sentai Go-Busters dan seperti biasa juga ditayangkan untuk slot 'Super Hero Time' bersama-sama siri Kamen Rider untuk TV Jepun.Seperti tradisi kebiasaan juga,JYUDEN SENTAI ini juga mungkin melakukan kemunculan pertama dalam filem untuk siri super sentai semasa.'JYUDEN' yang mempunyai 2 huruf kanji bermaksud beast dan electricity manakala Kyoryu bermaksud dinasour menjadikannya siri super sentai ketiga yang bertemakan dinosaur selepas Kyouryu Sentai Zyuranger dan Bakuryuu Sentai Abaranger.Teruskan bersama untuk lebih info =P.Kredit kepada Kyo Empty Space dan Jefusion

The Evolution Of Dinosaur-Based Super Sentai Series

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk