Satu-satunya perlawanan BPL yang berlangsung pada hari ini atau lebih tepatnya awal pagi ini (pagi selasa) menemukan antara Fulham FC yang menjadi tuan rumah kepada pasukan fevret Daus,Liverpool Fc.Perlawanan ke 14 BPL musim ini bagi kedua-dua pasukan ini dijangkakan sepak mulanya pada jam 4.00 pagi waktu Malaysia di Craven Cottage,home ground untuk Fulham FC.Giler awal.Perlawanan ini merupakan perlawanan home ke-7 Fulham di Craven Cottage dan perlawanan ke-6 Liverpool sebagai pasukan pelawat.
Sebelum perlawanan ini dimulakan,Fulham berada pada kedudukan ke-15 dalam carta BPL manakala Liverpool pula berada di tangga ke-6 sehingga setakat ini.Kalau dibandingkan prestasi kedua-dua pasukan ini berdasarkan 5 perlawanan terakhir,boleh dikatakan prestasi Liverpool lebih baik sedikit berbanding Fulham.Dari 5 perlawanan terakhir LFC musim ini mereka menang(W) 2 daripadanya dan selebihnya 3 seri(D) dengan form DWDWD manakala Fulham pula hanya menang 1,seri 2 dan kalah(L) 2 untuk jumlah perlawanan yang sama dengan recent form LWLDD.Kemenangan Terakhir bagi Fulham adalah pada 29 Oct lepas menewaskan Wigan di The Hawtorns manakala kemenangan terakhir bagi LFC pula adalah pada 20 Nov,menewaskan Chelsea Fc di Stamford Bridge.Perlawanan terkahir kedua-dua pasukan ini pada musim lepas di Craven Cottage berkesudahan LFC menang dengan jaringan 2-5.
Untuk perlawanan ini,Fulham akan berusaha untuk memperbaiki kedudukan mereka yang hanya berada beberapa tangga diatas zon penyingkiran manakala untuk LFC pula,pemburuan 3 mata penuh bagi memburu 4 tangga teratas BPL musim ini akan diteruskan oleh Kenny Dalglish dan tentera merahnya.Walaupun kecederaan terbaru Lucas sedikit merencatkan rencana KD,Daus tetap yakin MyREds mampu melakukannya.Bagi Daus,sememangnya Daus nak LFC menang kerana LFC kini mempunyai skuad yang lebih mantap dan sedang meningkat.Sama-samalah kita nantikan keputusan perlawanan ini sedikit masa lagi.All the best REDS.Kamon U REds.Untuk match ni,Daus suka-suka hati predict 1-3 kemenangan untuk LFC.YNWA
0 Orang Komen Sini =):
Post a Comment
Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)