Sunday 2 June 2013

Trailer Teaser Pertama Kamen Rider Wizard & Kyoryuger Summer Movie

 KR WIZARD & KYORYUGER SUMMER MOVIE TEASER| Assalamualaikum WBT.Akhirnya yang ditunggu telah tiba.2 Teaser yang dinanti.Teaser Trailer untuk filem musim panas Kamen Rider Wizard dan Zyuden Sentai Kyoryuger is finally here.Trailer pendek ini masing2 telah dikeudarakan pagi tadi setelah tamatnya siaran KR Wizard dan Kyoryuger episod terbaru di Jepun.Kedua-dua filem ini akan ditayangkan pada 3 Ogos nanti di Jepun.
Mages..mages Everywhere
 KR Wizard summer movie berjudul Kamen Rider Wizard: In Magic Land.Seperti yang dimaklumkan sebelum ini,di Magic Land sesiapapun boleh menjadi Kamen Rider.Dapat dilihat dalam trailer pendek ini,Haruto (KR Wizard) juga terkejut melihat Rinko,Shunpei dan pemilik kedai donut berubah menjadi Kamen Rider Mage.Dalam filem ini nanti,Haruto dan beberapa rakannya akan mengembara ke Magic Land dan bertemu dengan Kamen Rider Sorcerer (Golden Wizard).Yang menariknya watak manusia Golden Sorcerer ini akan dilakonkan oleh pelakon yang terkenal membawakan watak Kogoro Mouri dalam Detective Conan Live Action iaitu Jinnai Takonari..Ha Ha Ha.Ini juga menjadikannya individu paling tua menjadi Kamen Rider pada usia lebih 50 tahun.

[TEASER TRAILER KAMEN RIDER WIZARD: IN MAGIC LAND]


KYORYUNAVY
 Kyoryuger Summer Movie pula akan ditayangkan kelak dengan Judul Zyuden Sentai Kyoryuger The Movie: Gaburincho Of Music.Trailer pendek berkenaan filem ini juga memperkenalkan sesuatu yang menarik iaitu watak movie-exclusive,KyoryuNavy.Samada watak ini merupakan rakan2 kepada Kyoryuger yang lain ataupun musuh belum lagi dapat dipastikan.Kelihatannya macam musuh.Dalam filem ini juga,akan muncul ZyudenRyu baru,ZyudenRyu #00 TobaSpino yang merupakan partner KyoryuNavy sendiri dan kombinasi baru SpinodaiOh.

[TEASER TRAILER ZYUDEN SENTAI KYORYUGER: GABURINCHO OF MUSIC]


Sumber Dari JEFUSION.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk