Tuesday 7 August 2012

[Mexico U-23 Vs Japan U-23] Separuh Akhir 1 Bolasepak Lelaki Olimpik London 2012 - Preview Dan Link Live Streaming

  Assalamulaikum..Setelah semalam kita telah mengetahui pasukan bolasepak wanita manakah yang telah melayakkan diri ke perlawanan akhir bolasepak olimpik kali ini,hari ini tiba pula giliran pasukan-pasukan lelaki turun beradu untuk menentukan siapa yang lebih layak berada di final yang dijadualkan berlangsung pada 11 ogos nanti.Bagi kategori wanita yang berlangsung tengah malam dan awal pagi tadi pasukan wanita Jepun dan USA telah melayakkan diri ke pusingan akhir setelah menumpaskan lawan masing-masing diperingkat separuh akhir.Jepun menewaskan France dengan keputusan 2-1 manakala USA pula berjaya membenam Canada 4-3 setelah waktu kecederaan.

  Perlawanan pertama bagi peringkat separuh akhir bolasepak lelaki Olimpik 2012 adalah pertemuan antara pasukan dari asia iaitu Jepun U-23 bertemu pasukan Mexico U-23.Dijangka bakal dilakukan sepak mula pada jam 12 tengah malam nanti di Stadium Wembley.Pasukan Jepun pasti mengidam untuk mengikuti jejak langkah pasukan wanita mereka yang telah melayakkan diri ke final semalam manakala Mexico pula akan cuba untuk memberikan isyarat kepada dunia bolasepak tentang kekuatan pasukan mereka.



Perjalanan pasukan Jepun U-23 ke Peringkat separuh akhir :

Pasukan Jepun U-23 menjuarai kumpulan D dengan 7 mata hasil dari 2 kemenangan dan 1 seri.Diletakkan bersama-sama dengan Spain,Honduras dan Morocco dalam kumpulan ini Jepun memulakan kempen peringkat kumpulan dengan mengejutkan Spain U-23 dengan 1-0.Perlawanan seterusnya Jepun menang 1-0 keatas Morocco sebelum mengakhiri peringkat kumpulan dengan keputusan seri 0-0 menentang Honduras.Pasukan Jepun U-23 mara ke peringkat semifinal ini setelah menang mudah 3-0 keatas Egypt di quarterfinal.Players to watch : Kensuke Nagai dan Yuki Otsu.

Kensuke Nagai

Perjalanan pasukan Mexico U-23 ke peringkat separuh akhir :

Mexico juga seperti Jepun,juga layak dengan reputasi sebagai juara kumpulan mereka iaitu kumpulan B dengan jumlah mata yang sama iaitu 7 mata hasil 2 kemenangan dan 1 seri.Seri 0-0 pada perlawanan pertama menentang Korea selatan dan menang baki 2 perlawanan berikutnya iaitu 2-0 keatas Gabon dan 1-0 keatas Switzerland.Pada peringkat suku akhir,pasukan Mexico U-23 ini telah menewaskan Senegal 4-2 dalam satu perlawanan yang telah berlanjutan sehingga masa tambahan setelah terikat 2-2 dalam masa normal.Players to watch : Giovanni Dos Santos dan Hector Herrera.

STREAMING LINKS [ Kick-off jam 12 tengah malam waktu Malaysia]

Link 1 Link 2 Link 3 Link 4 Link 5

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk