Saturday 13 October 2012

Samsung Galaxy SIII 'Alpha'

Samsung Galaxy SIII 'Alpha'
  
 Assalamualaikum WBT.Gambar diatas dikatakan versi untuk pasaran Jepun bagi Samsung Galaxy SIII.Selain perbezaan warna body peranti ini yang agak ketara,terdapat banyak lagi perbezaan antara versi untuk pasaran Jepun ini dengan versi untuk pasaran global sebelum ini.And believe me when i say,many current SIII owners agak upset dengan Samsung.Kerana? untuk Samsung Galaxy SIII yang dikenali sebagai Alpha ini,ianya telah didatangkan dengan cip pemprosesan Exynos 4412 1.6 GHz berbanding 1.4 GHz untuk versi global selain 2 GB RAM berbanding 1 GB RAM.Menariknya lagi,OS tersedia bagi versi Alpha ini ialah Android V 4.1 Jelly Bean berbanding Ice Cream Sandwich pada SIII versi global.Selebihnya tentang SIII Alpha ini masih sama dengan SIII global iaitu skrin Super Amoled HD bersaiz 4.8 Inci,NFC ,kamera belakang 8 MP dengan bateri berkapasiti 2100 mAh.Ia juga dikatakan akan turut membawakan sokongan kepada 1Seg TV.NTT Docomo akan melancarkan Samsung Galaxy SIII 'Alpha' ini pada bulan Disember nanti..Lucky Japanese..

Sumber dari SoyaCincau dan GSM Arena

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk