Monday 5 December 2011

Sinar Baru Bagi Mesir?

 Assalamualaikum readers ^^.Melihat keputusan rasmi pusingan pertama pilihanraya Mesir di myMetro,hati saya terdetik mungkin inilah hikmah disebalik segala yang telah berlaku di Mesir beberapa bulan yang sudah.Hikmah yang menjanjikan sedikit sinar baru jika tidak harapan pun kepada rakyat-rakyat Mesir.Dan ada sebab mengapa daus letakkan tanda soal di penghujung tajuk post ini.Kerana? keputusan ini bukanlah keputusan muktamad pilihanraya Mesir dan sinar yang Daus nyatakan ini bukanlah sesuatu yang pasti tetapi sebaliknya kemungkinan sahaja.Dengan berakhirnya pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang telah digulingkan oleh kuasa rakyat sendiri,satu pilihanraya telah dijalankan dalam proses mencari pemimpin baru serta kembali memulihkan keadaan negara Mesir.

   Menurut keputusan rasmi tersebut,dan berdasarkan carta yang disediakan oleh Yusri Abdel Karim,SU agung Jawatankuasa Pilihanraya Mesir,Parti Kebebasan dan Keadilan yang mewakili kumpulan Ikhwanul Muslimin telah memenangi 3.56 juta undi daripada keseluruhan 9.73 juta undi diikuti oleh Parti An-Nur sebanyak 2.37 juta undi dan Parti Al-Wassat sebanyak 415590 undi.Walaupun keputusan ini hanyalah keputusan bagi kawasan yang mengundi pada hari isnin dan selasa lepas,ianya (keputusan undian) mengesahkan ramalan banyak pihak yang menjangkakan parti berhaluan Islam akan memenangi sekurang-kurangnya 2/3 undi dalam pilihanraya Mesir kali ini.

 Mahmud Ghozlan,jurucakap kepada kumpulan Ikhwanul Muslimin menjelaskan bahawa kebanyakan rakyat memilih calon-calon yang membawakan identiti islam dan dipercayai pengundi.Beliau juga menambah bahawa anggapan bahawa semua aktivis islam berjuang atas alasan yang sama dan atas 'kapal' yang sama adalah kurang tepat dan turut menasihati rakyat Mesir supaya dapat membezakan asas perjuangan kumpulan mereka dengan kumpulan-kumpulan berhaluan islam yang lain sebelum membuat keputusan untuk mengundi.

Logo Ikhwanul Muslimin

  Nah disinilah daus lihat ada sinar baru bagi rakyat Mesir jika sekiranya keputusan penuh pilihan raya Mesir kelak ternyata menobatkan parti FJP dokongan Ikhwanul Muslimin ini sebagai pemenang.Sebabnya? sudah terbukti sistem pemerintahan islam ditambah dengan pemimpin Islam yang benar-benar mendalami islam serta benar-benar menghayati tuntutan dan roh perjuangan islam akan berupaya menyediakan kemakmuran kepada rakyat Mesir sekaligus memulihkan keadaan negara Mesir dengan bantuan ALLAH SWT pastinya.Semuanya sekarang terpulang kepada rakyat Mesir kerana merekalah yang akan mengundi dan akan memilih pemimpin negara Mereka.Jadi kepada rakyat Mesir,ayuh kekalkan sokongan kepada parti-parti Islam Mesir dan Percayalah bahawa Islam pasti menang pada akhirnya.

P/s-Ini bukanlah ulasan dari Daus kerana sesungguhnya Daus masih mentah dalam segalanya dan Daus bukanlah berada disana untuk membuat sebarang ulasan dan pertimbangan.Its just Daus rasa terpanggil untuk memberi pandangan peribadi dalam hal ini.Tak salahkan? kalau ada tersalah maklumat tolong tegur ya.Much appreciated.Sehingga berjumpa lagi dilain post (eceh).Assalamualaikum.

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk