Tuesday 12 April 2011

Meet Bayern Munich's New Head Coach (Interim) Andries Jonker

  Assalamualaikum semua.Terasa nak buat entri pasal bola lah pulak sebab dah lama tak buat entri sedemikian.Tup tup ada berita Luis Van Gaal,jurulatih FC Bayern Munich sebelum ni telah ditamatkan perkhidmatan (nak cakap dipecat pun tak boleh sebab tak tahu persis).Macam biasalah Daus kan..buat2 pandai.Dah memang habit.Tertengok jer berita ni kat goal.com,terus terfikir boleh buat entri ni..hihihi walaupun agak lambat untuk update nyer..dah basi lah orang cakap.Tak kira!!

   Jangan ingat sebab Daus sangat suka dengan kelab terunggul Inggeris (sendiri mahu ingat),Daus tidak boleh untuk menyukai kelab2 lain ok..Daus punya hak.membebel dah =_=.Daus pun pelik dengan segelintir so-called peminat tegar bolasepak.Depa duk pikiaq kita boleh suka satu team jer.Loyal lah kononnya.Kamon lah,Bolasepak itu global lah der.Kalau ada sapa2 yang terasa tu maaflah yer sebab memang inilah kenyataannya dan kenyataannya Daus juga meminati FC Bayern Munich ni.Even Germany pun Daus sokong yeah.Dalam kelab ni banyak players yang stail kot (bukan muka tapi skill) macam Klose (ofkos),Muller dan Gomez..Wow.

  Selepas Luis Van Gaal ditamatkan perkhidmatan ketika mana Bayern seri dengan Nurenberg Ahad lepas,Andries Jonker ni dinamakan sebagai caretaker.Ala2 Kenny Dalglish lah kat kelab terhebat inggeris tuh.Untuk baki lagi lima perlawanan Bayern dalam Bundesliga musim ini,Jonker nilah yang akan mengepalai kem tim ni. Dan beliau jugaklah yang bakal merencanakan cara untuk Bayern terus kekal bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

  Pemilik nama Andries Jonker ini dilahirkan pada 22 september 1962 di Amsterdam,Belanda.Sebelum dinamakan sebagai interim head coach ni,beliau merupakan penolong jurulatih untuk Bayern sendiri sendiri bermula dari tahun 2009-2011.Sebelum memegang jawatan tersebut,Jonker jugak pernah berkhidmat di Volendam dari tahun 1997-2000,Barcelona (Assistant) dari tahun 2002-2003,MVV dari 2003-2006,Willem 2 Tillberg dari 2007-2009.Sejurus selepas dinamakan sebagai penggati LVG,Jonker telah berjanji untuk meningkat komunikasi dalam pasukan kerana beliau melihat komunikasi dalam pasukan masih belum memuaskan.

   Dikatakan seorang yang baik hati dan dedikasi dalam menjalankan tugas,Dia diberi harapan besar oleh pihak pengurusan pasukan untuk memastikan slot terakhir UCL dari Bundesliga diisi oleh Bayern Munich.Dia diberikan tugas agak getir oleh pihak pengurusan pasukan dikala mana prestasi pasukan agak tidak konsisten diakhir musim.Semoga berjaya Andies Jonker..Gud Luck Boss!!..In Jonker we trust.

Andies Jonker Merencana Masa Depan FC Bayern Munich


1 comment:

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk