Newcastle United Vs Liverpool FC 2013/14 |
LIVE STREAMING BPL 2013/14 NEWCASTLE UNITED VS LIVERPOOL FC 2013| Assalamualaikum WBT.Setelah kebanyakan liga bolasepak dunia berehat untuk memberi laluan kepada siri kelayakan Piala Dunia minggu lepas,hari ini kebanyakan liga kembali bersambung termasuklah liga yang paling banyak di tonton di dunia iaitu Barclays Premier League.Untuk perlawanan ke-8 musim ini,Liverpool FC akan bertandang ke St James Park untuk bertemu dengan Newcastle United.The Reds berharap untuk mencari 3 kemenangan berturut-turut sementara sementara Newcastle mengimpikan untuk menang untuk kali kedua di laman sendiri.
Alan Pardew,pengurus Newcastle berharap momentum ketika menang menentang Cardiff City dapat dibawa pada perlawanan kali ini.Dan dia sekali lagi akan bergantung harap kepada Loic Remy yang dipinjamkan dari Qpr untuk membedil kubu The Reds.Pun begitu skuad Pardew agak tempang malam nanti dengan ketiadaan kapten,Fabricio Collocini dan Jonas Gutierrez.Kemenangan akan memperbaiki kedudukan mereka sekaligus dapat membalas aib ketika ditewaskan dengan jaringan besar pada musim lepas.
Di kem Liverpool pula,turun ke padang dengan bilangan mata yang sama dengan pendahulu liga,Arsenal diharap memberikan sedikir suntikan moral dan harapnya dapat diterjemahkan dengan satu lagi kemenangan.Jika mereka menang,LFC akan kembali kepuncak biarpun hanya untuk seketika kerana sepak mula melibatkan Arsenal agak lewat.Gandingan SAS (Suarez n Sturridge) dijangka akan terus mengemudi attacking line The Reds dengan bantuan Gerrard,Lucas dan Henderson dibahagian tengah.Pemain-pemain yang dilanda kecederaan sebelum ini dijangka boleh diturunkan malam nanti termasuklah Glen Johnson,Joe Allen dan Aly Cissokho.Pun begitu,Coutinho masih lagi tidak dapat beraksi dan diramal untuk kembali turun ke padang pada penghujung Oktober atau awal November nanti.
[LIVE STREAMING LINKS NEWCASTLE UNITED VS LIVERPOOL 2013/14]
*Kick-Off pada jam 7:45 PM waktu Malaysia.
0 Orang Komen Sini =):
Post a Comment
Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)