Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Friday, 30 December 2011

BPL Match Preview & Streaming Link : Liverpool FC Vs Newcastle FC


  Awal pagi ini (pagi sabtu),LFC akan menanti kunjungan pasukan bimbingan Alan Pardew,Newcastle United di kubu keramat LFC iaitu Anfield untuk perlawanan terakhir BPL tahun 2011 untuk kedua-dua pasukan.Badi 'seri' yang melanda LFC di Anfield akhir-akhir ini diharap dapat ditamatkan juga pagi ini,walaupun dilihat agak sukar kerana LFC akan turun pagi ini tanpa kelibat tonggak hadapan utama,Luis Suarez yang digantung lagi satu perlawanan berkuatkuasa serta-merta kerana kelakuannya ketika LFC tewas tempoh hari di Craven Cottage.

 Kemenangan dalam perlawanan ini boleh dikira wajib bagi LFC untuk membina keyakinan dalam mengharungi baki musim pada tahun 2012.Kepulangan steven Gerrard sedikit melegakan kem LFC dan penyokong,walaubagaimanapun dia dijangka tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama oleh KK kerana dia baru pulih dari kecederaan yang lama.30 terakhir dalam perlawanan ini sudah cukup baik bagi SG8.Turun tanpa Luis Suarez,KK dijangka akan mengharapkan sentuhan Andy Carroll dibahagian serangan menentang bekas kelabnya dan diharap dia dapat menemui sentuhan golnya dalam game ini.

  KK dan kem LFC tentunya tidak memandang rendah keupayaan Newcastle ketika ini kerana LFC hanya berada satu tangga diatas mereka dengan kelebihan hanya satu mata.Lebih-lebih lagi keputusan BPL sebelum ini yang menyaksikan LFC hanya mampu seri dengan Blackburn manakala Newcastle menang 2-0 ketas Bolton membuktikan bahawa Newcastle sekarang bukan lagi boleh dipandang mudah.Sedikit menyakinkan kem LFC kerana last meeting antara kedua-dua pasukan ini pada 1 May lepas menyaksikan LFC menang 3-0.Diharapkan tentera merah akan kembali meraih kemenangan pada pagi ini sebagai hadiah tahun baru terindah untuk peminat-peminatnya termasuklah Daus.

Barisan Kemungkinan: 


Info Siaran Langsung:

Astro 817
Saturday,31st December 2011
3:45 am


Gambar dan ulasan bebas dari Blog My-LFC

Rewind- I Just Called To Say I Love You

  Tak Pernah dengar lagi? rugi-rugi tahu.Best tahap dewa lagi ini.Dah Pernah dengar dahla...bagus2.refresh memory.Dah namapun entri rewind kan.Mengimbau kembali kenangan silam Firdaus's Style.Kerana setiap lagu itu ada maknanya tersendiri bagi setiap insan dan makna-makna itu sendiri adalah berbeza-beza.Yang tak pernah dengar lagi tu nah dengar..masyukk..Kredit goes to my rumet sebab dia suka sangat dengar lagu ini sampai Daus sendiri pun suka dengar..[See besarnya pengaruh teman sebilik terhadap kita..hehehe ].Lagu dari lagenda Stevie Wonder bertajuk " I Just Called To Say I Love You"..Sikit punya panjang dia punya song title.




Artis:Stevie Wonder
Lagu: I Just Called To Say I Love You


Verse 1:
No New Years Day to celebrate,
No chocolate covered candy hearts to give away,
No first of spring, no song to sing,
In fact, here's just another ordinary day.

Chorus:
I just called to say I love you;
I just called to say how much I care;
I just called to say I love you,
And I mean it from the bottom of my heart.

Verse 2:
No April rain, no flowers' bloom,
No wedding Saturday within the month of June.
But what it is is something true
Made up of these three words that I must say to you.

Verse 3:
No summer's high, no warm July,
No harvest moon to light one tender August night,
No autumn breeze, no falling leaves,
Not even time for birds to fly to southern skies.

Verse 4:
No Libra sun, no Hallowe'en,
No giving thanks for all the Christmas joy you bring,
But what it is, tho' old, so new,
To fill your heart like no three words could ever do.


Wednesday, 28 December 2011

Versi Kedua Music Video The Azenders-Livin Rock & Roll

Satu je boleh cakap..Ohsem ^^

Monday, 5 December 2011

BPL Match Preview: Fulham FC Vs Liverpool FC

  
  Satu-satunya perlawanan BPL yang berlangsung pada hari ini atau lebih tepatnya awal pagi ini (pagi selasa) menemukan antara Fulham FC yang menjadi tuan rumah kepada pasukan fevret Daus,Liverpool Fc.Perlawanan ke 14 BPL musim ini bagi kedua-dua pasukan ini dijangkakan sepak mulanya pada jam 4.00 pagi waktu Malaysia di Craven Cottage,home ground untuk Fulham FC.Giler awal.Perlawanan ini merupakan perlawanan home ke-7 Fulham di Craven Cottage dan perlawanan ke-6 Liverpool sebagai pasukan pelawat.

  Sebelum perlawanan ini dimulakan,Fulham berada pada kedudukan ke-15 dalam carta BPL manakala Liverpool pula berada di tangga ke-6 sehingga setakat ini.Kalau dibandingkan prestasi kedua-dua pasukan ini berdasarkan 5 perlawanan terakhir,boleh dikatakan prestasi Liverpool lebih baik sedikit berbanding Fulham.Dari 5 perlawanan terakhir LFC musim ini mereka menang(W) 2 daripadanya dan selebihnya 3 seri(D) dengan form DWDWD manakala Fulham pula hanya menang 1,seri 2 dan kalah(L) 2 untuk jumlah perlawanan yang sama dengan recent form LWLDD.Kemenangan Terakhir bagi Fulham adalah pada 29 Oct lepas menewaskan Wigan di The Hawtorns manakala kemenangan terakhir bagi LFC pula adalah pada 20 Nov,menewaskan Chelsea Fc di Stamford Bridge.Perlawanan terkahir kedua-dua pasukan ini pada musim lepas di Craven Cottage berkesudahan LFC menang dengan jaringan 2-5.

  Untuk perlawanan ini,Fulham akan berusaha untuk memperbaiki kedudukan mereka yang hanya berada beberapa tangga diatas zon penyingkiran manakala untuk LFC pula,pemburuan 3 mata penuh bagi memburu 4 tangga teratas BPL musim ini akan diteruskan oleh Kenny Dalglish dan tentera merahnya.Walaupun kecederaan terbaru Lucas sedikit merencatkan rencana KD,Daus tetap yakin MyREds mampu melakukannya.Bagi Daus,sememangnya Daus nak LFC menang kerana LFC kini mempunyai skuad yang lebih mantap dan sedang meningkat.Sama-samalah kita nantikan keputusan perlawanan ini sedikit masa lagi.All the best REDS.Kamon U REds.Untuk match ni,Daus suka-suka hati predict 1-3 kemenangan untuk LFC.YNWA

Sinar Baru Bagi Mesir?

 Assalamualaikum readers ^^.Melihat keputusan rasmi pusingan pertama pilihanraya Mesir di myMetro,hati saya terdetik mungkin inilah hikmah disebalik segala yang telah berlaku di Mesir beberapa bulan yang sudah.Hikmah yang menjanjikan sedikit sinar baru jika tidak harapan pun kepada rakyat-rakyat Mesir.Dan ada sebab mengapa daus letakkan tanda soal di penghujung tajuk post ini.Kerana? keputusan ini bukanlah keputusan muktamad pilihanraya Mesir dan sinar yang Daus nyatakan ini bukanlah sesuatu yang pasti tetapi sebaliknya kemungkinan sahaja.Dengan berakhirnya pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang telah digulingkan oleh kuasa rakyat sendiri,satu pilihanraya telah dijalankan dalam proses mencari pemimpin baru serta kembali memulihkan keadaan negara Mesir.

   Menurut keputusan rasmi tersebut,dan berdasarkan carta yang disediakan oleh Yusri Abdel Karim,SU agung Jawatankuasa Pilihanraya Mesir,Parti Kebebasan dan Keadilan yang mewakili kumpulan Ikhwanul Muslimin telah memenangi 3.56 juta undi daripada keseluruhan 9.73 juta undi diikuti oleh Parti An-Nur sebanyak 2.37 juta undi dan Parti Al-Wassat sebanyak 415590 undi.Walaupun keputusan ini hanyalah keputusan bagi kawasan yang mengundi pada hari isnin dan selasa lepas,ianya (keputusan undian) mengesahkan ramalan banyak pihak yang menjangkakan parti berhaluan Islam akan memenangi sekurang-kurangnya 2/3 undi dalam pilihanraya Mesir kali ini.

 Mahmud Ghozlan,jurucakap kepada kumpulan Ikhwanul Muslimin menjelaskan bahawa kebanyakan rakyat memilih calon-calon yang membawakan identiti islam dan dipercayai pengundi.Beliau juga menambah bahawa anggapan bahawa semua aktivis islam berjuang atas alasan yang sama dan atas 'kapal' yang sama adalah kurang tepat dan turut menasihati rakyat Mesir supaya dapat membezakan asas perjuangan kumpulan mereka dengan kumpulan-kumpulan berhaluan islam yang lain sebelum membuat keputusan untuk mengundi.

Logo Ikhwanul Muslimin

  Nah disinilah daus lihat ada sinar baru bagi rakyat Mesir jika sekiranya keputusan penuh pilihan raya Mesir kelak ternyata menobatkan parti FJP dokongan Ikhwanul Muslimin ini sebagai pemenang.Sebabnya? sudah terbukti sistem pemerintahan islam ditambah dengan pemimpin Islam yang benar-benar mendalami islam serta benar-benar menghayati tuntutan dan roh perjuangan islam akan berupaya menyediakan kemakmuran kepada rakyat Mesir sekaligus memulihkan keadaan negara Mesir dengan bantuan ALLAH SWT pastinya.Semuanya sekarang terpulang kepada rakyat Mesir kerana merekalah yang akan mengundi dan akan memilih pemimpin negara Mereka.Jadi kepada rakyat Mesir,ayuh kekalkan sokongan kepada parti-parti Islam Mesir dan Percayalah bahawa Islam pasti menang pada akhirnya.

P/s-Ini bukanlah ulasan dari Daus kerana sesungguhnya Daus masih mentah dalam segalanya dan Daus bukanlah berada disana untuk membuat sebarang ulasan dan pertimbangan.Its just Daus rasa terpanggil untuk memberi pandangan peribadi dalam hal ini.Tak salahkan? kalau ada tersalah maklumat tolong tegur ya.Much appreciated.Sehingga berjumpa lagi dilain post (eceh).Assalamualaikum.

Sunday, 4 December 2011

Music Video Preview - Tick Tack By UKISS

  Me? Kpop lover? not really lah.Tapi i certainly did love some of kpop single yang catchy dan lebih2 lagi yang beat dia boleh bikin kepala Daus layan dan berayun.Walaupun ramai Malaysian consider SUJU as the best Kpop artist out there,but for me still UKISS menjadi pilihan..Wahaha.Oleh sebab dah tak de ape yang nak dipost..meh2 layan preview antara single terbaru UKISS ini.Best habaq hang.Not really a korean single,japanese but still sang by Korean boy band.Ngarut ape ntah.2 replacement member UKISS ni leh tahan hot jugak.*__*.Dah lah nah layan...zasss




  Bahasa Daus rojak gila..kiki..acane? best an? an? an? dangerously addictive.Nowplaying and repeat n repeat n repeat.Ah D**M.Official full-length Music Video bagi Single ini dijadualkan bakal direleasekan pada 14 dec kat korea sana la..hahaha.Cant wait for that..and of coz cant wait for subbed version as well :D



Saturday, 3 December 2011

Update: Keputusan Penuh Undian Terakhir Kejohanan EURO 2012 Poland & Ukraine

  Assalamualaikum dan selamat pagi semua bloggers and readers.Macam tak sesuai jer kan tajuk post entri ni.Sebab? not actually updatelah.Draw tu dah selesai lama dah.Nak tahu pasal draw tuh tgok post kat bawah.wakaka.Rupa-rupanya draw tuh telah berlangsung dalam masa 1 am-2 am semalam.Waktu yang sama Daus tengah up entri 2.Ciss..Nasib baik sempat post dulu kalau tidak rugi je.Dan keputusan undian semalam dan kumpulan-kumpulannya ialah.... [What The..]



  Dan sedikit ulasan mengenai kumpulan-kumpulan ini [eceh bajet star mengulas..wakakaka]


GROUP A

-Kumpulan yang membosankan? yup definately.Tapi Daus still berminat nak tahu perkembangan kump ini nanti.Sebab Daus nak tengok sejauh mana pasukan Czech berkembang dan samada pasukan Russia masih mampu mempamerkan aksi yang boleh dibanggakan seperti edisi terdahulu.Untuk kumpulan ini,Daus predict Czech dengan Russia akan Mara ke suku akhir.Pendapat sendiri.

GROUP B

-MAUT-Itu sahaja yang boleh Daus ungkapkan mengenai kumpulan ini.Mana tak mautnya bila Belanda diundi bersama Germany dan Portugal.Kumpulan ini akan mendapat perhatian sepenuhnya dari Daus tahun depan sebab Germany ada dalam kumpulan ni..Go Germany,Go Gomez.Hik3.Perlawanan-perlawanan dari kump ini pasti rancak dan pasukan yang memandang rendah keupayaan Denmark akan menyesal.Tapi still Daus secara peribadi predict Germany dan Belanda Akan layak ke peringkat seterusnya.

GROUP C

-Jika kumpulan B tidak wujud.Boleh dikatakan kumpulan ini akan menjadi kumpulan maut.Membariskan juara dunia dan juara bertahan EURO iaitu Spain,bersama-sama Italy,Crotia dan Ireland.Tak berminat untuk mengikuti perkembangan kumpulan ini kerana pasukan mana yang akan layak akhirnya adalah predictable: Spain dan Italy of coz.huhu

GROUP D

-Nak cakap apa eh berkaitan group ni? maybe lucky for England sebab dapat elak gergasi di peringkat kumpulan.Maybe..tapi belum tentu lagi mereka akan layak dengan mudah.Halangan utama England dalam kumpulan ini mestilah France yang semakin meningkat sekurang-kurangnya lebih mantap dari pasukan piala dunia mereka yang lepas.Sweeden dan Ukraine pulak akan menjadi pengacau dan bersedia mengambil peluang dari sebarang kesilapan  yang dilakukakan oleh England dan France untuk membuat upset dan layak ke peringkat QF.Nevertheless Daus tetap harap England dengan France lepas.France juara kumpulan England second place [England mana mampu nak terajui kumpulan..yedak? kelayakan bolehlah..hahaha]

Sekian sahaja laporan pengulas tidak bertauliah dari Ukraine tempat undian ini dijalankan semalam.:D..Boleh tahan tinggi Awek-awek Ukraine ini.gagaga.








Debaran Euro 2012 Final Draw

Logo Final Draw Euro 2012
  
  Bertempat di Palace Of Arts Kyiv,akan berlangsungnya majlis undian terakhir untuk kejohanan 4 tahun sekali anjuran persekutuan bolasepak eropah (UEFA) iaitu kejohanan EURO 2012.Untuk edisi kejohanan kali ini,ianya akan dilangsungkan di dua negara tuan rumah bersama iaitu Poland dan Ukraine..kali pertama kedua-dua negara ini menjadi kejohanan yang boleh dikatakan agak besar ini.Pada masa ini,para jurulatih dan pegawai pasukan bolasepak yang telah melepasi peringkat kelayakan akan menanti dengan penuh debar keputusan dimana letak duduknya pasukan mereka..bersama pasukan terbaik dunia kah ataupun sekadar diundi bersama pasukan yang sederhana.


Tempat Berlangsungnya Draw:Palace Of Arts.Kyiv
  Sebenarnya Daus pun tak tahu waktu tepat undian ini dijalankan..Daus pun tak tahu kenapa Daus eksaited sangat nak tahu keputusan draw ini.Nak Kata peminat bolasepak tegar tu..tak sangat kot.Tapi yang Daus pasti hari inilah majlis ini akan dilangsungkan iaitu 2 Dec waktu 12 pm et..Yang 12 PM et tulah yang Daus konpiuskan..Ada siapa-siapa tahu tak maksud et tuh? 12 pm et tuh kalau kat Malaysia pukul berapa ya.Ntah2 masa Daus up entri ini majlis telah selesai pun..Huhuhu..Tolong eh..Pliss.

   Sebanyak 16 pasukan kebangsaan eropah yang telah melepasi peringkat kelayakan yang dilangsungkan terlebih dahulu akan diletakkan didalam 4 balang yang berbeza iaitu pot 1,pot 2,pot 3,pot 4 dan balang-balang ini akan diisi oleh 4 pasukan setiap satunya.pot ni macam balanglah dalam bahasa melayunya hee..Balang-balangnya...Cilok dari Wiki hahaha

Pot 1
TeamCoeffRank
 Ukraine128,02915
 Poland123,80628
 Spain243,1161
 Netherlands40,8602


Pot 2
TeamCoeffRank
 Germany40,4463
 Italy34,3574
 England33,5635
 Russia33,2126
Pot 3
TeamCoeffRank
 Croatia33,0037
 Greece32,4558
 Portugal31,7179
 Sweden31,67510
Pot 4
TeamCoeffRank
 Denmark31,20511
 France30,50812
 Czech Republic29,60213
 Republic of Ireland28,57614

  Sebelum Majlis undian ini dijalankan,Co-host Poland dan Ukraine telah masing-masing diletakkan dalam kumpulan A dan D [Poland,A1 dan Ukraine,D1].Jadi kedua-dua pasukan ini hanya menunggu pasukan mana yang akan diundi kedalam kumpulan mereka pada majlis ini.Undian akan dimulakan dengan menentukan kedudukan Spain selaku juara bertahan sama ada akan berada dalam kumpulan B atau C.
Logo EURO 2012 Poland-Ukraine
  Sama-samalah kita nantikan keputusan undian ini ya?..Kalau tanya Daus mestilah Daus nk Germany skali dengan England..Nak tengok German kalahkan England again and again.Tapi memang mustahil lah kan sebab dua-dua duk dalam pot yang sama.Huhu..Harap-harap hangpa faham lah yer apa yang Daus karutkan ni..Salam.

Friday, 2 December 2011

Rewind : Plug In Baby

  Assalmualaikum readers ^^.Nearly 5 months,Yup nearly that long i've abandoned this little blog of mine.Certain peristiwa yang telah berlaku membataskan mood untuk berblog.In fact,berkira-kira nak buat blog lain.Sebab? hilang arah tuju.Tapi bila fikir-fikir balik macam sayang pulak nak biarkan blog ini walaupun folower tak banyak lagi.So its Friday today...and untuk kick start balik blog ni macam biasa hari jumaat memang post tajuk rewind jela kan.

  Siapa yang tak kenal dengan MUSE?..hampir mustahil rasanya.Kalau tak kenal pun at the very least pernahlah dengan namanya yedak?.Kalau diikutkan lagu Muse ni dah berderet dah and ada yang lagi best.Tapi bagi aku "Plug In Baby" still my faveret no 1.Walaupun sekarang Muse da sikit cool atau suam-suam kuku,tetap lagu ni akan berkumandang setiap hari tak kira dalam henset atau laptop at least sekali sehari.Dah macam pelengkap hari dan wajib dengar dah.Kalau tiba-tiba teringat kt exes pun dengar lagu ni..huhuhu.motif sangat.Kenapa terlalu sukar bagi kita untuk melupakan insan-insan yang pernah melukakan hati kita ya.??.Something to think about

Kugiran:MUSE
Single:Plug In Baby
Album:Origin Of Symmetry
Lirik Dari:Metro Lyric

I've exposed your lies, babyThe underneath is no big surpriseNow its time, for changing and cleansing everythingTo forget your love
And my plug in baby crucifies my enemiesWhen I'm tired of giving, whoaAnd my plug in baby, in unbroken virgin realitiesIs tired of living, ooh
Don't confuse, baby you're gonna loseYou're own gameChange me and place the envyingTo forget your love
My plug in baby crucifies my enemiesWhen I'm tired of giving, whoaMy plug in baby, in unbroken virgin realitiesIs tired of living
And I feel your loving, babyAnd I've been in trouble, ooh



 Lagi satu sangat-sangat teringin nak ada jaket kotak-kotak macam Matt Bellamy pakai dalam MV ni..Pergh stail dengan simetri kalau dapat pakai pergi kuliah dalam bilik kuliah yang sangat dingin itu.:D

Terbaik Dari Busuk