Saturday 6 October 2012

Trailer Penuh Kamen Rider Movie War ULTIMATUM

 Assalamualaikum WBT.Laman Web rasmi untuk filem kolaborasi Kamen Rider akan datang,Kamen Rider X Kamen Wizard & Fourze: Movie War ULTIMATUM telah mula menyiarkan full length trailer bagi filem berkenaan.Berbeza dengan trailer pertama yang agak kabur dan kurang jelas,trailer terkini ini lebih memuaskan dan mampu memberi gambaran kasar tentang filem ini nanti.
Movie War ULTIMATUM

[KAMEN RIDER MOVIE WAR ULTIMATUM FULL LENGTH TRAILER]



  Sekadar maklumat tambahan,Kamen Rider terdahulu seperti Kamen Rider OOO dan Kamen Rider W dikatakan akan turut muncul dalam filem ini nanti.Beserta Second Rider masing-masing Kamen Rider Birth dan Kamen Rider Accel menjadikan kesemua 8 Kamen Rider berlainan akan beraksi dalam filem team-up ini termasuklah 4 riders terdahulu : Wizard,Fourze,Meteor dan Nadeshiko.Selain itu juga,menurut JeFusion.Com,musuh yang pernah muncul dalam siri tokusatsu klasik iaitu Zatan,Iiru dan Gaara berdasarkan Akumaizer 3 turut akan membuat kemunculan mereka..Tetapi untuk filem ini mereka akan dikenali sebagai 'The Devil' untuk Great Monster Army.Dikatakan mereka dibangkitkan semula dan akan menggunakan kuasa underworld untuk membangkitkan kembali musuh-musuh yang telah dibinasakan oleh Kamen Riders.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk