Showing posts with label soccer. Show all posts
Showing posts with label soccer. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

Update: Keputusan Penuh Undian Terakhir Kejohanan EURO 2012 Poland & Ukraine

  Assalamualaikum dan selamat pagi semua bloggers and readers.Macam tak sesuai jer kan tajuk post entri ni.Sebab? not actually updatelah.Draw tu dah selesai lama dah.Nak tahu pasal draw tuh tgok post kat bawah.wakaka.Rupa-rupanya draw tuh telah berlangsung dalam masa 1 am-2 am semalam.Waktu yang sama Daus tengah up entri 2.Ciss..Nasib baik sempat post dulu kalau tidak rugi je.Dan keputusan undian semalam dan kumpulan-kumpulannya ialah.... [What The..]



  Dan sedikit ulasan mengenai kumpulan-kumpulan ini [eceh bajet star mengulas..wakakaka]


GROUP A

-Kumpulan yang membosankan? yup definately.Tapi Daus still berminat nak tahu perkembangan kump ini nanti.Sebab Daus nak tengok sejauh mana pasukan Czech berkembang dan samada pasukan Russia masih mampu mempamerkan aksi yang boleh dibanggakan seperti edisi terdahulu.Untuk kumpulan ini,Daus predict Czech dengan Russia akan Mara ke suku akhir.Pendapat sendiri.

GROUP B

-MAUT-Itu sahaja yang boleh Daus ungkapkan mengenai kumpulan ini.Mana tak mautnya bila Belanda diundi bersama Germany dan Portugal.Kumpulan ini akan mendapat perhatian sepenuhnya dari Daus tahun depan sebab Germany ada dalam kumpulan ni..Go Germany,Go Gomez.Hik3.Perlawanan-perlawanan dari kump ini pasti rancak dan pasukan yang memandang rendah keupayaan Denmark akan menyesal.Tapi still Daus secara peribadi predict Germany dan Belanda Akan layak ke peringkat seterusnya.

GROUP C

-Jika kumpulan B tidak wujud.Boleh dikatakan kumpulan ini akan menjadi kumpulan maut.Membariskan juara dunia dan juara bertahan EURO iaitu Spain,bersama-sama Italy,Crotia dan Ireland.Tak berminat untuk mengikuti perkembangan kumpulan ini kerana pasukan mana yang akan layak akhirnya adalah predictable: Spain dan Italy of coz.huhu

GROUP D

-Nak cakap apa eh berkaitan group ni? maybe lucky for England sebab dapat elak gergasi di peringkat kumpulan.Maybe..tapi belum tentu lagi mereka akan layak dengan mudah.Halangan utama England dalam kumpulan ini mestilah France yang semakin meningkat sekurang-kurangnya lebih mantap dari pasukan piala dunia mereka yang lepas.Sweeden dan Ukraine pulak akan menjadi pengacau dan bersedia mengambil peluang dari sebarang kesilapan  yang dilakukakan oleh England dan France untuk membuat upset dan layak ke peringkat QF.Nevertheless Daus tetap harap England dengan France lepas.France juara kumpulan England second place [England mana mampu nak terajui kumpulan..yedak? kelayakan bolehlah..hahaha]

Sekian sahaja laporan pengulas tidak bertauliah dari Ukraine tempat undian ini dijalankan semalam.:D..Boleh tahan tinggi Awek-awek Ukraine ini.gagaga.








Debaran Euro 2012 Final Draw

Logo Final Draw Euro 2012
  
  Bertempat di Palace Of Arts Kyiv,akan berlangsungnya majlis undian terakhir untuk kejohanan 4 tahun sekali anjuran persekutuan bolasepak eropah (UEFA) iaitu kejohanan EURO 2012.Untuk edisi kejohanan kali ini,ianya akan dilangsungkan di dua negara tuan rumah bersama iaitu Poland dan Ukraine..kali pertama kedua-dua negara ini menjadi kejohanan yang boleh dikatakan agak besar ini.Pada masa ini,para jurulatih dan pegawai pasukan bolasepak yang telah melepasi peringkat kelayakan akan menanti dengan penuh debar keputusan dimana letak duduknya pasukan mereka..bersama pasukan terbaik dunia kah ataupun sekadar diundi bersama pasukan yang sederhana.


Tempat Berlangsungnya Draw:Palace Of Arts.Kyiv
  Sebenarnya Daus pun tak tahu waktu tepat undian ini dijalankan..Daus pun tak tahu kenapa Daus eksaited sangat nak tahu keputusan draw ini.Nak Kata peminat bolasepak tegar tu..tak sangat kot.Tapi yang Daus pasti hari inilah majlis ini akan dilangsungkan iaitu 2 Dec waktu 12 pm et..Yang 12 PM et tulah yang Daus konpiuskan..Ada siapa-siapa tahu tak maksud et tuh? 12 pm et tuh kalau kat Malaysia pukul berapa ya.Ntah2 masa Daus up entri ini majlis telah selesai pun..Huhuhu..Tolong eh..Pliss.

   Sebanyak 16 pasukan kebangsaan eropah yang telah melepasi peringkat kelayakan yang dilangsungkan terlebih dahulu akan diletakkan didalam 4 balang yang berbeza iaitu pot 1,pot 2,pot 3,pot 4 dan balang-balang ini akan diisi oleh 4 pasukan setiap satunya.pot ni macam balanglah dalam bahasa melayunya hee..Balang-balangnya...Cilok dari Wiki hahaha

Pot 1
TeamCoeffRank
 Ukraine128,02915
 Poland123,80628
 Spain243,1161
 Netherlands40,8602


Pot 2
TeamCoeffRank
 Germany40,4463
 Italy34,3574
 England33,5635
 Russia33,2126
Pot 3
TeamCoeffRank
 Croatia33,0037
 Greece32,4558
 Portugal31,7179
 Sweden31,67510
Pot 4
TeamCoeffRank
 Denmark31,20511
 France30,50812
 Czech Republic29,60213
 Republic of Ireland28,57614

  Sebelum Majlis undian ini dijalankan,Co-host Poland dan Ukraine telah masing-masing diletakkan dalam kumpulan A dan D [Poland,A1 dan Ukraine,D1].Jadi kedua-dua pasukan ini hanya menunggu pasukan mana yang akan diundi kedalam kumpulan mereka pada majlis ini.Undian akan dimulakan dengan menentukan kedudukan Spain selaku juara bertahan sama ada akan berada dalam kumpulan B atau C.
Logo EURO 2012 Poland-Ukraine
  Sama-samalah kita nantikan keputusan undian ini ya?..Kalau tanya Daus mestilah Daus nk Germany skali dengan England..Nak tengok German kalahkan England again and again.Tapi memang mustahil lah kan sebab dua-dua duk dalam pot yang sama.Huhu..Harap-harap hangpa faham lah yer apa yang Daus karutkan ni..Salam.

Wednesday, 6 July 2011

Wordless Wednesday #2

Guess who backs? Key player for LFC next season..YNWA


Wednesday, 15 June 2011

Wordless Wednesday #1


  Walaupun warna biru ni nampaknya radikal bagi sebuah kelab hebat Liverpool F.C.Third kit ini tetap menarik jiwa raga ini..Wajib Beli Item =)

Tuesday, 12 April 2011

Meet Bayern Munich's New Head Coach (Interim) Andries Jonker

  Assalamualaikum semua.Terasa nak buat entri pasal bola lah pulak sebab dah lama tak buat entri sedemikian.Tup tup ada berita Luis Van Gaal,jurulatih FC Bayern Munich sebelum ni telah ditamatkan perkhidmatan (nak cakap dipecat pun tak boleh sebab tak tahu persis).Macam biasalah Daus kan..buat2 pandai.Dah memang habit.Tertengok jer berita ni kat goal.com,terus terfikir boleh buat entri ni..hihihi walaupun agak lambat untuk update nyer..dah basi lah orang cakap.Tak kira!!

   Jangan ingat sebab Daus sangat suka dengan kelab terunggul Inggeris (sendiri mahu ingat),Daus tidak boleh untuk menyukai kelab2 lain ok..Daus punya hak.membebel dah =_=.Daus pun pelik dengan segelintir so-called peminat tegar bolasepak.Depa duk pikiaq kita boleh suka satu team jer.Loyal lah kononnya.Kamon lah,Bolasepak itu global lah der.Kalau ada sapa2 yang terasa tu maaflah yer sebab memang inilah kenyataannya dan kenyataannya Daus juga meminati FC Bayern Munich ni.Even Germany pun Daus sokong yeah.Dalam kelab ni banyak players yang stail kot (bukan muka tapi skill) macam Klose (ofkos),Muller dan Gomez..Wow.

  Selepas Luis Van Gaal ditamatkan perkhidmatan ketika mana Bayern seri dengan Nurenberg Ahad lepas,Andries Jonker ni dinamakan sebagai caretaker.Ala2 Kenny Dalglish lah kat kelab terhebat inggeris tuh.Untuk baki lagi lima perlawanan Bayern dalam Bundesliga musim ini,Jonker nilah yang akan mengepalai kem tim ni. Dan beliau jugaklah yang bakal merencanakan cara untuk Bayern terus kekal bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

  Pemilik nama Andries Jonker ini dilahirkan pada 22 september 1962 di Amsterdam,Belanda.Sebelum dinamakan sebagai interim head coach ni,beliau merupakan penolong jurulatih untuk Bayern sendiri sendiri bermula dari tahun 2009-2011.Sebelum memegang jawatan tersebut,Jonker jugak pernah berkhidmat di Volendam dari tahun 1997-2000,Barcelona (Assistant) dari tahun 2002-2003,MVV dari 2003-2006,Willem 2 Tillberg dari 2007-2009.Sejurus selepas dinamakan sebagai penggati LVG,Jonker telah berjanji untuk meningkat komunikasi dalam pasukan kerana beliau melihat komunikasi dalam pasukan masih belum memuaskan.

   Dikatakan seorang yang baik hati dan dedikasi dalam menjalankan tugas,Dia diberi harapan besar oleh pihak pengurusan pasukan untuk memastikan slot terakhir UCL dari Bundesliga diisi oleh Bayern Munich.Dia diberikan tugas agak getir oleh pihak pengurusan pasukan dikala mana prestasi pasukan agak tidak konsisten diakhir musim.Semoga berjaya Andies Jonker..Gud Luck Boss!!..In Jonker we trust.

Andies Jonker Merencana Masa Depan FC Bayern Munich


Tuesday, 22 March 2011

Yang Jenis Macam Ini Pun Ada

 Salam Bloggers.Saja Ja nak Post Video Ni.Mungkin hangpa2 yang kaki bola tu dah tengok kot video ni.Da siap maki hamun dan gelak bagai dah..Takpa2 yang kaki bola dan yang tak kaki bola hok masih belum tengok video ni..silalah berbuat demikian.Hihihi.Pemain bolasepak ni macam2 ragamnya..Kadang2 invincible kadang2 adorable,jarang2 invisible.Dan jangan tak tahu yang jenis dalam video ni pun ada hahahaha..Kah Kah Kah 



    Kah Kah Kah..manja betul si Mario Balotelli ni.Nak pakai benda alah tu pun tak buleh..Adoyai.Kamon la bro.Rambut dah style abes dah tu.Failed.

P/s: Sape2 yang tak paham tengok video ni buat2 paham jela pastuh gelak puas2 hahahaa

Tuesday, 1 February 2011

Apo Nak Dikato...Wuwuwu

   Apa lagi yang boleh Daus katakan.Baru jer post pasal Fernando Torres Song baru2 ni.Tup2 semalam dia p masuk Chelsea pulak dah.Haish.Baru nak syok2 tengok dia score banyak gol untuk Liverpool,alih2 sekarang terpaksa tengok dengan perasaan engkeng pabila Torres bermain dengan jersi biru pulak.As Seorang Liverpool fans yang tak berapa pandai dan hard sangat ni,nak jugak cakap kat Torres you better perform well,kalau tidak memang jadi seperti shevchenko la hang nanti..(tahu dia tak baca..tapi who cares,nak post gak).

  Daus nak tunggu sangat game Liverpool-Chelsea sekarang..Nak tengok Torres ada rasa bersalah tak nak score untuk Chelsea."He loves the club and he loves the fans"??..Not anymore.Cukup la yer.Takder mood nak ulas panjang2 pasal berita yang Daus tak suka ni.Marah ni marah.Adioss!!

From Hero To Villain..From Reds To Blues??

Wednesday, 26 January 2011

Fernando Torres Song /Fernando Torres Bounce



"His armband proved he was a red torres torres
You'll never walk alone it said torres torres
We bought the lad from sunny spain
He gets the ball and he scores again
Fernando torres liverpools number nine


El capitan de athletico torres torres
The youngest ever muchacho torres torres 
At 17 he made the team he made themcry he made them dream

Fernando torres liverpools number 9


Spanish international torres torres
He won the european final torres torres
He scored the goal that won the cup he made the other team give up

Fernando torres liverpools number nine 

Again he proved he was a red torres,torres
He puts transfer talk to bed torres,torres
He told Kenny Dalglish where he stands
He loves the club and he loves the fans

Fernando torres liverpool's number nine"


Sunday, 23 January 2011

Finally...Menang Pun

Gambar Kredit To redsonthespot.blogspot.com

  Sebagai salah seorang peminat Liverpool Fc kat bumi Malaysia ini,Daus memang teruja akhirnya pasukan kesayangan Daus ini menang juga.Yelah sape tak suka kan.Setelah lama tim faveret neh gersang dengan kemenangan akhirnya semalam Reds membuktikan mereka masih ada taring walaupun tidak setajam dahulu.Pada pandangan Daus,pasukan ini dah cukup bagus dah cuma moral pemain yang tak berapa bagus selain mungkin taktikal yang tidak sesuai dengan pasukan.Kembalinya Kenny Dalglish memang tepat pada masanya dikala pasukan terkontang-kanting.

Untuk itu,terima kasih Kenny.Torres pula nampaknya dah mula nak kembali ke form asalnya as world class hitman.Torres neh bukan apa,dia bagus cumanya tade umpanan baik dari kawan-kawan.Sebab itu,Daus rasa dia agak down.Meireles, corak permainan makin bagus,keep it up dan kurangkan kesilapan-kesilapan mudah.Untuk Kenny,teruskan brainwash players,bagi tonik yang kaw punyer so players tak mudah give up dan ade fighting spirit.Tak nak cakap banyak.YNWA

                                 




   
                                  

Tuesday, 11 January 2011

[Video]-Hamit Altintop Claims FIFA Puskas Award 2010



Fifa Puskas Award- Dianugerahkan kepada para pemain bolasepak seluruh dunia yang berjaya menjaringkan gol yang boleh dikriteriakan sebagai menarik untuk dilihat(tafsiran sendiri) dan diundi oleh peminat secara atas talian oleh peminat-peminat seluruh dunia dilaman web rasmi FIFA.Edisi kali ini berjaya dimenangi oleh Hamit Altintop,salah seorang pemain turki.Gol yang memenangi anugerah kali ini telah dijaringkannya ketika perlawanan kelayakan Eufa Euro 2012 kumpulan A antara Kazakhtan dan Turki.Perlawanan tersebut telah berlangsung di Astana,kazakhtan pada 3 september 2010.

Hamit telah menerima trofi puskas award ini dipentas yang sama Lionel Messi menerima Ballon d'or iaitu Kongresshaus,Zurich dengan namanya diukir pada trofi tersebut.Hamit Altintop merupakan pemenang kedua seumpamanya setelah Cristiano Ronaldo memenanginya buat kali pertama.Untuk edisi kali ini,gol jaringan Hamit Altintop telah mengenepikan calon-calon hebat lain seperti Arjen Robben,Neymar,Giovani Van Bronckhorst,Samir Nasri dan Lionel Messi sendiri

Video dari Youtube
Sumber info dari Wikipedia dan laman web rasmi FIFA

Monday, 10 January 2011

Pemain Terbaik Dunia:Anda Rasa Siapa??

  Pasti semua kaki bola diseluruh dunia sekarang ini sedang mencongak-congak siapakah yang akan dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia untuk tahun 2010.Malah tak kurang juga ada yang menjadi nujum bolasepak separuh masa.Beberapa jam dari sekarang,tumpuan dan mata warga dunia terutamanya 'hantu' bola akan tertumpu ke Kongresshaus,Zurich,Switzerland untuk mengikuti dengan penuh minat pengumuman pemenang anugerah paling tinggi dan berprestij dalam sukan bolasepak iaitu anugerah pemain tahunan terbaik,Anugerah FIFA Ballon d'or. Buat pertama kalinya anugerah pemain terbaik tahunan Fifa digabungkan dengan anugerah Ballon d'or kerana sebelum ini kedua-dua anugerah itu setahu saya di anugerahkan secara berasingan.Anugerah berprestij ini akan disempurnakan dalam satu majlis gala seperti tahun-tahun sebelumnya.Selain anugerah pemain terbaik lelaki,anugerah-anugerah lain yang bakal turut disampaikan pada gala tersebut ialah seperti Anugerah Pemain Wanita Terbaik Tahunan,Jurulatih terbaik tahunan lelaki dan wanita,Kesebelasan FIFA/FIFro,Anugerah Puskas[The Puskas Award],Anugerah Presiden FIFA[FIFA Presidential Award],Anugerah Fair Play FIFA,Lev Yashin Award dan sebagainya.Timbul tanda tanya..mampukah pemenang edisi lepas,Leo Messi mempertahankan anugerah yang disandangnya tahun lepas atau rakan-rakan sepasukannya dari FC Barcelona iaitu Xavi Hernandes atau Andreas Iniesta yang akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah baru?.Tak kurang hebat juga
bersaingan untuk merebut anugerah jurulatih tahunan terbaik antara tiga mastermind berpengaruh dalam arena bolasepak dunia iaitu Vicente Del Bosque,Josep Guardiola dan Special One,Jose Maurinho.Sama-samalah kita nantikan.Untuk lebih info lawati website rasmi FIFA

Trio Catalan:Siapa yang akan dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia?

Gambar dari fifa.com

Saturday, 8 January 2011

Update: Roy Hodgson Meninggalkan Liverpool Fc

Sedang aq ronda2 fb tadi aq terbace saye link yang menyatakan bahawa Roy Hodgson (Pengurus Liverpool) sah meninggalkan kelab Merseyside kesayangan aq neh.Sebagai salah seorang peminat kop(walaupun taklah sebesar mana),aq pun tak tahulah samada nak gembira atau sedeh dengan berita ini.Dari satu sisi,aq secara peribadi rasa agax sedeh dan simpati bagi pihak RH(Roy Hodgson).Pada aq,beliau sepatutnya harus diberikan sedikit masa lagi untuk menunjukkan kemampuannya dan membentuk skuad yang mantap.Waktu kira-kira 6 bulan yang dimilikinya jelas tidak cukup untukk beliau menunjukkan kemampuannya.Siapa tahu,dalam masa 6 bulan di bawah kendaliannya,beliau sedang mencongak formula yang ampuh untuk skuad yang lebih mantap pada masa akan datang.Pada sisi yang lain,aq berasa lega dan berharap penggantinya akan berupaya merubah nasib dan prestasi LFC yang kian merudum sejak akhir-akhir ini.Sesiapapun pengganti RH nanti,mereka mestilah mempunyai kekuatan unik untuk memikul tugas berat memulihkan prestasi LFC sekaligus mendapat kepercayaan penyokong kembali serta menghentikan pandangan sinis kelab-kelab lain.Setahu aq untuk perlawanan antara liverpool dan MU bg piala FA esok,Liverpool FC akan dikendalikan secara sementara oleh Kenny Daglish,Seorang lagi nama yang cukup sinonim dengan LFC.All the best untuk Roy Hodgson dan all the best untuk King Kenny jugax.Apapun RH telah mengambil tindakan betul dengan menarik diri sebelum dipecat dan aq hormati tindakan itu.Untuk berita sahih dan selanjutnya check out..Sini

Gudluck RH!!

Wednesday, 7 July 2010

Liverpool Fc Anthem: You'll Never Walk Alone..

Nak kate aq neh peminat terbesar liverpool fc neh (Biggest Fan),x sampai tahap kot.
Tp dalam banyak2 kelab epl aq berkenan kt kelab liverpool fc neh.Sebab apa aq pown xtaw..
So sebagai salah sorang penyokong kelab neh,anthem dorang, You'll Never Walk Alone Neh kire wajib dihafallah bagi sume peminat LFC neh.Kebiasaannya lagu ini dimainkan sebelum perlawanan di home ground diaorang..stadium sendiri la senang crita iaitu Anfield.Setahu aq yang tidak berapa nak tahu neh terdapat pelbagai versi bagi lagu neh.Antara yang femes ialah versi elvis presley lah.Tapi if im not mistaken lagu yang selalu dipasang di Anfield i2 adalah versi Gerry And The Pacemakers.Banyak orang mengatakan lagu ini merupakan lagu untuk berkabung kerana iramanyer mendayu-dayu.Tapi bagi semua pemain terutamanya dan penyokong khasnya,lagu ini merupakan azimat terampuh untuk menaikkan semangat mereka sebelum menentang sesiapa pun pencabar mereka. . =)..Lirik Anthem neh:


Gerry And The pacemakers-You'll Never Walk Alone

When you walk through a storm hold your head up high
And don't be afraid of the dark.
At the end of a storm is a golden sky
And the sweet silver song of a lark.
Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Tho' your dreams be tossed and blown.
Walk on, walk on with hope in your heart
And you'll never walk alone,
You'll never, ever walk alone.

Walk on, walk on with hope in your heart
And you'll never walk alone,
You'll never, ever walk alone.

Tuesday, 30 September 2008

liverpool menang lagi...

kop skali lg tnjkkn khbtn apbla mnwskn jrn setmpt mrk,everton dlm 1 prlwnn derby pnh drastik sabtu lalu.prlwnn di goodison park itu menyksikn torres n kuyt jrgkn gol .kmngn ini mltkkn kop di tgga ke2 dlm crta bpl wt mase skg.kop akn mnnti knjngn psv ke anfield utk prlwnn ke 2liga jra2.

Saturday, 20 September 2008

liverpool menang tp zenit kalah(sedih)

liverpool memulakan kempen liga juara mereka dgn kemenangan mengatasi marseille 2-1.ini dibantu oleh kepulangan kepten kop,stevie gerrard.pada masa yg sama zenit st petersburg kalah dlm langkah sulung mereka dlm kejuaraan ini apabila tewas tipis kpd gergasi itali,juventus 1-0.sepakan percuma del piero memusnahkan hasrat zenit utk mulakan langkah mereka dgn gah

Terbaik Dari Busuk