Wednesday, 14 November 2012

Malaysia Vs Hong Kong: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Live Streaming Links

HARIMAU MALAYA VS HONG KONG
  
 Assalamualaikum WBT.Malam nanti pada jam 8 malam,skuad kebangsaan kita bimbingan Dato' K.Raja akan sekali lagi turun beraksi melayan kunjungan pasukan Hong Kong yang telah ditewaskan 0-3 tempoh hari.Misi coach Raja malam ni simple: Mahu menang untuk menutup mulut pengkritik dan kurangkan pressure ketas pasukan ketika ini.Kemenangan malam ini juga vital untuk memberikan 'boost' kepada pemain sebelum bermulanya kejohanan piala AFF Suzuki 24 November nanti sekaligus improve persiapan pre-AFF pasukan Malaysia.Perlawanan malam ini akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam,Selangor.

 Dato' K.Raja dijangka akan menurunkan barisan terkuatnya sekaligus starting eleven bayangan untuk AFF Cup nanti.Dia mampu berbuat demikian kerana Hong Kong tidak akan turut serta dalam kejohanan tesebut dan lagi pula hampir semua pemainnya tidak ada yang mengalami kecederaan yang merumitkan.Kapten,Safiq Rahim besama-sama Fadhli Shas dijangka akan kembali ke kesebelasan utama selepas direhatkan semasa pertemuan menentang Thailand akibat minor injury baru-baru ini.Dan barisan serangan besar kemungkinan masih lagi diterajui oleh Safee Sali dan NorShahrul.

 Diseparuh padang yang lain,Hong Kong akan turun dengan jurulatih sementara,Kim Pan-Gon apabila jurulatih sebelum ini,Ernest Merrick telah meletakkan jawatan kira-kira 3 minggu yang lalu.Tugas pertama Pan-Gon agak terjejas tanpa khidmat penyerang utama,Chan Siu Ki tetapi mampu menggunakan kekuatan yang ada pada playmaker utama,Lam Ka Wai.


BARISAN KEMUNGKINAN MALAYSIA

KFCM,Zubir,Irwan,Aidil,Mahali,Kunanlan,Safiq,Shakir,
Wan Zack,Safee,NorShahrul

BARISAN KEMUNGKINAN HONG KONG

TT Him,C W Ho,LC Ho,LK Yee,KK Pong,LK Wai,B He,H Yang,CM Fai,LW Lim,LH Lim


[LIVE STREAMING LINKS MALAYSIA VS HONG KONG 14 NOV 12]

*Kick-Off On 8:45 PM MYT


1 comment:

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk