Sunday 11 November 2012

Chelsea Vs Liverpool FC: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Live Streaming Links

The Very Super Super Sunday
  
 Assalamualaikum WBT.Super Sunday hujung minggu ini (tengah malam nanti) sangat explosive.Walaupun sebenarnya pasukan kesayangan Daus Liverpool FC masih lagi bergelut untuk mencari prestasi terbaik,pertembungan diantara kedua pasukan ini pasti mencuri tumpuan.Secara kasar hampir mustahil LFC malam ini mampu menjinakkan Chelsea di Stamford Bridge tetapi Daus tetap optimis The Reds mampu untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata kerana rekod menunjukkan prestasi LFC di stadium Chelsea itu sangat baik dengan 4 kemenangan daripada empat perlawanan terakhir.Dan sudah pastinya,pengurus Liverpool Brendan Rodgers mahu mengekalkan 'Tradisi' itu.

Pasukan tuan rumah akan kembali diperkuatkan semula dengan kembalinya David Luiz dan John Terry dari penggantungan masing-masing.Juan Mata juga dijangka sempat sembuh untuk diturunkan awal pagi nanti tetapi Frank Lampard masih lagi mengalami kecederaan panjang.Dan RDM sekali lagi akan mengharapkan gandingan 3 serangkai berbisanya Oscar-Mata-Hazard untuk menjana serangan dan membantu Torres di bahagian depan Chelsea.

 Bagi pasukan pelawat,LFC pula,Rodgers akan seperti biasa mempertaruhkan Luis Suarez di bahagian serangan the Reds sambil dibantu oleh Suso dan Sterling di flank kiri dan kanan sementara bahagian tengah pula dijangka dikemudi oleh kapten Steven Gerrard dengan bantuan Joe Allen dan Nuri Sahin.Pepe Reina dijangka kembali mengawasi gol dan pemain-pemain yang mengalami kecederaan jangka panjang akan menjadi penonton tengah malam nanti seperti Lucas Leiva,Fabio Borini dan Martin Kelly.

BARISAN KEMUNGKINAN CHELSEA

Cech,Ivanovic,Cahill,Luiz,Cole,Mikel,Ramires,Hazard,Oscar,Mata,Torres

BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Reina,Wisdom,Skrtel,Agger,Enrique,Gerrard,Allen,Sahin,Sterling,Suarez,Suso


[LIVE STREAMING LINK]

*Kick Off On 12 AM MYT


0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk