Showing posts with label Piala Liga Inggeris 2012/13. Show all posts
Showing posts with label Piala Liga Inggeris 2012/13. Show all posts

Thursday, 1 November 2012

Piala Liga Inggeris 2012/13: Keputusan Penuh Semua Perlawanan Pusingan Keempat [31 Oct Dan 1 Nov]

Capital One Cup 2012/13

 Assalamualaikum WBT..Ha pusingan keempat bagi Piala Liga Inggeris atau sekarang disebut dengan nama Capital One Cup telahpun berakhir kira-kira jam 6 setengah pagi tadi.Agak mengecewakan bagi Daus secara peribadi apabila pasukan Daus yang juga juara bertahan piala ni,Liverpool Fc tewas 1-3 kepada Swansea City lantas tersingkir dan gagal meneruskan kemaraan keperingkat seterusnya.Satu lagi heavyweight,Manchester United turut tersingkir apabila akhirnya Chelsea dapat membalas dendam kekalahan mereka beberapa hari lepas apabila membenam lawan mereka itu 5-4 selepas masa tambahan.So dengan berakhirnya pusingan keempat ini,8 pasukan yang layak ke suku akhir telah ditentukan dan 8 pasukan tersebut terdiri dari 5 pasukan dari EPL dan selebihnya dari liga bawahan.Keputusan-keputusan lain adalah seperti berikut.

[Keputusan Semua Perlawanan Pusingan Keempat Capital One Cup 2012/13]

SUNDERLAND O-1 MIDDLESBROUGH [Full-Time]


SWINDON 2-3 ASTON VILLA [Full-Time]


WIGAN ATHLETIC O-O BRADFORD CITY [2-4 After Penalty Shoot-Out]


LEEDS UNITED 3-O SOUTHAMPTON [Full-Time]


READING 5-7 ARSENAL [Full-Time]


LIVERPOOL FC 1-3 SWANSEA CITY [Full-Time]


NORWICH CITY 2-1 TOTTENHAM HOTSPURS [Full-Time]


CHELSEA 5-4 MANCHESTER UNITED [Full Time,AET]


[Undian Suku Akhir Capital One Cup 2012/13]


BRADFORD CITY  VS   ARSENAL


NORWICH CITY  VS   ASTON VILLA


LEEDS UNITED   VS   CHELSEA


SWANSEA CITY   VS  MIDDLESBROUGH


*Perlawanan-perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada 10 dan 11 Disember nanti.

Wednesday, 31 October 2012

Liverpool FC Vs Swansea City: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Link Live Streaming [Capital One Cup 2012]

THE REDS VS THE SWANS

  Assalamualaikum WBT.Awal pagi nanti waktu Malaysia,3 lagi perlawanan pusingan keempat bagi kempen Piala Liga Inggeris 2012/13 akan dilangsungkan setelah 5 perlawanan telah berlangsung dengan jayanya semalam.Antara pasukan-pasukan yang telah melayakkan diri kepusingan suku akhir termasuklah Arsenal,Leeds United,Aston Villa dan Bradford City.Awal pagi nanti, 3 lagi slot ke suku akhir akan diburu oleh pasukan-pasukan seperti pasukan kegemaran Daus,Liverpool Fc,Swansea City dan pasukan lain yang tidak berapa penting wakaka.Perlawanan awal pagi nanti diantara Liverpool dan Swansea di Anfield akan menjadi pertemuan semula pertama pengurus Liverpool sekarang,Brendan Rodgers dengan bekas kelab bimbingannya yang ditinggalkan musim panas lalu.

  Rodgers besar kemungkinan akan merehatkan penyerang utama,Luis Suarez untuk pertemuan getir menentang Newcastle hujung minggu ini disamping dijangka turut akan merehatkan kapten,Steven Gerrard tetapi dikatakan akan memberi peluang kepada penyerang muda Liverpool,Samed Yesil untuk turun beraksi awal pagi nanti.'Fringe' players seperti Coates,Henderson dan Downing juga turut dijangka akan diberikan peluang untuk beraksi awal pagi nanti.Pun begitu pemain-pemain yang masih mengalami kecederaan seperti Martin Kelly,Lucas Leiva,Fabio Borini dan Glen Johnson hampir pasti tidak akan diturunkan Rodgers.

  Bagi pengurus Swansea,Laudrup pula mungkin sedikit gusar dengan posisi penjaga gol pasukannya apabila GK utama,Michel Vorm dijangka tidak dapat diturunkan selama 8 minggu.Jadi Gerhard Tremmel dijangka bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Vorm.Kapten,Garry Monk bakal mengetuai pasukan The Swans sambil serangan mereka bakal dijana oleh Michu,Danny Graham dan Routledge.


BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Reina,Wisdom,Carragher,Coates,Robinson,Shelvey,Sahin,Henderson,
Downing,Yesil,Assaidi

BARISAN KEMUNGKINAN SWANSEA CITY

Tremmel,Rangel,Monk,Williams,Davies,Routledge,Britton,De Guzman,Gower,Michu,Graham


[LIVERPOOL FC VS SWANSEA CITY LIVE STREAMING LINKS]

LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK5


*Kick-off bagi perlawanan ini adalah pada jam 4 pagi waktu Malaysia.

Thursday, 27 September 2012

Piala Liga Inggeris 2012/13: Keputusan Penuh Semua Perlawanan Pusingan Ketiga [27 Sept]

  Assalamualaikum WBT.Seperti yang Daus nyatakan DISINI TADI,6 perlawanan pusingan ketiga bagi Piala Liga Inggeris edisi 2012/13 telah dilangsungkan dan telahpun ditamatkan.Paling mencuri tumpuan pastinya pasukan Arsenal yang garang membaham Coventry City 6-1 dan juga Spurs yang berjaya menewaskan Carlisle United 3-0.Dan syukur Alhamdulillah pasukan Daus,LFC akhirnya menang juga 2-1 sekaligus membalas dendam keatas West Brom yang telah menewaskan The Reds 3-0 diawal musim BPL baru-baru ini.Keputusan-keputusan lain pusingan ketiga Capital One Cup yang berlangsung awal pagi ini adalah seperti berikut.Pasukan yang menang akan layak ke pusingan keempat dan undian bagi pusingan keempat ini akan diadakan di Wembley sejurus selepas perlawanan LFC-WBA tamat.

Capital One Cup 2012/13


ARSENAL 6-1 COVENTRY CITY [Full-Time]


CARLISLE UNITED O-3 TOTTENHAM HOTSPURS [Full-Time]


MANCHESTER UNITED 2-1 NEWCASTLE UNITED [Full-Time]


NORWICH CITY 1-O DONCASTER ROVERS [Full-Time]


QUEENS PARK RANGERS 2-3 READING [Full-Time]


WEST BROMWICH ALBION 1-2 LIVERPOOL FC [Full-Time]


*Untuk keputusan perlawanan-perlawanan yang telah berlangsung semalam,KLIK SINI

Wednesday, 26 September 2012

West Bromwich Albion Vs Liverpool FC: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Live Streaming Links

  Assalamualaikum WBT.Setelah semalam telah berlangsungnya 10 perlawanan peringkat ketiga Piala Liga Inggeris atau kini dikenali sebagai Capital One Cup,awal pagi nanti 6 lagi perlawanan dijadualkan berlangsung.Antara perlawanan yang dijangka menarik ialah pertemuan di antara Newcastle United menentang Manchester United di Old Trafford.Tetapi sebagai penggemar Liverpool FC,Daus akan menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kegemaran Daus menentang West Brom di The Hawtorns.YES prestasi team sekarang tidak berapa baik tetapi yang pastinya LFC ialah juara bertahan bagi Piala ini.The more reason why Liverpool FC must win tonight.

WBA VS LFC...The Hawtorns
  
  Awal pagi nanti,manager WBA yang juga bekas staf LFC sendiri iaitu Steve Clark masih lagi tidak dapat menggunakan khidmat Peter Odemwingie kerana dia masih perlu menjalani penggantungan selepas menerima kad merah sebelum ini.selain itu,Steve juga tidak dapat menurunkan ramai pemain awal pagi nanti kerana masalah kecederaan antaranya James Morrison,Jerome Thomas yang mengalami kecederaan lutut dan Goran Popov berserta Steven Reid yang mengalami kecederaan Hamstring ketika bertemu Liverpool juga pada pembukaan musim BPL baru-baru ini.WBA dan Steve dilihat akan cuba meneruskan rentak cemerlang mereka yang setakat ini menghuni tangga keempat BPL seterusnya cuba untuk mengalahkan juara bertahan piala ini:Liverpool FC.

  Brendan Rodgers,pengurus LFC pula sudah hampir pasti tidak dapat menurunkan Jonjo Shelvey yang menerima kad merah ketika menentang Manchester United 3 hari lepas.Seperti Steve Clark di kem WBA juga,kecederaan turut menghantui kem LFC dimana pemain-pemain seperti Daniel Agger,Fabio Borini dan Martin Kelly tidak mungkin dapat digunakan kerana masing-masing mendapat kecederaan yang agak serius ketika menentang MU baru-baru ini.Jadi Rodgers besar kemungkinan akan utilise sepenuhnya bakat muda yang dimiliki skuad LFC sekarang bagi menghadapi perlawanan ini.Risky move tetapi baik untuk masa depan LFC's youngsters.Brendan Rodgers juga berharap skuadnya akan menemui rentak terbaik dalam perlawanan ini sebelum mengharungi baki-baki perlawanan BPL.


BARISAN KEMUNGKINAN WEST BROMWICH ALBION

Foster,Jones,Olsson,Ridgewell,McAulley,Yacob,Mulumbu,Gera,Dorrans,Long,Lukaku

BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL FC

Jones,Wisdom,Carragher,Coates,Enrique,Assaidi,Henderson,Sahin,Downing,Morgan,Suarez


[LIVE STREAMING LINKS] Kick-Off On 3 AM MYT

Piala Liga Inggeris 2012/13: Keputusan Penuh Semua Perlawanan Pusingan Ketiga [26 Sept]

Capital One Cup 2012/13
   Assalamualaikum WBT.Awal pagi semalam,telah berlangsungnya 10 perlawanan pusingan ketiga bagi kejohanan Piala Liga Inggeris 2012/13.Piala ini kini dikenali dengan nama Capital One Cup kerana penajaan daripada Capital One.Dahulunya ianya dikenali dengan nama Carling Cup dengan agak lama dan juara bertahan bagi Piala ini ialah Liverpool FC..Awal pagi semalam,terdapat beberapa kejutan berlaku.Tetapi Daus tidak pastilah sama ada pasukan yang bertanding mengambil serius tentang kejohanan ini atau tidak.Antara upset yang berlaku malam semalam ialah kejayaan Leeds United menumpaskan Everton selain kemenangan Aston Villa terhadap Manchester City.Chelsea pula walaupun boleh dikatakan menurunkan pasukan kedua tetap gah membenam Wolves 6-0.Keputusan-keputusan penuh lain bagi perlawanan-perlawanan yang berlangsung awal pagi semalam adalah seperti berikut.Ah dan ya pemenang bagi pusingan ini akan terus layak ke pusingan keempat kerana tiada timbal balik.



BRADFORD CITY 3-2 BURTON [AET,Full-Time]


CHELSEA 6-0 WOLVES [Full-Time]


CRAWLEY 2-3 SWANSEA CITY [Full-Time]


LEEDS UNITED 2-1 EVERTON [Full-Time]


MANCHESTER CITY 2-4 ASTON VILLA [AET,Full-Time]


MK DONS 0-2 SUNDERLAND [Full-Time]


PRESTON NORTH END 1-3 MIDDLESBROUGH [Full-Time]


SOUTHAMPTON 2-0 SHEFFIELD WEDNESDAY [Full-Time]


SWINDON TOWN 3-1 BURNLEY [Full-Time]


WEST HAM UNITED 1-4 WIGAN ATHLETIC [Full-Time]

Terbaik Dari Busuk