Saturday 3 November 2012

Kematian Itachi Menjadi Penyebab Seorang Remaja Membunuh Diri Di Russia

 Assalamualaikum WBT.Tabloid Britain,Dailymail semalam melaporkan seorang remaja 14 tahun di Russia telah membunuh diri dikatakan setelah melihat karekter kegemarannya dalam siri anime Naruto mati.Watak yang dimaksudkan tersebut ialah Uchiha Itachi abang kepada rogue ninja,Uchiha Sasuke.Remaja tersebut,Leonid Hmelev dikatakan melompat dari  bumbung apartmennya yang berketinggian lebih kurang 100 kaki dan pihak polis telah mengesahkan bahawa dia mati serta merta disitu.

Leonid Hmelev,14 Tahun

 Dailymail menyatakan,Leonid berasa sangat kecewa apabila Itachi mati selepas bertarung dengan adiknya,Sasuke dalam episod 393 'My Eyes' bagi manga dan episod 138 'The End' bagi anime.Dilaporkan juga,sebelum terjun dari bumbung apartmennya,dia telah menghilangkan diri selama 2 hari dan juga meninggalkan mesej di laman sosial yang secara ringkas menyatakan bahawa dia juga turut 'merancang sebuah penghabisan'.Mayatnya akhirnya ditemui dan dikenalpasti sebagai remaja yang hilang tersebut dan individu yang paling kecewa pastilah bapanya,Ivan 38 tahun.Bapanya menyatakan 'Leonid terlalu banyak menghabiskan masa untuk menonton TV,sehinggakan dia tidak lagi mampu membezakan yang mana realiti dan yang mana fiksyen.

Itachi,Sebelum Kematiannya

Peringatan : Sebagai umat islam,kita dilarang mempercayai bahawa maut itu disebabkan oleh kuasa lain.Yang boleh mendatangkan maut hanyalah Allah SWT.Yang lainnya adalah asbab penyebab sahaja.Lagipun agama Islam sangat melarang umatnya membunuh diri dengan apa sebab sekalipun dan mereka yang membunuh diri dijanjikan azab yang pedih di Akhirat kelak.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk