Showing posts with label global. Show all posts
Showing posts with label global. Show all posts

Thursday, 29 December 2011

Menangkap Ikan Secara Berjemaah



  Video lama..ye2 Daus Tahu.Daus share ni sebab Daus baru tahu semalam.Tahu sebab semalam masa Daus buat tugasan yang Daus tahu Daus kena hantar hari ini,Daus layan youtube sekali dan akhirnya Daus tahu begini cara sebuah puak asli di Afrika sana tahu menggunakan cara yang unik dan style ini dalam menangkap ikan.Ini kerana mereka tahu mereka perlu menangkap ikan untuk makan.Mereka sangat tahu tentang perkara itu.Hampir satu kampung kot turun menangkap ikan.Eratkan silaturrahim katanya. 

 Bila fikir2 betul jugak aktiviti cenggini boleh eratkan silaturrahim disamping menggalakkan tolong-menolong dan kerjasama.Eceh ayat skema bagai.hahaha.Walaupun bagi Daus,diorang punya finishing touch atau langkah terakhir tu macam kejam dan brutal sedikit tetapi tidak mengapa sebab? ikan memang makanan bagi manusia pun kan? "Anak ikan" lain la...Ikan2 itu pun memang sudah rela untuk berbakti kepada mereka-mereka itu kot..Apa ntah melalut.jadi Daus Share video ini untuk tatapan mereka yang masih tidak tahu.Sesungguhnya tahu itu lebih baik dari tidak tahu..Hahaha Till then..Assalamualaikum.

Monday, 5 December 2011

Sinar Baru Bagi Mesir?

 Assalamualaikum readers ^^.Melihat keputusan rasmi pusingan pertama pilihanraya Mesir di myMetro,hati saya terdetik mungkin inilah hikmah disebalik segala yang telah berlaku di Mesir beberapa bulan yang sudah.Hikmah yang menjanjikan sedikit sinar baru jika tidak harapan pun kepada rakyat-rakyat Mesir.Dan ada sebab mengapa daus letakkan tanda soal di penghujung tajuk post ini.Kerana? keputusan ini bukanlah keputusan muktamad pilihanraya Mesir dan sinar yang Daus nyatakan ini bukanlah sesuatu yang pasti tetapi sebaliknya kemungkinan sahaja.Dengan berakhirnya pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang telah digulingkan oleh kuasa rakyat sendiri,satu pilihanraya telah dijalankan dalam proses mencari pemimpin baru serta kembali memulihkan keadaan negara Mesir.

   Menurut keputusan rasmi tersebut,dan berdasarkan carta yang disediakan oleh Yusri Abdel Karim,SU agung Jawatankuasa Pilihanraya Mesir,Parti Kebebasan dan Keadilan yang mewakili kumpulan Ikhwanul Muslimin telah memenangi 3.56 juta undi daripada keseluruhan 9.73 juta undi diikuti oleh Parti An-Nur sebanyak 2.37 juta undi dan Parti Al-Wassat sebanyak 415590 undi.Walaupun keputusan ini hanyalah keputusan bagi kawasan yang mengundi pada hari isnin dan selasa lepas,ianya (keputusan undian) mengesahkan ramalan banyak pihak yang menjangkakan parti berhaluan Islam akan memenangi sekurang-kurangnya 2/3 undi dalam pilihanraya Mesir kali ini.

 Mahmud Ghozlan,jurucakap kepada kumpulan Ikhwanul Muslimin menjelaskan bahawa kebanyakan rakyat memilih calon-calon yang membawakan identiti islam dan dipercayai pengundi.Beliau juga menambah bahawa anggapan bahawa semua aktivis islam berjuang atas alasan yang sama dan atas 'kapal' yang sama adalah kurang tepat dan turut menasihati rakyat Mesir supaya dapat membezakan asas perjuangan kumpulan mereka dengan kumpulan-kumpulan berhaluan islam yang lain sebelum membuat keputusan untuk mengundi.

Logo Ikhwanul Muslimin

  Nah disinilah daus lihat ada sinar baru bagi rakyat Mesir jika sekiranya keputusan penuh pilihan raya Mesir kelak ternyata menobatkan parti FJP dokongan Ikhwanul Muslimin ini sebagai pemenang.Sebabnya? sudah terbukti sistem pemerintahan islam ditambah dengan pemimpin Islam yang benar-benar mendalami islam serta benar-benar menghayati tuntutan dan roh perjuangan islam akan berupaya menyediakan kemakmuran kepada rakyat Mesir sekaligus memulihkan keadaan negara Mesir dengan bantuan ALLAH SWT pastinya.Semuanya sekarang terpulang kepada rakyat Mesir kerana merekalah yang akan mengundi dan akan memilih pemimpin negara Mereka.Jadi kepada rakyat Mesir,ayuh kekalkan sokongan kepada parti-parti Islam Mesir dan Percayalah bahawa Islam pasti menang pada akhirnya.

P/s-Ini bukanlah ulasan dari Daus kerana sesungguhnya Daus masih mentah dalam segalanya dan Daus bukanlah berada disana untuk membuat sebarang ulasan dan pertimbangan.Its just Daus rasa terpanggil untuk memberi pandangan peribadi dalam hal ini.Tak salahkan? kalau ada tersalah maklumat tolong tegur ya.Much appreciated.Sehingga berjumpa lagi dilain post (eceh).Assalamualaikum.

Monday, 31 January 2011

Ke Penjara Lah Kau Wahai Insan Bernama Ariel

   "Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ketanah juga"...Mungkin ungkapan inilah yang sesuai dikaitkan dengan peri perlakuan frontman band dari tanah seberang,Peterpan.Setelah perbicaraannya berhubung skandal penyebaran klip video lucahnya bersama beberapa artis wanita terkenal di Indonesia memakan masa agak lama,beliau akhirnya disabitkan bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun 6 bulan beserta denda sebesar(tiba2 speaking indon) RP250 juta.

  Walaubagaimanapun,hukuman yang dijatuhkan terhadapnya dikatakan tidak setimpal dengan kesalahannya,kerana dikatakan pihak pendakwa raya ada meminta supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada Ariel iaitu penjara 5 tahun beserta denda RP250 juta.Ariel didapati bersalah kerana sengaja memberi peluang kepada pihak ketiga menyebarkan klip video tidak senonohnya itu.

Komen Daus: Agak sedih..bukan sebab Ariel dipenjara.Tang penjara tu Daus lagi suka kalau mahkamah naikkan lagi tempoh dalam penjara.Biar dia tahu rasa.Daus sedih sebab sebenarnya Daus suka dengar lagu-lagu band ini dan yang paling feveret lagu bintang di surga tu.Maknanya Daus dah tak boleh dengar lagilah suara Si Ariel ni.Huhuhhu..What to say,rambut manusia sama hitam,tapi yang nyatanya hatinya pasti lain2.Semoga selama berada di penjara sana nanti,Ariel sedar dan bertaubat serta mengambil pengajaran dari tindakan salahnya.InsyaAllah.


 Sumber info dan gambar dari Oh artis!

Wednesday, 14 July 2010

Mungkinkah Ini Yakjuj Dan Makjuj??

Misteri makhluk 
aneh di tasik Rusia



SEORANG lelaki menunjukkan lokasi tempat seorang mangsa mati di Tasik Chany, Rusia manakala gambar dalam bulatan
menunjukkan raksasa Loch Ness di Scotland.




TASIK CHANY, Rusia - Nelayan-nelayan di Rusia kini meminta pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung kewujudan satu makhluk aneh mirip raksasa Loch Ness di Scotland, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut beberapa penduduk tempatan, makhluk aneh itu membaham pemancing dan nelayan di tasik berkenaan.
Kematian terbaru melibatkan seorang lelaki berumur 59 tahun pada minggu lalu.
Seorang lelaki Vladimir Golishev memberitahu, rakannya itu pada mulanya menarik dengan kuat pancingnya yang seperti dimakan seekor haiwan besar.
"Dia (si mangsa) menarik pancing dengan kuat sehingga bot terbalik. Saya kemudian menanggalkan pakaian saya dan berenang ke daratan," katanya.
Menurutnya, si mangsa menarik tubuh rakannya ke dasar tasik dan mayatanya tidak pernah ditemui.
Beberapa penduduk tempatan yang pernah melihat makhluk aneh itu berkata, ia seperti raksasa Loch Ness di Scotland yang mempunyai leher panjang. - Agensi
Sumber:kosmo online

Monday, 22 September 2008

ulangan BIG BANG:manusia oh manusia

eksp big bang yg bakal diadakan awal minggu ini dilihat cuba mengulangi fenomena buatan allah.big bang atau letupan besar dikatakan menjadi punca kewujudan alam semesta ini.feno yg brlku bribu thn dhlu ini kini cuba diulng kmbli oleh pra saintis barat di 1 kwsn brdktn perancis.wlaupn dikecam hebat krn dikatakn akan sbbkn dunia kiamat,ujikaji ini ttp dijlnkn gunakn large atom hollider(LAD) yg brnilai +_22 billion.pd pndpt anda wjrkh eks ini ditrskn?apkh ksn eks ini kpd dunia?adakh kiamat akn brlaku dlm masa yg trdkt ini?

Terbaik Dari Busuk