THE WHITE WIZARD TRANFORMATION SEQUENCES| Assalamualaikum WBT.Seperti yang dispekulasikan sebelum ini disini,akhirnya identiti manusia/civilian identity bagi The White Wizard dalam Kamen Rider Wizard akhirnya didedahkan.Pada penghujung babak dalam episod 39 semalam,Fueki berubah ke bentuk White Wizard selepas Plamonsternya,Cerberus merampas cincin yang tidak boleh digunakan oleh Haruto dan memberikannya kepada Fueki.Sejurus Haruto bertanyakan kepada Fueki "who are you?",Fueki membuka kotnya yang mendedahkan WizardBelt nya lantas berubah ke bentuk.Babak ini dapat dilihat dalam video dibawah,ENJOY :)
[THE WHITE WIZARD TRANSFORMATION/HENSHIN SEQUENCE]
KAMEN RIDER WIZARD EPISODE 40 PREVIEW| Assalamualaikum WBT.Awal pagi tadi waktu Jepun episod Ke-39 Kamen Rider Wizard telah pun ditayangkan.Episod yang ditayangkan pagi tadi bertajuk 'What Was Forgotten On The Picth'.Dan seperti biasa ini pula merupakan sedikit preview berserta video pendek untuk episod ke-40 akan datang.Episod ke-40 ini akan ditayangkan dengan judul 'I Want To Ride A Bike'.
[KAMEN RIDER WIZARD EPISODE 40 PREVIEW]
Dalam episod akan datang ini,latar belakang Fueki (The White Wizard..seperti yang dilihat pada penghujung episod hari ini) mula disiasat oleh Rinko.Pada masa yang sama Nito membantu seorang budak lelaki,Yuzuru belajar cara-cara menunggang basikal.Sumber Dari Jefusion.com
KAMEN RIDER WIZARD EPISODE 39 PREVIEW| Assalamualaikum WBT.Episod ke-38 KR Wizard telahpun keudara pagi tadi.Ini pula merupakan sedikit video preview untuk episod akan datang iaitu episod 39 yang bertajuk "What Was Forgotten On The Pitch".
[KAMEN RIDER WIZARD EPISODE 39 PREVIEW]
Dalam episod akan datang ini,seorang Gate bernama Kazuya terpaksa dimasukkan kedalam Hospital selepas menjadi sasaran Phantom Bahamut.Jadi untuk mempertahankan Kazuya dari cengkaman Bahamut,Haruto terpaksa memikirkan strategi terbaik kerana Bahamut merupakan Phantom yang sangat kuat.Pada masa yang sama,seorang lelaki misteri,dikatakan bernama Fueki datang ke kedai antik Wajima dan meminta beliau mencanai Magic Rings baru.Dikatakan Fueki ini merupakan identiti manusia kepada The White Wizard.Should be interesting..:XD