Showing posts with label Boots. Show all posts
Showing posts with label Boots. Show all posts

Sunday, 23 June 2013

BootLeaks: Adidas F50 AdiZero 4

Blue Adidas F50 AdiZero IV
  ADIDAS F50 ADIZERO IV LEAKED| Assalamualaikum WBT.Beberapa keping gambar berikut dikatakan merupakan imej pertama untuk siri baru akan datang dalam keluarga boots F50 Adizero iaitu AdiZero F50 IV.AdiZero baru ini dijangkakan pelancarannya pada November ini dan dikatakan turut dilengkapi dengan beberapa teknologi baru ciptaan Adidas.Lionel Messi,imej eksklusif untuk keluarga AdiZero pula akan mendapat versi istimewanya sendiri pada tahun 2014 nanti.Boots ini nanti akan dilancarkan dan dipromosikan dengan slogan 'The Planet's Fastest Boots'.

Orange AdiZero F50 4
  Antara teknologi-teknologi baru yang didatangkan pada AdiZero 4 ini termasuklah HybridTouch yang menggabungkan material kulit dan sintetik.Bahagian 'Upper' pula dilengkapi dengan teknologi serbabaru oleh Adidas yang diberi nama 'Dribbletex Technology' yang merupakan tekstur/bahagian/plate cengkaman 3D untuk gelecekan pantas dalam semua keadaan cuaca seperti Nike's All Condition Control (ACC).Bahagian belakang 'Upper' pula disertakan dengan teknologi 'SpeedFoil'.Akhir sekali,bahagian 'Outsole' AdiZero 4 akan menggunakan konfigurasi stud 'SpeedTraxion 'untuk menyempurnakan kelicikan.

  Bagi edisi khas Messi pula,ianya menampilkan design dengan warna yang pelbagai.Agak pelik dan menjengkelkan tapi harus diingat ini hanyalah sekadar khabar angin.Versi Messi ini akan dilengkapi dengan Sole berwarna hijau yang dikenali dengan nama Solar Slime.Dengan warna-warna yang pelbagai,versi ini mungkin menjadi versi Messi yang paling meriah.

Sumber dan gambar dari FootyHeadlines
Adidas AdiZero 4 Messi..Meriah XD

Saturday, 25 May 2013

Nike HyperVenom Phantom Boots Teaser


A New Breed Of Attack Is..Coming


 VIDEO TEASER NIKE HYPERVENOM PHANTOM| Assalamualaikum WBT.Menjelang pelancaran silo baru sepatu bolasepak Nike,HyperVenom Phantom,Nike telah mereleasekan sebuah video teaser pendek berkaitannya.Menggunakan tagline "A New Breed Of Attack Is Coming",teaser pendek ini menunjukkan sebuah kotak hitam yang dipercayai mengandungi Nike HyperVenom dihantar kepada Neymar dan dipercayai akan di Unveilkan oleh Neymar pada 27/5 nanti.

 Dari segi binaan dan teknologi pada boots ini,teknologi All Condition Control,ACC yang terdapat pada kebanyakan boots Nike lain akan turut terdapat pada HyperVenom ini kerana  pada dasarnya boots ini direka untuk pemain yang memerlukan agiliti yang tinggi.ACC yang terdapat pada boots ini nanti akan menambahbaikkan kawalan bola tidak kira dalam cuaca yang baik atau basah.NikeSkin pula terdapat pada luaran boots ini yang mana dikatakan akan menyempurnakan kawalan dan tendangan bola.Oleh kerana boots ini dicipta khas untuk striker,Boots HyperVenom ini dikatakan akan menggantikan silo/siri Total 90 yang agak popular itu.Antara pemain-pemain lain yang akan memperagakan HyperVenom ini nanti termasuklah Hazard,Goetze dan Ballotelli.


[TEASER NIKE HYPERVENOM PHANTOM BOOTS]



Saturday, 8 December 2012

BOOTLEAKS: Nike Hyper Venom Boot Line

 Assalamualaikum.Beberapa gambar berikutnya dikatakan merupakan imej/gambar kepada silo baru/jaluran baru boots bolasepak Nike yang memang sedia ada sudah terkenal dengan barisan  Mercurial,T90,Tiempo,CTR dan yang terbaru GS II.Dikatakan boots prototaip yang diperagakan oleh Neymar baru-baru ini merupakan Nike Hyper Venom ini dan bukanlah Mercurial generasi ke-9.Apapun ini hanyalah khabar angin..Untuk pengesahan nantikan kemunculan/pelancaran rasminya..(JIKA ADA..hehe).

[GAMBAR NEYMAR DAN NIKE HYPER VENOM?]

Neymar berlatih menggunakan Boot prototaip Nike Serba Putih.

Neymar..Practicing In A Black-Out Nike Prototype.

Nike Hyper Venom?

SILO Baru Boot Nike? You Guess

 Agak mengancam isn't it?..Sumber dan gambar dari Footy Headlines dan SoccerBible

Wednesday, 14 November 2012

BOOTLEAKS: ADIDAS PREDATOR 2013

PREDATOR 2013? You Guess

 Assalamualaikum.Gambar diatas dikatakan satu-satunya imej bagi generasi akan datang boots Adidas Predator yang akan dilancarkan pada tahun depan.Well you guys know ini hanyalah rumor kan.Baca boleh nak percaya 100 % jangan..Hehehe..Overall designnya agak simple dari Predator LZ sekarang tapi tidaklah cantik sangat jugak..Yang pasti nanti mesti packed dengan 'Teknologi'.Wait For IT

*Sumber dari FOOTY HEADLINES

Monday, 10 September 2012

BootLeaks : Nike Mercurial Vapor VIII Cristiano Ronaldo

  Assalamualaikum WBT..Kita memang sedia maklum bahawa bintang tersohor Portugal dan Real Madrid,Cristiano Ronaldo merupakan model/muka ekslusif bagi jenama sukan besar,Nike.Buktinya setiap tahun Ronaldo dibayar lumayan oleh syarikat Nike.Bukan itu sahaja,Nike juga telah menyediakan satu koleksi khas bagi beliau.Untuk koleksi khas ini,kebiasaannya Ronaldolah yang mula menggayakannya tidak kira lah kit bolasepak,koleksi musim panas dan tidak terkecuali Boot bolasepak.Dan yang terbaru imej untuk koleksi Nike Mercurial Vapor VIII Cristiano Ronaldo telah tertiris ke arena web..Tentang kesahihannya belum dapat dipastikan lagi dan terpaksalah kita menunggu sehingga pelancarannya kelak.







  Sumber dari Footy Headlines

Sunday, 9 September 2012

BootLeaks : 2013 Adidas AdiZero III Boots & Messi's AdiZero Boot

  Satu jer boleh cakap..UGLY tapi teknologi pada soccer cleats yang bakal dikeluarkan pada Disember ini agak IMPRESSIVE jugak.Dia punya rupa sahaja yang teruk tetapi akan tetap menjadi antara boot bolasepak yang teringan di dunia nanti dengan designnya yang telah diperbaharui oleh team Adidas.Dijangkakan menggunakan satu material-selapis istimewa yang dipanggil 'SprintSkin'.Selain itu,antara bahagian menarik lain pada boots ini ialah satu sistem yang dipanggil 'Sprintweb' oleh Adidas yang mana sistem ini akan menjadikan kawalan bola lebih baik ketika 'fast/high-speed dribbling'.Have your say.



Yellow-Black

Green-Black
2013 AdiZero III

Messi's


Terbaik Dari Busuk