Friday 30 December 2011

BPL Match Preview & Streaming Link : Liverpool FC Vs Newcastle FC


  Awal pagi ini (pagi sabtu),LFC akan menanti kunjungan pasukan bimbingan Alan Pardew,Newcastle United di kubu keramat LFC iaitu Anfield untuk perlawanan terakhir BPL tahun 2011 untuk kedua-dua pasukan.Badi 'seri' yang melanda LFC di Anfield akhir-akhir ini diharap dapat ditamatkan juga pagi ini,walaupun dilihat agak sukar kerana LFC akan turun pagi ini tanpa kelibat tonggak hadapan utama,Luis Suarez yang digantung lagi satu perlawanan berkuatkuasa serta-merta kerana kelakuannya ketika LFC tewas tempoh hari di Craven Cottage.

 Kemenangan dalam perlawanan ini boleh dikira wajib bagi LFC untuk membina keyakinan dalam mengharungi baki musim pada tahun 2012.Kepulangan steven Gerrard sedikit melegakan kem LFC dan penyokong,walaubagaimanapun dia dijangka tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama oleh KK kerana dia baru pulih dari kecederaan yang lama.30 terakhir dalam perlawanan ini sudah cukup baik bagi SG8.Turun tanpa Luis Suarez,KK dijangka akan mengharapkan sentuhan Andy Carroll dibahagian serangan menentang bekas kelabnya dan diharap dia dapat menemui sentuhan golnya dalam game ini.

  KK dan kem LFC tentunya tidak memandang rendah keupayaan Newcastle ketika ini kerana LFC hanya berada satu tangga diatas mereka dengan kelebihan hanya satu mata.Lebih-lebih lagi keputusan BPL sebelum ini yang menyaksikan LFC hanya mampu seri dengan Blackburn manakala Newcastle menang 2-0 ketas Bolton membuktikan bahawa Newcastle sekarang bukan lagi boleh dipandang mudah.Sedikit menyakinkan kem LFC kerana last meeting antara kedua-dua pasukan ini pada 1 May lepas menyaksikan LFC menang 3-0.Diharapkan tentera merah akan kembali meraih kemenangan pada pagi ini sebagai hadiah tahun baru terindah untuk peminat-peminatnya termasuklah Daus.

Barisan Kemungkinan: 


Info Siaran Langsung:

Astro 817
Saturday,31st December 2011
3:45 am


Gambar dan ulasan bebas dari Blog My-LFC

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk