Monday 6 August 2012

Separuh Akhir Bolasepak Wanita Olimpik 2012 [France Vs Japan] - Preview Dan Live Streaming Links

  Assalamulaikum WBT..Sukan paling utama,sekaligus sukan yang paling mendapat perhatian ramai dalam apa-apa kejohanan sekalipun iaitu sukan bolasepak telah memasuki peringkat separuh akhir bagi kategori lelaki dan wanita untuk olimpik 2012 ini.Walaubagaimanapun hanya perlawanan SF kategori wanita yang berlangsung dahulu manakala kategori lelaki akan dilangsungkan esok.Untuk kategori wanita ini 4 pasukan telah berjaya melayakkan diri ke peringkat SF iaitu pasukan France,Japan,USA dan Canada.Walaupun tidak se 'mouthwatering' kategori lelaki,acara bolasepak wanita jugak tidak kurang dari segi aksinya dengan barisan bintang dalam acara ini seperti Wambach dan Martha.

  Perlawanan pertama peringkat separuh akhir bagi kategori wanita ini menemukan pasukan France dan Japan.Satu Perlawanan yang dijangka akan menarik.Untuk perlawanan ini Jepun dilihat mempunyai sedikit kelebihan kerana  ada mendapat bantuan pemain skuad senior yang baru sahaja memenangi piala dunia wanita tidak lama dahulu.Perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium Wembley dan akan dijangkakan sepak mulanya pada jam 12 tengah malam waktu Malaysia.

Perjalanan pasukan France ke peringkat separuh akhir:

Pada peringkat kumpulan,France berada dalam kumpulan G bersama-sama pasukan fevret USA,Korea Utara dan Colombia.Pada peringkat ini mereka berjaya berada pada tempat kedua hasil 2 kemenangan dan 1 kali kalah.Pada peringkat kumpulan,Pasukan wanita France memulakan saingan dengan kekalahan kepada USA 2-4 walaupun pada mulanya mereka mendahului 2 gol.Untuk perlawanan seterusnya,mereka memperbaiki kelemahan dan telah membelasah Korea Utara 5-0 sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan kemenangan 1-0 keatas Colombia.Players to watch : Elodie Thomis dan Marie Laure-Delie.

Perjalanan pasukan Japan ke peringkat separuh akhir:

Berbeza dengan pasukan France,perjalanan pasukan Japan ke peringkat SF ini sebenarnya lebih berliku.Terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya mengalahkan Brazil di peringkat QF memang cukup gah bagi pasukan wanita Jepun dan disebabkan itulah pasukan Jepun dianggap sebagai fevret dalam perlawanan ini.Pada peringkat kumpulan,Japan berada kumpulan F yang mana mereka berjaya menduduki tempat kedua berdasarkan perbezaan mata dengan Sweden.Pada peringkat ini mereka seri 2 perlawanan iaitu menentang Sweden dan Afrika Selatan dan 1 kemenangan 2-1 keatas Canada.Players to watch : Homare Sawa dan Aya Miyama.



LIVE STREAMING LINKS [Kick-off jam 12 tengah malam waktu Malaysia]:

Link 1 Link 2 Link 3 Link 4 Link 5

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk