Showing posts with label Kamen Rider:Super Climax Heroes. Show all posts
Showing posts with label Kamen Rider:Super Climax Heroes. Show all posts

Monday, 22 October 2012

Kamen Rider: RIDER BOUT!

 Assalamualaikum WBT.Berita baik bagi penggemar siri Kamen Rider dan juga penggemar permainan/games Kamen Rider.Bandai Namco Games mengesahkan akan memperkenalkan permainan menggunakan watak-watak dalam siri Kamen Rider untuk pengguna iOS dan Android.Permainan ini kelak akan dikenali dengan title 'Rider Bout'.

RIDER BOUT..CUTE!

 Jika sebelum ini,pengguna PSP dan Wii akan dapat menikmati Game 'Super Climax Heroes' yang bakal dilancarkan nanti,para pengguna iOS dan Android pula akan dapat menyaksikan kehebatan Rider-Rider ini secara berbeza kerana genre bagi game ini ialah Social RPG.Untuk permainan ini nanti,para pemain akan bermula dengan Kamen Rider Wizard Flame dan ditugaskan menewaskan monsters dan mengumpul kebolehan Riders lain.Bagi iOS permainan ini compatible dengan iPhone 3GS,4,4S,5 dan lebih tinggi manakala minimum requirement bagi Android ialah 2.3..Looking forward for this ^_^

More Screenshot

Friday, 21 September 2012

Super Climax Heroes: Promo/Trailer Pertama


  
  Assalamualaikum WBT.Bandai Namco Games,sebuah pembangun permainan yang agak popular di Jepun semalam telah memuatnaik stream promo pertama untuk siri game Kamen Rider akan datang mereka iaitu Kamen Rider:Super Climax Heroes ke laman YouTube.Dan siri ini nanti merupakan instalment terbaru dalam siri Kamen Rider:Climax Heroes yang agak terkenal bagi penggemar Kamen Rider.Kamen Rider:Super Climax Heroes ini akan direleasekan di Jepun pada 29 November ini untuk pelantar/konsol Wii dan PSP.


  Stream promo diatas menunjukkan beberapa karekter baru yang boleh dimainkan (playable characters) yang tidak terdapat dalam siri sebelum ini iaitu,Climax Heroes Fourze.Antaranya ialah Kamen Rider terbaru,Wizard,Kamen Rider Fourze Cosmic State,Kamen Rider Meteor + Meteor Storm State,Kamen Rider Gills + Exceed Gills,Kamen Rider Chalice + Chalice Wild Form,Kamen Rider Sasword,Delta dan Kamen Rider Saga.Bandai even memberi hint bahawa Kamen Rider Eternal akan muncul dalam game ini..

Terbaik Dari Busuk