Sunday 5 August 2012

Aksi-Aksi Atlet Malaysia Hari Ini - Olimpik London 2012 [5 Ogos]

  Assalamualaikum WBT.Seperti biasa di musim sukan olimpik ini Daus dengan bangganya berlagak untuk terus-menerus menjadi pengulas sukan olimpik anda..(muntah) muakaka..Ok what..ada jugak yang tolong update kan? keh3..Nak harapkan korang? kirim salam ajelah..No offense means..hehehe.Daripada Daus buang waktu lenjan PS 2 ada baiknya Daus kongsi sesuatu dengan korang kan?..(Ayat nak skema jer :P).

  Aksi atlet-atlet tanahair kita pada hari ini akan bermula pada sebelah petang.Dijadualkan berlangsung pada jam 4.45 petang waktu Malaysia ialah perlawanan penentuan pingat gangsa bagi acara badminton beregu lelaki.Dalam perlawanan ini Beregu negara yang tewas di separuh akhir semalam iaitu Koo Kien Keat & Tan Boon Heong dijadualkan akan bertembung dengan beregu no 1 dunia yang juga pilihan utama kejohanan yang tewas mengejut kepada beregu Denmark semalam iaitu pasangan Korea Lee Yong Dae & Chung Jae Sung.Prospek untuk beregu kita sekurang-kurangnya membawa pulang pingat gangsa tetap ada walaupun tiada jalan mudah.Nevertheless lawan beregu kita di perlawanan ini ialah beregu handalan dari Korea means KKK & Tan mesti bagi lebih dari 100% untuk menundukkan musuh biasa mereka itu [Memandai sahaja :P].All the best untuk both of them..

  Acara yang Daus percaya dinantikan oleh jutaan Malaysians ialah pertembungan pemain badminton perseorangan utama negara,Dato' Lee Chong Wei berdepan seteru utamanya Lin Dan dari China untuk merebut pingat emas bagi acara badminton perseorangan lelaki olimpik kali ini.Pertembungan epik ini dijangkakan berlangsung pada jam 8 malam waktu Malaysia dan RTM telah menyatakan bahawa mereka akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung.Haruslah siar yedak?.Walaupun rekod head-to-head antara kedua-duanya lebih memihak kepada Lin Dan Daus yakin kali ini Dato' LCW akhirnya mampu membutirkan pingat emas sulung negara dalam Olimpik..Not this time Lin Dan.Dato' LCW pastinya bermotivasi besar apatah lagi dengan sokongan terus dari PM dan isterinya.Lagipula Dato' sedar inilah peluang terakhirnya untuk mendapat pingat emas dalam olimpik.Bersamalah kita memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada jaguh kita ini [Nampak pattern ayat 2? :P].

  Atlet yang seterusnya turun beraksi ialah The Pocketrocketman Malaysia,Azizulhasni Awang pada kira-kira jam 11.35 malam waktu Malaysia.Azizul akan turun beraksi pada peringkat suku akhir acara berbasikal pecut lelaki yang mana untuk acara ini beliau tidak meletakkan sebarang sasaran kerana ini bukanlah acara fevretnya iaitu acara keirin.Pencapaiannya yang mampu sampai ke peringkat suku akhir ini walaupun bukan mudah wajar dipuji dan dibanggakan.Bagaimanapun lawan yang menantinya di peringkat ini bukan lawan mudah,Kenny Jason yang dalam heat sebelum ini telah berjaya mencipta satu rekod baru memadamkan rekod lama oleh Chris Hoy yang menewaskan Azizul di olimpik Beijing lepas.Walaubagaimanapun Daus percaya Azizul tidak akan terganggu dengan hal itu dan akan mempamerkan kayuhan yang bertenaga malam ini..You Mark my words.



  Aksi atlet Malaysia pada hari ini akan ditutup oleh Lee Hup Wei yang akan turun beraksi dalam peringkat saringan/kelayakan acara lompat tinggi di padang stadium Olimpik.Lee dijangka akan turun beraksi pada kira-kira jam 2 pagi nanti waktu tanah air.Tiada sebarang sasaran diletakkan dibahu beliau so diharapkan Lee dapat membuat yang terbaik..Do us Proud Lee ;)

1 comment:

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk