Saturday 23 November 2013

Everton FC Vs Liverpool FC : Preview Perlawanan Dan Link Live Streaming

Derbi Merseyside
  LIVE STREAMING EVERTON VS LIVERPOOL NOV 2013| Assalamualaikum WBT.Kembali kita dapat menyaksikan aksi-aksi bolasepak berkualiti tinggi hujung minggu ini selepas memberi laluan kepada persahabatan antarabangsa dan play-off kelayakan piala dunia minggu lepas.Now untuk merseyside derby pertama bagi musim 2013/14,Liverpool akan bertandang ke Goodison Park untuk bertemu dengan musuh setempat mereka, Everton FC.Jadi kita boleh jangkakan local derby terpenting di BPL ini akan menyajikan kita denga aksi-aksi yang memukau dan banyak gol harapnya.

  The Tofees, akan turun melayani jiran mereka dengan rekod tidak pernah kalah ditempat sendiri musim ini dan berhasrat untuk mengekalkannya malam nanti.Sebelum turun dalam perlawanan derbi Merseyside yang ke-221 ini, pasukan tuan rumah bimbingan Roberto Martinez telah memenangi 3 perlawanan dan seri 2 perlawanan di tempat sendiri dan jika mereka menang keatas jiran setempat mereka malam ini, Everton akan mengumpul mata yang sama dengan Liverpool.Untuk itu, Martinez sangat mengalu-alukan kepulangan semula Tony Hibbert ke pasukannya dan dia juga berharap Alcarez juga akan turun buat kali pertamanya malam nanti.Pun begitu, Arouna Kone dan Darren Gibson masih lagi tercedera dan ini sedikit sebanyak akan mengganggu persiapan pasukannya.

  Pasukan pelawat pula akan bertandang ke Goodison Park dengan hasrat untuk mengumpul tiga mata penuh untuk melonjakkan mereka ke puncak liga walaupun hanya untuk sementara.Kemenangan 4-0 ke atas Fulham sebelum International Break akan dijadikan aspirasi oleh anak-anak didik Rodgers untuk terus mengutip mata penuh di GP.Pun begitu, The Reds akan turun ke GP tanpa beberapa pemain antara lainnya Jose Enrique,Iago Aspas dan Sebastian Coates yang masih cedera.Daniel Sturridge yang diberitakan tidak berapa cergas akan dapat diturunkan mengikut kata Brendan Rodgers.


[LIVE STREAMING LINKS EVERTON VS LIVERPOOL NOV 2013]

*Kick Off pada jam 8:45PM waktu Malaysia.

LINK 1   LINK 2   LINK 3

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk