Showing posts with label Kamen Rider Zangetsu. Show all posts
Showing posts with label Kamen Rider Zangetsu. Show all posts

Sunday, 27 October 2013

Preview Episod 5 Kamen Rider GAIM

Preview Episode 5..Ichigo Arms
  PREVIEW EPISOD 5 KAMEN RIDER GAIM| Assalamualaikum WBT.Kamen Rider ke-3 atau ke-4 dalam siri Gaim telah melakukan debutnya dalam episod pagi tadi.Kamen Rider yang di maksudkan disini adalah Kamen Rider Ryugen,bertemakan pahlawan cina dan buah anggur sesuai dengan judul episod pagi tadi "Birth! The Third Grape Rider".Ini pula merupakan sedikit sneak peak video bagi episod ke-5 yang berjudul "I'm Back! Friendship Ichigo Arms".Pun begitu Gaim tidak akan bersiaran pada minggu hadapan sebaliknya akan kembali bersiaran pada 10 Oktober.

[PREVIEW EPISOD 5 KAMEN RIDER GAIM]

  
 Jika dalam episod 4,Kamen Rider Ryugen telah melakukan kemunculannya,episod akan datang ini pula bakal menyajikan aksi pertama Kouta/Gaim dengan form/arms baru iaitu Ichigo/Strawberry Arms.Kouta yang berada didalam hutan misteri,Helheim Forest sedang bergelut dengan Zangetsu pada masa yang sama Kaito mencabar Mitsuzane tetapi Ryugen tidak mampu berdepan dengan Baron sendirian dan mendapat bantuan dari Gaim.

  Dan ini pula merupakan video kemunculan pertama Kamen Rider Ryugen dalam episod pagi tadi.Budou Arms..Grape Cannon Ha Ha Ha.Mendapatkan Grape/Budou Lockseed dari Sid,dia dan Kouta bekerjasama untuk mencari Yuuya tetapi lain pula jadinya.

[KAMEN RIDER RYUGEN DEBUT HENSHIN]



Tonton Episod 4 KR GAIM DISINI.

Sunday, 20 October 2013

Preview Episod 4 Kamen Rider GAIM


Budou Arms..Grape Cannon..Ha Ha Ha
 PREVIEW EPISOD 4 KAMEN RIDER GAIM| Assalamualaikum WBT.Pagi tadi telah ditayangkan episod ketiga Kamen Rider GAIM berjudul "Shock! Rival Banana Transformation".Episod ini menyaksikan Kamen Rider Baron melakukan debutnya.Dan ini pula merupakan sedikit preview untuk episod seterusnya yang akan ditayangkan pada Ahad depan,27 Oktober berjudul "Birth! The Third Grape Rider".

Thursday, 26 September 2013

Trailer Penuh Pertama Kamen Rider GAIM

Orange Arms..The Flowered Path Orange Stage!
 TRAILER KAMEN RIDER GAIM| Assalamualaikum WBT.Sedikit update lambat,update super lambat sebenarnya.Berikut merupakan trailer penuh pertama Siri Kamen Rider Heisei Ke-15,Kamen Rider Gaim yang telah dipertontonkan pada 25 Ogos lalu.Dan muncul dalam tv dah pun KR Gaim ni.Daus upkan ni pun just nak menambahkan lagi ketidaksabaran untuk menonton siri ini nanti :P.

[TRAILER KAMEN RIDER GAIM]

 Secara ringkasnya,dalam siri yang akan menggantikan Kamen Rider Wizard ini nanti,terdapat tidak kurang dari 5 Kamen Rider berbeza yang akan membuat kemunculan: Kamen Rider utama,Kamen Rider Gaim dan Kamen Rider Baron,Ryugen,Zangetsu dan Griton.Menjelang tayangan sulung nanti,Daus akan sediakan sedikit essential berkenaan dengan Kamen Rider GAIM ini nanti.Do wait for it:D..Oh ya Kamen Rider Gaim akan bermula pada 6 Oktober nanti.Tak Sabar 

Terbaik Dari Busuk