Showing posts with label Separuh Akhir Piala FA 2013. Show all posts
Showing posts with label Separuh Akhir Piala FA 2013. Show all posts

Saturday, 1 June 2013

Pahang Vs Johor Darul Takzim: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Link Live Streaming

 LIVE STREAMING PAHANG VS JOHOR DARUL TAKZIM FC 1 JUN 2013| Assalamualaikum WBT.Satu slot final Piala FA Malaysia 2013 telahpun diketahui iaitu dimiliki oleh Pasukan TRW,Kelantan.Pasukan Daus,Terengganu sangat tidak bernasib baik selepas tersingkir di peringkat SF walaupun mempamerkan aksi terpuji di KT baru-baru ini.Dan malam ini pula,satu lagi slot ke final Piala FA akan diburu oleh samada Pahang atau JDT.Perlawanan ini sememangnya akan dijangka sengit dan hangat selepas perlawanan ini sepatutnya berlangsung selasa lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana isu keselamatan.

  Sudahnya,malam ini FAM memutuskan supaya perlawanan semula antara kedua pasukan ini dilangsungkan di venue berkecuali iaitu Stadium Bukit Jalil,satu kerugian buat Pahang walaupun diperuntukkan dengan lebih banyak tiket nanti.Pahang,walaupun tidak bermain di Darul Makmur dijangka akan menggunakan sepenuhnya kelebihan penyokong yang lebih ramai untuk memadam kelebihan 1 gol yang diperolehi oleh JDT untuk mara ke pentas final kali ini.Khidmat dan sentuhan Matias Conti tetap ditagih Dollah Salleh dan sumbangan Alex dan Gopi sangat diperlukan oleh pasukan Pahang malam nanti.Kemungkinan besar juga,Fauzi Roslan turut akan diturunkan malam ini dan dipasangkan dengan Conti di bahagian serangan Tok Gajah.

 Anak buah Fandi Ahmad pula akan turun dengan semangat tinggi malam nanti selepas berjaya memperolehi satu gol di Larkin pada pusingan pertama temph hari,namun mereka tetap sedar sebarang kesilapan akan membawa padah kepada mereka.Bahagian serangan JDT seperti biasa dikemudi oleh Nunez dan Matyo sambil dibantu Awe dan Ezrie dibahagian Flank dan Andrezinho di jentera tengah.Tugas menjaga gawang pula dijangka terus diberikan kepada Al-Hafiz


BARISAN KEMUNGKINAN PAHANG FA

Yan-Jalal-Stewart-Razman-Shahrizan-Surendren-Amirul-Faizol-Gopi-Alex-Conti.


BARISAN KEMUNGKINAN JOHOR DARUL TAKZIM

Al Hafiz-Ramli-Aidil-Kamarul-Nazri-Ezrie-Jasazrin-Andrezinho-Roya-MatYo-Nunez.



[LIVE STREAMING LINKS PAHANG VS JDT PIALA FA 2013]

*Kick-Off On 8:45PM kalau tidak ditangguhkan lagi XD.Ha Ha


LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  [LINK Dari Ubola Network]


*Jadi oleh kerana Daus dah jadi rakyat Pahang sekarang,Daus sokong Tok Gajah lah ini malam..Amuk Tok Gajah Amuk..HITAM PUTIH TAK AKAN PADAM.

Saturday, 25 May 2013

Kelantan Vs Terengganu: Preview,Barisan Kemungkinan Dan Link Live Streaming

 Live Streaming Kelantan Vs Terengganu 25 Mei 2013| Assalamualaikum WBT.Piala FA Malaysia 2013 dah pun memasuki peringkat separuh akhir dan salah satu perlawanan yang menjadi tumpuan ialah 'east-coast derby' antara TRW dan Terengganu di Kota Bharu.Kedua-dua pasukan terutamanya Terengganu berharap untuk mencari bekalan gol ditempat lawan sebelum kembali ke KT tetapi yang jelas Kelantan selaku tuan rumah tetap mempunyai kelebihan dengan dokongan puluhan ribu peminat tegar mereka malam ini.Kedua-dua pasukan juga mesti ingin segera bounce back setelah kedua-duanya tewas game sebelum ini.


 Dijangka Bojan Hodak tidak akan sekali lagi memperjudikan peluang Kelantan untuk mara ke Final sekali lagi dan kali ini beliau di jangka akan menurunkan Piya,Indraputra dan Farhan dalam starting eleven.Awang import Dickson Nwakaeme juga akan diturunkan untuk membantu TRW mendapatkan seberapa banyak jaringan yang mungkin sebelum bertandang ke KT rabu ini.TRW dilihat terdesak untuk mara ke perlawanan akhir kerana mereka merupakan holder Piala FA dan prestasi semasa Liga Super mereka tidak meyakinkan.Begitu juga dengan lawan mereka.

 Coach Penyu,E.Elavarasan pula pasti mengharapkan sentuhan Abdul Manaf Mamat,Ashaari Shamsudin dan Effa Owona menjadi dalam game ini.Bikana yang digantung satu perlawanan sebelum ini dijangka akan kembali memperkuatkan barisan pertahanan Terengganu yang akan seperti biasa akan dikemudi oleh kapten,Faizal Muhammad serta dibantu oleh Muhaimin dan Zubir Azmi.


BARISAN KEMUNGKINAN KELANTAN

KFCM-Azizi-Nik Shahrul-Obinna-Zairul-Indra-Piya-Shakir-Faiz-Farhan-Nwakaeme.


BARISAN KEMUNGKINAN TERENGGANU

Sharmiza-Muhaimin-Faizal-Bikana-Zubir-Puaneswaran-Nordin-Ismail-Ashaari-Owona-manaf.


[LIVE STREAMING LINKS KELANTAN VS TERENGGANU PIALA FA 2013]

*Kick-Off On 8:45 PM MYT


LINK 1  LINK 2  LINK 3   [Link Terima Kasih Kepada Ubola Network]

Live Streaming

Terbaik Dari Busuk