Sunday 4 November 2012

Liverpool FC Vs Newcastle United: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Link Live Streaming

Liverpool FC Vs Newcastle United
 
 Assalamualaikum WBT.Kira-kira jam 12 tengah malam nanti,pasukan kesayangan Daus akan turun melayan kunjungan Newcastle United Di Anfield.Satu perlawanan yang pada perkiraan Daus sukar bagi Liverpool FC.DisiniDaus akan kongsikan sedikit preview,barisan kemungkinan dan Live streaming links untuk game menarik ini.Untuk rekod,kali terakhir 2 pasukan ini bertemu ialah pada 1 April 2012 dan Newcastle berjaya membenam Liverpool 2-0 dalam perlawanan tersebut.Pun begitu,rekod 5 perlawanan terakhir antara kedua-dua pasukan sedikit memihak kepada Liverpool dengan 2 kemenangan berbanding 2 kemenangan bagi Newcastle.

 Untuk perlawanan tengah malam nanti,yang pasti,pengurus Liverpool,Brendan Rodgers pasti mahukan anak buahnya bounce back dari kekalahan kepada Swansea baru-baru ini.Seperti biasa,Rodgers masih lagi tidak dapat menggunakan khidmat pemain-pemain yang mengalami kecederaan jangka panjang seperti LucasLeiva,Fabio Borini dan Martin Kelly.Tetapi mungkin sedikit kelegaan bagi Rodgers apabila custodian utama Liverpool,Pepe Reina dijangka akan kembali dalam kesebelasan utama disamping Glen Johnson.Untuk bahagian ofensif,gandingan Sterling-Suarez-Suso diharapkan oleh Rodgers mampu mendapatkan mata yang sangat berharga bagi pasukan.

 Bagi pasukan pelawat pula,terutamanya pengurus,Alan Pardew mempunyai keinginan untuk mendapatkan kemenangan pertama di Anfield.Kali terakhir Newcastle menang di Anfield adalah 18 tahun lepas dan Pardew ingin segera mengubah senario tersebut.Walaupun begitu,pasukan Newcastle nanti tanpa Cheik Tiote yang menjalani pergantungannya.Dan Gosling dan Ryan Taylor pula dijangka akan diketepikan kerana masalah kecederaan bukulali.Bahagian serangan akan sekali lagi diterajui oleh 2 penyerang Senegal,Papis Cisse dan Demba Ba.


BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Reina,Wisdom,Skrtel,Agger,Johnson,Allen,Gerrard,Shelvey,Sterling,Suarez,Suso


BARISAN KEMUNGKINAN NEWCASTLE UNITED

Krul,Simpson,Collocini,Williamson,Santon,
Ben Arfa,Perch,Cabaye,Gutierrez,Ba,Cisse


LIVE STREAMING LINKS [Kick-Off On 12 AM MYT]

LINK 1  LINK 2  LINK 3 

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk