Tuesday 11 June 2013

Apple Inc Memperkenalkan OS X Mavericks Dan iOS 7 Secara Rasmi

OS X..MAVERICKS

  PENGUMUMAN RASMI OS X MAVERICKS OLEH APPLE INC| Assalamualaikum WBT.Kira-kira sejam yang lalu bertempat di WWDC (Worldwide Developer Conference) 2013,San Francisco,Apple Inc telahpun mengumumkan dan memperkenalkan sistem operasi komputer/desktop mereka yang terbaru yang diberi kodnama OS X Mavericks.Dan My! banyak penambahbaikan yang dilakukan Apple untuk Mavericks berbanding OS X sebelum ini,Mountain Lion.
Finder Tab

  Antara penambahbaikan/fungsi/aplikasi baru yang bakal datang untuk platform Mavericks ini termasuklah Finder Tab,Sokongan Tag Dokumen,Sokongan Paparan Berbilang.Sokongan Tag Dokumen yang didatangkan pada Mavericks ini dijangka akan memudahkan pengguna mencari dokumen mereka melalui Finder selepas mengetag dokumen mereka.Sokongan paparan berbilang pula akan menambahkan kecekapan sistem ini ketika digunakan pada lebih dari satu paparan.
Sokongan Paparan Berbilang

  Pada masa yang sama,OS X Mavericks juga memfokuskan kepada penjimatan tenaga kerana dikatakan Apple akan mengoptimasikan penggunaan bateri pada Macbook lantas meningkatkan prestasi MacBook itu sendiri harapnya.Selain itu,dikatakan sistem notifikasi pada Mavericks juga ditambah baik.Melalui sokongan notifikasi yang lebih baik ini,bakal pengguna Mavericks bukan sahaja dapat memberikan respon berbentuk sosial tetapi juga berbentuk produktiviti seperti membalas emel dan yang lebih awesome sokongan notifikasi ini mula berfungsi ketika pengguna masih di log screen lagi.
Notifikasi Pada Mavericks
Apple Maps Yang DiTambah Baik

  Aplikasi lain yang turut diumumkan akan hadir bersama-sam Mavericks ialah Apple Maps dan iBooks.Apple Maps yang didatangkan adalah versi terbaru sementara aplikasi iBooks akan membenarkan pengguna mengakses,membaca koleksi buku digital mereka at ease.Selain itu,jika pengguna Mavericks menggunakan beberapa produk Apple lain,mereka boleh sync digital books mengikut keselesaan mereka.
iBooks Didatang Ke OS X Terbaru
iOS 7..Unveiled

  Onto sistem operasi smartphone Apple yang terbaru: Behold iOS 7.Masih lagi mengekalkan ciri-ciri minimalis tetapi dengan rekabentuk yang dikatakan baru.Antara highlight untuk iOS 7 ini ialah dibahagian kamera.Membawakan 4 mod kamera berbeza: Video,Gambar,Square dan Panorama selain filter.Lain-lain yang ditambah baik termasuklah Siri,messaging,multi-tasking,Safari dan AppStore.Aplikasi-aplikasi baru yang turut didatangkan bersama iOS 7 ini pula termasuklah aplikasi cuaca,kalender yang baru,Sokongan Control Centre dan Photos.
Fungsi Kamera Pada iOS 7 Baru

Sumber dan gambar dari AMANZ.MY

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk