Saturday 25 May 2013

Nike HyperVenom Phantom Boots Teaser


A New Breed Of Attack Is..Coming


 VIDEO TEASER NIKE HYPERVENOM PHANTOM| Assalamualaikum WBT.Menjelang pelancaran silo baru sepatu bolasepak Nike,HyperVenom Phantom,Nike telah mereleasekan sebuah video teaser pendek berkaitannya.Menggunakan tagline "A New Breed Of Attack Is Coming",teaser pendek ini menunjukkan sebuah kotak hitam yang dipercayai mengandungi Nike HyperVenom dihantar kepada Neymar dan dipercayai akan di Unveilkan oleh Neymar pada 27/5 nanti.

 Dari segi binaan dan teknologi pada boots ini,teknologi All Condition Control,ACC yang terdapat pada kebanyakan boots Nike lain akan turut terdapat pada HyperVenom ini kerana  pada dasarnya boots ini direka untuk pemain yang memerlukan agiliti yang tinggi.ACC yang terdapat pada boots ini nanti akan menambahbaikkan kawalan bola tidak kira dalam cuaca yang baik atau basah.NikeSkin pula terdapat pada luaran boots ini yang mana dikatakan akan menyempurnakan kawalan dan tendangan bola.Oleh kerana boots ini dicipta khas untuk striker,Boots HyperVenom ini dikatakan akan menggantikan silo/siri Total 90 yang agak popular itu.Antara pemain-pemain lain yang akan memperagakan HyperVenom ini nanti termasuklah Hazard,Goetze dan Ballotelli.


[TEASER NIKE HYPERVENOM PHANTOM BOOTS]



0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk