Tuesday 11 January 2011

[Video]-Hamit Altintop Claims FIFA Puskas Award 2010



Fifa Puskas Award- Dianugerahkan kepada para pemain bolasepak seluruh dunia yang berjaya menjaringkan gol yang boleh dikriteriakan sebagai menarik untuk dilihat(tafsiran sendiri) dan diundi oleh peminat secara atas talian oleh peminat-peminat seluruh dunia dilaman web rasmi FIFA.Edisi kali ini berjaya dimenangi oleh Hamit Altintop,salah seorang pemain turki.Gol yang memenangi anugerah kali ini telah dijaringkannya ketika perlawanan kelayakan Eufa Euro 2012 kumpulan A antara Kazakhtan dan Turki.Perlawanan tersebut telah berlangsung di Astana,kazakhtan pada 3 september 2010.

Hamit telah menerima trofi puskas award ini dipentas yang sama Lionel Messi menerima Ballon d'or iaitu Kongresshaus,Zurich dengan namanya diukir pada trofi tersebut.Hamit Altintop merupakan pemenang kedua seumpamanya setelah Cristiano Ronaldo memenanginya buat kali pertama.Untuk edisi kali ini,gol jaringan Hamit Altintop telah mengenepikan calon-calon hebat lain seperti Arjen Robben,Neymar,Giovani Van Bronckhorst,Samir Nasri dan Lionel Messi sendiri

Video dari Youtube
Sumber info dari Wikipedia dan laman web rasmi FIFA

1 comment:

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk