Showing posts with label La Liga. Show all posts
Showing posts with label La Liga. Show all posts

Saturday, 26 October 2013

Barcelona FC Vs Real Madrid CF : Preview Perlawanan Dan Link Live Streaming

El-Classico 27 OCT 2013
 FC BARCELONA VS REAL MADRID CF 'EL_CLASSICO' 27 OCT 2013 LIVE STREAMING| Assalamualaikum WBT.Its finally here.Dianggap sebagai perlawanan yang paling dinantikan oleh jutaan peminat bolasepak dunia,bagi pengikut La-Liga khasnya dan peminat sejagat amnya.Pertembungan 'El-Classico' tahun ini dijangka akan menjadi lebih menarik,lebih intense dan lebih memukau dari sebelumnya.Ini kerana,awal pagi nanti akan menyaksikan aksi sulung pemain termahal dunia ketika ini,Gareth Bale dalam  perlawanan mega ini.Begitu juga halnya dengan pemain superstar FCB,Neymar.Explosive.Kedua-dua jurulatih,Gerrardo Martino dan Carlo Ancelotti juga akan muncul pada El Classico pertama mereka.Lain-lain pemain yang akan turun beraksi dalam El Classico buat kali pertama termasuklah Aiser Illaramendi,Isco Dll.

  Selepas gagal mencapai kemenangan terhadap rival utama mereka selama 2 tahun,FC Barcelona akan menyasarkan untuk berbuat demikian awal pagi nanti lebih-lebih lagi akan bemain di Camp Nou.Kali terakhir The Catalans menewaskan Real ialah pada Disember 2011 dimana mereka bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Real 3-1 di Bernabeu.Turun sebagai satu-satunya pasukan yang belum pernah tewas dalam kancah La-Liga diharap dapat menaikkan semangat anak-anak buah Gerrardo Martino ini.Martino berharap gandingan Messi-Neymar akan menjadi bagi mengimbangi kekuatan Real Madrid awal pagi nanti.

  Real Madrid pula,yang kini berada pada kedudukan ke-3 liga,ketinggalan 3 mata di belakang FCB ingin menewaskan FCB untuk mengejar dan merapatkan jurang dengan pendahulu setakat ini.Walaupun tumpuan lebih terarah kepada dua pemain baru yang akan bertembung buat kali pertama awal pagi nanti,kesudahan perlawanan ini tetap ditentukan oleh 2 pemain terbaik dunia ketika ini,Ronaldo bagi Madrid dan Lionel Messi bagi The Catalans Giants.

[LIVE STREAMING LINKS FC BARCELONA VS REAL MADRID CF]

*Perlawanan ini akan bermula pada Jam 12 AM Waktu Malaysia


Monday, 8 October 2012

FC Barcelona Vs Real Madrid CF: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Live Streaming Links

El-Classico 2012..Camp Nou
  
 Assalamualaikum WBT.Well well..Look what we have here..Arguably the biggest match di dunia.Penuh dengan drama,aksi-aksi dan bintang-bintang bolasepak ternama dunia.Kalau tidak silap perkiraan Daus,pertemuan pagi ini adalah merupakan yang ke 222 antara kedua-dua pasukan gergasi Sepanyol ini.Dalam 221 pertembungan kompetitif sebelum ini Real Madrid menang 88 manakala Barcelona menang 87 kali.kedua-dua pasukan terutamanya pengurus masing-masing tahu banyak at stake dalam perlawanan ini.

 Real bertandang ke Camp Nou dengan harapan besar untuk merapatkan jurang mata bagi menghidupkan peluang mempertahankan gelaran manakala tuan rumah pula mensasarkan untuk mencapai permulaan terbaik mereka  dengan menumpaskan musuh ketat mereka itu.Pengurus Real,Jose Maurinho juga terdesak untuk tidak memberi kemenangan kepada musuh utama nya itu.

 Pengurus baru Barcelona,Tito Vilanova besar kemungkinan tidak dapat menurunkan Gerrard Pique dan hampir pasti tidak akan menurunkan Carles Puyol yang mengalami kecederaan serius baru-baru ini.So secara kasar boleh dikatakan benteng tengah Barcelona agak tempang awal pagi nanti.Jadi Alex Song dan Mascherano mungkin akan mengisi kekosongan tersebut.Seperti kebiasaannya bahagian tengah Barcelona dikemudi oleh tiga serangkai: Xavi,Iniesta dan Busquets sementara bahagian serangan pula diketuai oleh Messi sambil dibantu oleh Sanchez dan Pedro.

  Jose Maurinho pula mungkin akan menurunkan kembali Angel Di Maria dan Sami Khedira ke starting line up Real Madrid yang tidak menghadapi sebarang masalah kecederaan yang serius.Apa yang merumitkan bagi Jose mungkin untuk memilih siapakah yang bakal mengemudi bahagian tengah Los Blancos samada Mesut Ozil,Luka Modric,Kaka or Even Essien.Dan satu kemestian bagi Real ialah mengharapkan Ronaldo memberikan persembahan terbaik selain mengharapkan ketajaman penyudah Karim Benzema.


BARISAN KEMUNGKINAN FC BARCELONA

Valdes,Alves,Song,Mascherano,Adriano,Xavi,Busquets,Iniesta,Pedro,Messi,Sanchez

BARISAN KEMUNGKINAN REAL MADRID CF

Casillas,Arbeloa,Ramos,Pepe,Marcelo,Khedira,Alonso,Di Maria,Ozil,Ronaldo,Benzema


[LIVE STREAMING LINK EL-CLASSICO 2012]

*Kick-Off On 1:50 AM MYT


Terbaik Dari Busuk