Showing posts with label BPL 2012/13 Live Streaming. Show all posts
Showing posts with label BPL 2012/13 Live Streaming. Show all posts

Tuesday, 12 February 2013

Liverpool FC Vs West Bromwich Albion: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Live Streaming Links

Liverpool FC Vs WBA..ANFIELD
 LIVE STREAMING LIVERPOOL FC VS WEST BROM 12/11 FEB 2013| Assalamualaikum WBT.Hurm dah lama jugak tak buat preview2 perlawanan melibatkan pasukan pujaan Daus,LFC ni..Bukan apa,line internet kat rumah ni tidak boleh diharap sangat.But here i am,berkesempatan kali ini untuk up preview tidak seberapa untuk perlawanan yang akan dilangsungkan kira-kira jam 4 pagi nanti di stadium keramat LFC,ANFIELD.

 Lebih kepada payback time sebenarnya bagi pasukan tuan rumah bimbingan Brendan Rodgers kerana pada fixture pembukaan EPL musim ini,LFC dimalukan 3-0 oleh WBA di The Hawtorns.Rodgers seperti biasa akan menyandarkan harapan besar untuk merobek gawang WBA kepada Luis Suarez yang sedang berada pada prestasi terbaiknya sekarang ini.Kemungkinan besar juga,Daniel Sturridge tidak dapat diturunkan nanti kerana mengalami kecederaan tetapi Raheem Sterling mungkin akan kembali kedalam starting eleven.Pemain baru LFC,Coutinho pula dijangka akan melakukan debutnya pada perlawanan ini tetapi hanya dari bangku simpanan.LFC should win this.

 Pasukan WBA pula bakal berkunjung ke Anfield tanpa khidmat Goran Popov yang digantung serta beberapa pemain yang masih lagi mengalami kecederaan seperti Zoltan Gera dan George Thorne.Youssouf Mulumbu akan kembali memperkuatkan jentera tengah WBA dan membantu kemungkinan besar Lukaku/Long dibahagian serangan WBA.


BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Reina,Johnson,Carragher,Agger,Enrique,Lucas,Gerrard,Henderson,Downing,Sterling,Suarez

BARISAN KEMUNGKINAN WEST BROMWICH ALBION

Foster,Reid,McAuley,Olsson,Ridgewell,Yacob,Mulumbu,Dorrans,Morrison,
Brunt,Long


[LIVE STREAMING LINKS] *Kick-Off On 4 AM MYT


Saturday, 20 October 2012

BPL 2012/13: All Matchday 8 (20 OCT) Live Streaming Links

  Assalamualaikum WBT.Malam ini bolehlah dikatakan heaven bagi penggemar bolasepak terutamanya yang berada di Malaysia.Apa tidaknya perhitungan terakhir bagi merebut piala paling berprestij,Piala Malaysia akan dilangsungkan malam ini di SSA.Arena bolasepak global juga tidak kurang rancaknya apabila kembalinya match-match BPL malam ini setelah berehat memberi laluan kepada siri perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014.Match BPL paling mencuri tumpuan hujung minggu ini pastilah pertembungan di antara Tottenham Hotspur dan Chelsea FC.Dalam perlawanan ini,pasukan Chelsea kendalian Di Matteo berhasrat untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka setakat ini sementara Andres Villa Boas pula ada sesuatu untuk dibuktikan kepada bekas majikannya yang juga pemilik Chelsea,Roman Abrahamovic..Oh Boy this gonna be exciting to watch.

Gameweek 8 BPL 2012/13

[MATCHDAY 8 BPL 2012/13 (20 Okt) LIVE STREAMING LINKS]

Tottenham Hotspur Vs Chelsea [Kick-Off On 7:30 PM MYT]

LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5  


Fulham Vs Aston Villa

LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5


Liverpool FC Vs Reading

LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5

*Preview bagi perlawanan ini akan ditambah kemudian.


Manchester United Vs Stoke City

LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5


Swansea City Vs Wigan Athletic

LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5


West Bromwich Albion Vs Manchester City

LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5


West Ham United Vs Southampton

LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5  


Norwich City Vs Arsenal [Kick-Off On 12:30 AM MYT]

LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5


*Perlawanan yang tidak dinyatakan sepak mulanya akan bermula pada jam 10 Malam MYT

*Link-Link Tambahan akan diupdate kemudian

*Untuk keputusan perlawanan-perlawanan ini,KLIK SINI

Sunday, 7 October 2012

Liverpool FC Vs Stoke City: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Live Streaming Links

  Assalamualaikum..Malam ini jam 10 malam bertempat di Stadium Anfield,pasukan pujaan Daus,Liverpool FC akan menantikan kunjungan Stoke City untuk saingan seterusnya Liga Perdana  Inggeris.Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan untuk EPL divenue yang sama pada Januari lalu berkesudahan dengan keputusan seri 0-0.Untuk perlawanan ini pasukan Liverpool terutamanya pengurus ingin terus mengekalkan peningkatan dalam kedudukan liga sebaliknya bagi pasukan Stoke pula ingin mencari keputusan terbaik ditempat lawan.Liverpool juga berharap agar dapat mencipta rekod kemenangan back-to-back keatas Stoke sejak Disember 2011.

Liverpool VS Stoke City..Anfield 10 PM
 Di kem tuan rumah,Liverpool pengurus,Brendan Rodgers without a doubt akan definately menurunkan kembali kapten berpengaruh,Steven Gerrard dan Luis Suarez kedalam kesebelasan utama setelah mereka diletakkan dibangku simpanan ketika Liverpool tewas kepada Udinese baru-baru ini.Pun begitu Rodgers tetap tidak dapat menggunakan khidmat Martin Kelly dan Jose Enrique (kedua-duanya Knee Injury) tetapi mungkin akan  kembali menurunkan Joe Cole.Jonjo Shelvey pula masih perlu menjalani penggantungan tiga perlawanannya.

  Pengurus Stoke pula,Tony Pulis mempunyai skuad yang fully-fit untuk dipilih kecuali Andy Wilkinson yang digantung perlawanan.Pulis besar kemungkinan akan menurunkan skuad yang sama seperti ketika menentang Swansea City tempoh hari.Bermakna tiada tempat kesebelasan utama untuk ex-Liverpool player Michael Owen malam nanti kerana seorang lagi ex-Reds,Peter Crouch di prestasi yang agak baik sekarang.


BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Reina,Johnson,Skrtel,Agger,Wisdom,Sahin,Allen,Gerrard,Suso,Suarez,Sterling


BARISAN KEMUNGKINAN STOKE CITY

Begovic,Cameron,Huth,Shawcross,Wilson,Adam,Whelan,N'Zonzi,Kightly,Walters,Crouch


[LIVE STREAMING LINKS]

Kick-Off On 10:00 PM MYT



*Untuk live streaming lain-lain perlawanan yang turut berlangsung malam ini,KLIK SINI

*Untuk keputusan perlawanan ini dan perlawanan-perlawanan lain yang turut berlangsung malam ini,KLIK SINI

BPL 2012/13: All Matchday 7 (7 OCT) Live Streaming Links

GameWeek 7 BPL 2012/13
  Assalamualaikum WBT.Semalam telah berlangsungnya 6 perlawanan BPL matchday 7 dan malam nanti 4 lagi baki perlawanan matchday 7 BPL 2012/13 dijadualkan akan berlangsung.Kick-Off awal mempertemukan pasukan Southampton dan Fulham.Tetapi pastinya tumpuan malam ini terarah kepada pertemuan diantara Newcastle United dengan Manchester United di Sport Direct Arena dan menjadikannya lebih menarik ialah Howard Webb akan mengadili perlawanan tersebut.If you know what i mean.Pasukan kegemaran Daus,Liverpool FC pula menerima kunjungan Stoke City di Anfield jam 10 malam nanti..Not an easy team to beat..Seriously

[MATCHDAY 7 BPL 2012/13 (7 OKT) LIVE STREAMING LINKS]

Southampton Vs Fulham [Kick-Off On 8:30 PM MYT]



Tottenham Hotspur Vs Aston Villa [Kick-Off On 10:00 PM MYT]



Liverpool FC Vs Stoke City [Kick-Off On 10:00 PM MYT]


*preview bagi perlawanan ini..KLIK SINI


Newcastle United Vs Manchester United [Kick-Off On 11:00 PM MYT]

LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5


*Untuk keputusan-keputusan perlawanan ini,KLIK DISINI

Saturday, 6 October 2012

BPL 2012/13: All Matchday 7 [6 OCT] Live Streaming Links

  Assalamualaikum WBT.Malam nanti dan awal pagi esok,perjuangan kelab2 Inggeris dalam Liga paling tinggi,Liga Perdana Inggeris akan bersambung.Beberapa pasukan yang berhempas pulas mengharungi kempen eropah pertengahan minggu lalu kini kembali memfokuskan permainan mereka kepada saingan BPL.Kira-kira 6 perlawanan dijadualkan akan berlangsung malam ini dan awal pagi nanti dengan perlwanan tumpuan pasti terarah kepada pertemuan diantara Manchester City dengan Sunderland dan perlawanan diantara Chelsea bertemu Norwich City.THE BATTLE RESUMES
BPL 2012/13 Resumes

Manchester City Vs Sunderland [Kick-Off On 7:45 PM MYT]



Chelsea Vs Norwich City 



Swansea City Vs Reading 

LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5 


West Bromwich Albion Vs Queens Park Rangers



Wigan Athletic Vs Everton



West Ham United Vs Arsenal [Kick-Off On 12:30 AM MYT]



*Kick-Off bagi perlawanan2 yang tidak dinyatakan waktu adalah jam 10 Malam.

*Link-Link tambahan akan ditambah dari semasa ke semasa..Stay Tuned

*Untuk keputusan perlawanan-perlawanan ini,KLIK DISINI

Sunday, 23 September 2012

Liverpool FC Vs Manchester United: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Live Streaming Links

Liverpool Vs Man United..Anfield 8:30 PM
  Assalamualaikum WBT.Malam nanti jam 8 setengah,pasukan pujaan Daus,Liverpool Fc akan menanti kunjungan Bitter Rival,Manchester United di Anfield.Seperti yang kita semua telah sedia maklum,tiada perlawanan dalam kalender bolasepak inggeris tahunan yang lebih besar dari perlawanan ini.Penuh dengan emosi dan yang lebih penting tempo perlawanan yang cukup tinggi dan menarik.Setelah kedua-dua pasukan telah memenangi perlawanan masing-masing dalam kempen eropah pertengahan musim ini,expect perlawanan yang mendebarkan malam nanti.

  Pengurus LFC,Brendan Rodgers berharap pasukan bimbingannya dapat mengekalkan momentum ketika menewaskan Young Boys 5-3 sebelum kedalam perlawanan ini seterusnya memberikan kemenangan sulung LFC dalam kempen BPL 2012/13.Jika LFC benar-benar ingin mencabar kejuaraan atau sekurang-kurangnya finish the season at fourth place,kemenangan dalam perlawanan ini wajar dijadikan pemangkin.Dijangkakan Rodgers akan melakukan hanya satu pertukaran berbanding skuad menentang Sunderland baru-baru ini iaitu memasukkan Jose Enrique bagi menggantikan Martin Kelly.Fabio Borini dan Raheem Sterling juga dijangka akan memulakan perlawanan ini sebagai kesebelasan utama disamping kembalinya pemain-pemain utama yang direhatkan seperti kapten,Steven Gerrard,Luis Suarez,Joe Allen dan Pepe Reina.Joe Cole dan Lucas masih lagi berehat panjang.

  Dikem Manchester United pula,Sir Alex Ferguson dijangka masih lagi tidak dapat menggunakan khidmat ayam tambatannya,Wayne Rooney yang masih belum cukup fit setelah tercedera.Ashley Young juga set to miss this big fixture tonight.Jadi besar kemungkinan barisan offensive MU akan dikemudi oleh Kagawa dan Van Persie serta dibantu oleh Scholes dan Carrick.


BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Reina,G.Johnson,Agger,Skrtel,Enrique,Allen,Gerrard,Shelvey,Suarez,Borini,Sterling


BARISAN KEMUNGKINAN MANCHESTER UNITED

D.Gea,Rafael,Ferdinand,Vidic,Buttner,Carrick,Scholes,Valencia,Nani,Kagawa,Van Persie


[LIVE STREAMING LINKS] Kick-Off On 8:30 PM MYT


*Untuk keputusan perlawanan ini dan juga perlawanan-perlawanan lain KLIK DISINI

Saturday, 22 September 2012

BPL 2012/13: All Matchday 5 [22 Sept] Live Streaming Links

BPL 2012/13..Continues Tonight
  Assalamualaikum WBT.Setelah beberapa pasukan dari England mengharungi kempen Eropah masing-masing tidak kira lah Liga Juara-Juara Eropah atau Liga Europa baru-baru ini,malam ini kempen BPL akan bersambung.6 Perlawanan akan dijadualkan akan berlangsung malam ini.Dan Yang paling mencuri tumpuan pastilah pertemuan diantara Chelsea menentang Stoke City di Stamford Bridge jam 10 malam nanti selain pertemuan diantara Everton dan Swansea City.Setelah hanya mampu seri ketika menentang Juventus pertengahan minggu ini adakah Chelsea akan kembali ke winning habit?sama-samalah kita saksikannya nanti.


[LIVE STREAMING LINKS]

Swansea City Vs Everton [Kick-Off Jam 7:45 PM MYT]



Chelsea Vs Stoke City 



Southampton Vs Aston Villa



West Bromwich Albion Vs Reading



West Ham United Vs Sunderland



Wigan Athletic Vs Fulham


*Kecuali perlawanan diantara Swansea City Vs Everton,semua perlawanan lain bermula pada jam 10 malam waktu Malaysia.Enjoy the show

** Untuk keputusan perlawanan-perlawanan LIHAT DISINI

Sunday, 16 September 2012

BPL 2012/13: Keputusan Penuh Matchday 4 Dan Kedudukan EPL Semasa [*FULLY UPDATED]

BPL 2012/13

 Assalamualaikum WBT.Berikut ialah keputusan penuh dan semasa bagi perlawanan-perlawanan BPL yang telah tamat dan sedang berlangsung malam ini..Ayuh kita semak.


NORWICH CITY O-O WEST HAM UNITED [Full-Time]


ARSENAL 6-1 SOUTHAMPTON [Full-Time]


ASTON VILLA 2-O SWANSEA CITY [Full-Time]


FULHAM 3-O WEST BROMWICH ALBION [Full-Time]


MANCHESTER UNITED 4-O WIGAN ATHLETIC [Full-Time]


QUEENS PARK RANGERS O-O CHELSEA [Full-Time]


STOKE CITY 1-1 MANCHESTER CITY [Full-Time]


SUNDERLAND 1-1 LIVERPOOL FC [Full-Time]


READING 1-3 TOTTENHAM HOTSPURS [Full-Time]


EVERTON 2-2 NEWCASTLE UNITED [Full-Time]


KEDUDUKAN SEMASA BPL 2o12/13 SELEPAS MATCDAY 4



Saturday, 15 September 2012

Sunderland Vs Liverpool FC : Preview,Barisan Kemungkinan Dan Link Live Streaming


 Assalamualaikum WBT.Awal pagi nanti,pasukan kegemaran Daus,Liverpool FC akan berkunjung ke Stadium Of Light untuk berdepan satu lawan yang boleh dianggap sukar iaitu Sunderland.Sunderland yang akan dihadapi oleh LFC pagi nanti bukan lagi seperti Sunderland yang dulu kerana kini mereka diperkuatkan dengan kehadiran pemain baru yang berkualiti seperti Adam Johnson dan Steven Fletcher.Tanpa kehadiran pemain baru pun,rekod Liverpool ketika bertemu Sunderland tidaklah begitu baik sejak kebelakangan ini.Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu pada musim lalu,LFC tewas ditempat sendiri kepada lawan sama,menunjukkan betapa Sunderland bukanlah satu lawan yang mudah.

 Untuk perlawanan awal pagi nanti,pengurus LFC,Brendan Rodgers sangat berharap untuk mencapai kemenangan pertama dalam liga selepas hanya sekadar mengutip 1 mata dari keseluruhan 9 mata maksimum dari 3 perlawanan terdahulu.Manakala Sunderland juga cuba untuk memburu kemenangan pertama selepas hanya mengutip 2 mata sebelum ini.Kemenangan bagi mana-mana pasukan nanti pasti akan memberikan nafas yang lebih segar kepada pasukan untuk mengharungi fixture seterusnya terutamanya bagi Liverpool yang tidak lama lagi akan bersaing dalam Kempen Piala Europa.

 Di Kem Liverpool,dijangkakan penjaga gol utama,Pepe Reina tetap diturunkan walaupun persembahannya sejak kebelakangan ini agak merisaukan.Brendan Rodgers juga perlu menunggu pengesahan kecergasan Jose Enrique samada boleh diturunkan atau tidak disamping dijangka akan mengekalkan gandingan Midfield Gerrard-Allen-Sahin awal pagi nanti.Sensasi baru Liverpool,Raheem Sterling juga dijangka diturunkan.Berkemungkinan juga,salah seorang pemain baru LFC yang masih belum diturunkan,Oussama Assaidi akan diberikan debutnya awal pagi nanti.

 Di Kem Sunderland,pengurus,Martin O'Neill dijangka akan mengekalkan penyerang,Steven Fletcher selepas dia beraksi baik sebelum ini.Dan pasangan serangan Fletcher awal pagi nanti mungkin bekas pemain Manchester United,Louis Saha.Adam Johnson yang dilaporkan cedera pula 50/50 akan diturunkan.


BARISAN KEMUNGKINAN SUNDERLAND

Mignolet,Gardner,O'Shea,Cuellar,Rose,Larson,Sessegnon,Cattermole,A.Johnson,Saha,Fletcher

BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Reina,G.Johnson,Agger,Skrtel,Enrique,Gerrard,Allen,Sahin,Downing,Suarez,Sterling



LIVE STREAMING LINKS [Kick-Off Jam 12:30 AM MYT]



*Untuk link live streaming perlawanan-perlawanan lain yang turut berlangsung malam ini.KLIK SINI

BPL 2012/13 : All Matchday 4 Live Streaming Links

 Assalamualaikum WBT.Setelah berhenti/bercuti untuk memberi laluan kepada siri perlawanan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014,kempen Barclays Premier League 2012/13 akan kembali bersambung malam ini.Dijadualkan 8 perlawanan akan berlangsung pada malam ini dan awal pagi esok.Perjuangan untuk merebut tempat terbaik akan kembali bersambung malam ini walaupun ada pasukan yang menerima khabar kurang baik berkenaan pemain mereka yang baru kembali dari tugasan antarabangsa.Antara perlawanan  tumpuan yang dijangka menarik malam ini termasuklah pertembungan Stoke City-Man City,Qpr-Chelsea,Man United-Wigan,Arsenal-Southampton dan perlawanan diantara Sunderland dan Liverpool FC.



LIVE STREAMING LINKS:

1-Norwich City Vs West Ham United [Kick-Off Jam 7:45 PM MYT]



2-Stoke City Vs Manchester City [Kick-Off Jam 10:00 PM MYT]

LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5  


3-Queens Park Rangers Vs Chelsea [Kick-Off Jam 10:00 PM MYT]



4-Manchester United Vs Wigan Athletic [Kick-Off Jam 10:00 PM MYT]



5-Fulham Vs West Bromwich Albion [Kick-Off Jam 10:oo PM MYT]



6-Aston Villa Vs Swansea City [Kick-Off Jam 10:00 PM MYT]

LINK 1  


7-Arsenal Vs Southampton [Kick-Off Jam 10:00 PM MYT]



8-Sunderland Vs Liverpool FC [Kick-Off Jam 12:30 AM MYT]


*Preview & Probable Line-Ups Untuk Match Ini Akan Diupdate Pada Sekitar 11:30 PM Nanti


P/S-Link-link tambahan untuk setiap match akan ditambah/diupdate dari semasa ke semasa.

Sunday, 26 August 2012

Liverpool FC Vs Manchester City - Preview,Probable Line Ups & Live Streaming Links


  Assalamualaikum WBT..Jam 11 malam nanti pasukan fevret Daus,Liverpool FC akan menantikan kunjungan Juara BPL musim lepas,Manchester City di Anfield untuk perlawanan kedua BPL bagi kedua-dua pasukan musim ini.Sedikit kelegaan bagi kem LFC kerana City bertandang ke Anfield tanpa penjaring utamanya untuk musim lepas iaitu Sergio Aguero.Tapi pertahanan LFC tetap boleh tinggal diam kerana penyerang-penyerang lain Man City seperti Tevez,Balloteli dan Dzeko tetap berbisa jika defend LFC tersilap langkah.

  Untuk memastikan LFC mampu memberikan saingan yang sengit kepada City,pengurus LFC telah merehatkan beberapa key players seperti Steven Gerrard dan Luis Suarez dalam game play-off Europa League menentang Hearts baru-baru ini.Jose Enrique berkemungkinan akan kembali dalam kesebelasan utama selepas tidak diturunkan dalam perlawanan pertama due to injury.Pertahanan LFC malam ini dilihat sedikit tempang apabila turun tanpa Daniel Agger yang digantung 1 perlawanan.Pemain-pemain LFC lain yang dijangka tidak akan diturunkan termasuklah Andy Carroll dan Joe Cole yang masih cedera sementara pemain yang baru dipinjam LFC dari Real Madrid,Nuri Sahin mungkin akan menjadi penonton sahaja malam ini.

  Di kem Man City,besar kemungkinan Roberto Mancini akan deploy Mario Balotelli untuk menggantikan tempat Aguero sambil dibantu Tevez dan Silva.Pemain baru City,Jack Rodwell juga mungkin akan diturunkan sekali lagi kerana kecederaan yang menimpa Gareth Barry dan Micah Richards.Walaupun agak sukar,Daus tetap mengharapkan LFC mampu bersaing sengit dengan City dan if possible grabs all 3 points.YNWA


PROBABLE LINEUPS LIVERPOOL FC-
Reina,Johnson,Carragher,Skrtel,Enrique,Gerrard,Lucas,Allen,Downing,Suarez,Borini

PROBABLE LINEUPS MAN CITY-
Hart,Zabaleta,Lescott,Kompany,Clichy,Rodwell,Yaya Toure,Nasri,Tevez,Silva,Balotelli


LIVE STREAMING LINKS [Kick-Off On 11:00 PM MYT]- LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5  LINK 6  LINK 7

Stoke City Vs Arsenal - Preview,Probable Line-Ups & Live Streaming Links

  Assalamualaikum WBT..Selepas 7 daripada 8 perlawanan BPL berlangsung semalam,2 lagi perlawanan BPL akan menjadi tumpuan seluruh penggemar bolasepak dunia malam ini.Perlawanan pertama yang dimaksudkan itu ialah pertembungan antara Stoke City 'The Potters' dengan 'The Gunners' Arsenal yang akan dilangsungkan di gelanggang Stoke City,Stadium Brittania.Salah satu daripada pertemuan semalam iaitu antara Sunderland dengan Reading terpaksa ditunda kerana hujan Lebat.

  Untuk pertembungan kali ini,Stoke City bimbingan Tony Pulis dilihat cuba mengekalkan rekod home yang baik ketika bertemu The Gunners sementara skuad Arsene Wenger terdesak untuk mencapai kemenangan pertama selepas membawa masuk beberapa muka baru baru-baru ini.Stoke juga begitu selepas membenarkan gol penyamaan minit2 terakhir menentang Reading pada opening fixture match minggu lepas.Pada masa yang sama,gandingan serangan baharu Arsenal Podolski-Giroud-Cazorla juga dilihat akan menggunakan perlawanan ini untuk membuktikan kemampuan mereka yang nyata bukan tugas mudah juga kerana cara permainan Stoke yang diketahui agak fizikal.Apakah kesudahan perlawanan ini nanti? sama-samalah kita nantikannya..=P



Probable Line Ups Stoke City- Begovic,Huth,Wilkinson,Shawcross,Wilson,Kightly,Palacios,Whelan,Etherington,Walters,Crouch

Probable Line Ups Arsenal-
Szceesny,Jenkinson,Mertersacker,Vermaelen,Gibbs,Diaby,Cazorla,Arteta,Walcott,Giroud,Podolski


LIVE STREAMING LINKS [ Kick-Off On 8:30 PM MYT]- LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5  LINK 6  LINK 7

Tuesday, 21 August 2012

Everton Vs Manchester United - BPL 2012/13 Preview,Probable Line-Ups & Live Streaming Links

  Assalamualaikum WBT..Ok2 last dah ni =.=..Ni bukan entri pun,ni just nak kongsikan link live streaming je untuk game Everton-MU ni bagi siapa yang nak tengok lah kan.Takda kena-mengena dengan Daus pun sebenarnya game ni sebab dua-dua team Daus tak gemar.Simply nak share link je.Perlawanan antara kedua-dua pasukan ini akan dilangsungkan di stadium Everton iaitu Goodison Park dan dijangka sepakmulanya pada jam 3 pagi waktu Malaysia.Chill =)

  Banyak yang akan diperhatikan untuk game awal pagi ini.Antaranya adakah pemain-pemain baru kedua-dua pasukan akan diberikan debut untuk kelab masing-masing bagi perlawanan pertama bagi kelab untuk musim ini.Dijangkakan pemain baru Everton,Naismith akan diturunkan begitu juga 2 pemain baru MU,Shinji Kagawa dan Robin Van Persie (Awkward).Adakah Everton mampu mengulangi prestasi seperti musim lepas? dan adakah juga Manchester United sudah sedia kembali merampas takhta dari Manchester City? sama-samalah kita nantikan..Bagi Daus yang neutral untuk match ini,Daus predict 1-1.

Everton Vs MU


PROBABLE LINE-UPS EVERTON FC:

Howard,Hibbert,Heitinga,Jagielka,Baines,Neville,Fellaini,Naismith,Osman,Pienaar,Jelavic

PROBABLE LINE-UPS MANCHESTER UNITED :

De Gea,Valencia,Carrick,Vidic,Evra,Scholes,Cleverley,Nani,Rooney,Kagawa,Van Persie


LIVE STREAMING LINKS [Kick-Off On 3:00 A.M MYT] :


Saturday, 18 August 2012

Matchday #1 BPL 2012/13 - All Streaming Links

  Assalamualaikum WBT..Setelah Barclays Premier League berehat kira2 3 bulan,malam ini musim baru liga paling berprestij di dunia itu akan kembali membuka gelanggang.7 perlawanan akan berlangsung malam ini dan awal pagi esok [Waktu Malaysia].Menariknya matchday 1 musim ini kebetulan jatuh pada malam 1 syawal di Malaysia..Ironi sungguh.Buat kuih sambil mata tertala kat TB mungkin keh3.

  6 perlawanan akan bermula serentak iaitu pada jam 10 malam MYT.Perlawanan2 tersebut ialah 1-Arsenal Vs Sunderland [Emirates Stadium] 2-Fulham Vs Norwich City [Craven Cottage] 3-Queens Park Rangers Vs Swansea City [Loftus Road] 4-Reading Vs Stoke City [madejski Stadium] 5-West Bromwich Albion Vs Liverpool Fc [The Hawtorns] 6-West Ham United Vs Aston Vila [Boleyn Ground Stadium].Manakala late kick-off match pada pukul 12 setengah malam ialah diantara Newcastle United Vs Tottenham Hotspurs di Sport Direct Arena.

The Battle Royale Continues Tonight

STREAMING LINKS :

KICK OFF ON 10.00 PM

1- Arsenal Vs Sunderland - LINK 1 

2- Fulham Vs Norwich City - LINK 1

3- Queens Park Rangers Vs Swansea City - LINK 1

4- Reading Vs Stoke City - LINK 1

5- West Bromwich Albion Vs Liverpool FC - LINK 1

6- West Ham United Vs Aston Villa - LINK 1

KICK OFF ON 12:30 AM

1- Newcastle United Vs Tottenham Hotspurs - LINK 1

P/s : Link tambahan akan diupdate dari semasa ke semasa .=P.

Terbaik Dari Busuk