Saturday 5 October 2013

Sedikit Sebanyak Mengenai Kamen Rider GAIM

KR GAIM's LOGO & TITLE
 KAMEN RIDER GAIM INFO| Assalamualaikum WBT.Menjelang tayangan episod sulung siri baru Kamen Rider (KR), Kamen Rider Gaim pada esok hari,Daus seperti yang telah dijanjikan akan berkongsikan serba sedikit info berkenaan pahlawan sengoku ini..Kebanyakan info-info ini Daus petik dari laman JEFUSION dan Kamen Rider WIKI.

[INFO-INFO BERKENAAN KAMEN RIDER GAIM]

1-Merupakan siri KR ke-24 keseluruhannya dan KR moden/heisei ke-15.Siri ini akan diarahkan oleh Ryuta Tasaki,ditulis oleh Gen Urobuchi dan diproduksikan oleh Naomi Takebe.

2-Bertemakan buah-buahan (fruits), anak kunci (locks) dan zaman sengoku (sengoku period).Trademarknya telah didaftarkan kedalam database trademark jepun pada bulan jun lalu.Akan mula bersiaran pada 6 Oktober menggantikan siri Kamen Rider Wizard sekaligus akan mengisi blok Super Hero Time bersama-sama Zyuden Sentai Kyoryuger.
Imej Pertama GAIM
Pelakon-Pelakon Utama Gaim
3-Siri KR ini bakal menyaksikan tidak kurang dari 5 Rider berlainan akan melakukan kemunculan termasuklah protagonis utama KR Gaim/Kota Kazuraba (Gaku Sano),KR Baron/Kaito Kumon (Yutaka Kobayashi),KR Ryugen/Mitsuzane Kureshima (Mahiro Takasugi),KR Zangetsu/Takatora Kureshima (Yuki Kobota) dan KR Griton.
Dari Kiri Ke Kanan: KR Griton,Baron,Gaim,Ryugen & Zangetsu
4-Berubah kepada KR dengan menggunakan rider belt yang dikenali dengan nama Sengoku Driver.Apabila Lockseeds dicantumkan/diletakkan pada sengoku driver,untuk bertukar kepada KR Gaim atau lain-lain rider,bahagian buah pada Lockseed tersebut akan dipotong menggunakan pisau kecil yang terdapat pada Sengoku..I know i know its lame but deal with it! :p.Setiap Rider mempunyai sengoku driver yang berbeza corak platenya dan mempunyai suara latar yang berbeza.
GAIM's Sengoku Driver
5-Sengoku Driver merupakan transformation belt bagi semua rider dalam siri ini.Yang membezakan driver hanyalah plate yang berbeza-beza bagi setiap rider.Lockseeds pula ialah merupakan sumber kuasa -kuasa berbeza bagi rider.Ia merupakan peralatan yang misteri dan kebanyakan kuasa mereka mempunyai kaitan dengan buah-buahan.Ianya dapat di jumpai disatu tempat yang dinamakan sebagai Helheim Forest dan walaupun menjadi sumber kuasa Gaim,Lockseed juga merupakan makanan kegemaran Inbess.
Unmature N Mature Lockseeds
6-Inbess ialah raksasa/makhluk jahat dalam siri GAIM.Merupakan haiwan yang bersaiz manusia yang gemar memakan Lockseed yang terdapat di hutan Helheim.Tetapi cara pemakanan Lockseed yang salah membuatkan mereka bermutasi dan berubah menjadi raksasa yang mencari peluang untuk menceroboh dunia manusia.
Deer Inbess
7-Kamen Rider utama ialah Kamen Rider Gaim atau Kota Kazuraba.Dia merupakan penari kedua dalam Team Gaim tetapi akhirnya berhenti untuk menyertai pertandingan tarian untuk mencari pekerjaan biasa dan melindungi adiknya.Kota sebenarnya menjumpai Sengoku Driver secara tidak sengaja.
Orange Lockseed
Gaku Sano As KR GAIM
Untuk berubah menjadi KR Gaim,Kota akan memasukkan Orange Lockseed pada driver miliknya dan memotong bahagian buah pada Lockseed tersebut membolehkannya berubah kepada default form atau disebut 'Arms' iaitu Orange Arms.Pengumuman yang mengiringi form ini ialah "The Flowered Path Orange Stage!"
Default Form,Orange Arms!
Musou Saber (Kiri) & Daidaimaru (Kanan)
Senjata utama Gaim dalam Orange Form ini ialah Musou Saber,sebilah pedang yang juga merupakan sebuah pistol.Pada masa yang sama,Orange Lockseed juga membenarkan Gaim menyeru senjata khas,Daidaimaru,pedang khas yang dilihat seperti sepotong buah oren..Yummeh :).Bila digabungkan bersama, Musou Saber+ Daidaimaru akan membentuk sebuah lagi senjata yang lebih berkuasa,Daidaimaru Naginata Mode.
Daidaimaru Naginata Mode
The BadAss Pine Arms!
Bentuk/form kedua bagi Gaim ialah Pine Arms yang dapat diakses menggunakan Pine Lockseed.
Pine Iron
Iron Breaker
Senjata utama bagi Gaim dalam bentuk ini ialah Pine Iron,senjata berantai dan mempunyai pine besi di hujungnya.Rider Kick dalam bentuk ini disebut 'Iron Breaker'.

Antara Lockseeds lain yang akan digunakan oleh Kamen Rider Gaim  pada masa hadapan ialah,Ichigo/Strawberry Lockseed,Suika/Watermelon Lockseed dan Sakura Lockseed.
Ichigo Lockseed
Suika Lockseed
Sakura Lockseed
8-Antara watak-watak lain dalam siri ini selain 5 rider ialah Chucky,Rika dan Rat yang merupakan anggota lain Team Gaim.Anggota lain dalam Team Baron pula ialah Zach dan Peko.Akira Kuzuraba pula merupakan adik kepada Kota dan  pemilik sebuah gerai buah-buahan yang selalu dikunjungi oleh Team Gaim iaitu Kiyojiro Bando.Sid pula merupakan seorang Dealer Lockseed manakala DJ Sagura merupakan seorang penyampai radio haram.
Team Baron & Team Gaim
 Untuk menonton preview episod pertama KR Gaim TEKAN SINI dan untuk melihat trailer penuh pertama GAIM TEKAN SINI.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk