Showing posts with label Football. Show all posts
Showing posts with label Football. Show all posts

Sunday, 23 June 2013

BootLeaks: Adidas F50 AdiZero 4

Blue Adidas F50 AdiZero IV
  ADIDAS F50 ADIZERO IV LEAKED| Assalamualaikum WBT.Beberapa keping gambar berikut dikatakan merupakan imej pertama untuk siri baru akan datang dalam keluarga boots F50 Adizero iaitu AdiZero F50 IV.AdiZero baru ini dijangkakan pelancarannya pada November ini dan dikatakan turut dilengkapi dengan beberapa teknologi baru ciptaan Adidas.Lionel Messi,imej eksklusif untuk keluarga AdiZero pula akan mendapat versi istimewanya sendiri pada tahun 2014 nanti.Boots ini nanti akan dilancarkan dan dipromosikan dengan slogan 'The Planet's Fastest Boots'.

Orange AdiZero F50 4
  Antara teknologi-teknologi baru yang didatangkan pada AdiZero 4 ini termasuklah HybridTouch yang menggabungkan material kulit dan sintetik.Bahagian 'Upper' pula dilengkapi dengan teknologi serbabaru oleh Adidas yang diberi nama 'Dribbletex Technology' yang merupakan tekstur/bahagian/plate cengkaman 3D untuk gelecekan pantas dalam semua keadaan cuaca seperti Nike's All Condition Control (ACC).Bahagian belakang 'Upper' pula disertakan dengan teknologi 'SpeedFoil'.Akhir sekali,bahagian 'Outsole' AdiZero 4 akan menggunakan konfigurasi stud 'SpeedTraxion 'untuk menyempurnakan kelicikan.

  Bagi edisi khas Messi pula,ianya menampilkan design dengan warna yang pelbagai.Agak pelik dan menjengkelkan tapi harus diingat ini hanyalah sekadar khabar angin.Versi Messi ini akan dilengkapi dengan Sole berwarna hijau yang dikenali dengan nama Solar Slime.Dengan warna-warna yang pelbagai,versi ini mungkin menjadi versi Messi yang paling meriah.

Sumber dan gambar dari FootyHeadlines
Adidas AdiZero 4 Messi..Meriah XD

Wednesday, 14 November 2012

BOOTLEAKS: ADIDAS PREDATOR 2013

PREDATOR 2013? You Guess

 Assalamualaikum.Gambar diatas dikatakan satu-satunya imej bagi generasi akan datang boots Adidas Predator yang akan dilancarkan pada tahun depan.Well you guys know ini hanyalah rumor kan.Baca boleh nak percaya 100 % jangan..Hehehe..Overall designnya agak simple dari Predator LZ sekarang tapi tidaklah cantik sangat jugak..Yang pasti nanti mesti packed dengan 'Teknologi'.Wait For IT

*Sumber dari FOOTY HEADLINES

Thursday, 1 November 2012

Piala Liga Inggeris 2012/13: Keputusan Penuh Semua Perlawanan Pusingan Keempat [31 Oct Dan 1 Nov]

Capital One Cup 2012/13

 Assalamualaikum WBT..Ha pusingan keempat bagi Piala Liga Inggeris atau sekarang disebut dengan nama Capital One Cup telahpun berakhir kira-kira jam 6 setengah pagi tadi.Agak mengecewakan bagi Daus secara peribadi apabila pasukan Daus yang juga juara bertahan piala ni,Liverpool Fc tewas 1-3 kepada Swansea City lantas tersingkir dan gagal meneruskan kemaraan keperingkat seterusnya.Satu lagi heavyweight,Manchester United turut tersingkir apabila akhirnya Chelsea dapat membalas dendam kekalahan mereka beberapa hari lepas apabila membenam lawan mereka itu 5-4 selepas masa tambahan.So dengan berakhirnya pusingan keempat ini,8 pasukan yang layak ke suku akhir telah ditentukan dan 8 pasukan tersebut terdiri dari 5 pasukan dari EPL dan selebihnya dari liga bawahan.Keputusan-keputusan lain adalah seperti berikut.

[Keputusan Semua Perlawanan Pusingan Keempat Capital One Cup 2012/13]

SUNDERLAND O-1 MIDDLESBROUGH [Full-Time]


SWINDON 2-3 ASTON VILLA [Full-Time]


WIGAN ATHLETIC O-O BRADFORD CITY [2-4 After Penalty Shoot-Out]


LEEDS UNITED 3-O SOUTHAMPTON [Full-Time]


READING 5-7 ARSENAL [Full-Time]


LIVERPOOL FC 1-3 SWANSEA CITY [Full-Time]


NORWICH CITY 2-1 TOTTENHAM HOTSPURS [Full-Time]


CHELSEA 5-4 MANCHESTER UNITED [Full Time,AET]


[Undian Suku Akhir Capital One Cup 2012/13]


BRADFORD CITY  VS   ARSENAL


NORWICH CITY  VS   ASTON VILLA


LEEDS UNITED   VS   CHELSEA


SWANSEA CITY   VS  MIDDLESBROUGH


*Perlawanan-perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada 10 dan 11 Disember nanti.

Wednesday, 17 October 2012

Piala Dunia 2012 Brazil: Keputusan Perlawanan Kelayakan Semua Zon 17 OCT 2012 [*FULLY UPDATED]

  Assalamualaikum..Awal pagi semalam telah berlangsungnya tidak kurang dari 40 perlawanan kelayakan untuk Piala Dunia 2014 yang hampir melibatkan semua zon kecuali Zon Afrika.Too bad ,oleh kerana pihak pengurusan stadium di Poland yang terlalu cerdik,perlawanan di antara Poland dan England terpaksa ditangguhkan kerana padang yang  tidak selamat digunakan akibat hujan lebat sebelumnya.Daus personally agak kecewa dengan keputusan Germany-Sweden kerana pada satu ketika Germany selesa mendahului 4-0 tetapi akhirnya gagal mempertahankan keputusan selesa itu dan hanya mampu seri dengan Sweden 4-4.Dalam perlawanan tumpuan lain,penyerang Arsenal yang baru dibeli,Olivier Giroud menyamakan kedudukan bagi France semasa bertemu dengan juara bertahan Piala Dunia dan juara Euro 2012,Spain.Keputusan-keputusan penuh lain adalah seperti berikut.

FIFA WORLD CUP 2014

ZON EROPAH

Crotia 2-O Wales

Macedonia 1-O Serbia

Belgium 2-O Scotland

Czech Republic O-O Bulgaria

Italy 3-1 Denmark

Faroe Island 1-4 Republic Ireland

Austria 4-O Kazakhstan

Germany 4-4 Sweden

Andorra 0-1 Estonia

Romania 1-4 Holland

Hungary 3-1 Turkey

Cyprus 1-3 Norway

Iceland O-2 Switzerland

Albania 1-O Slovenia

Russia 1-O Azerbaijan

Israel 3-O Luxembourg

Portugal 1-1 Northern Ireland

Latvia 2-O Liechsteistein

Bosnia 3-O Lithuania

Slovakia O-1 Greece

Ukraine O-1 Montenegro

San Marino O-2 Moldova

Belarus 2-O Georgia


ZON AMERIKA SELATAN

Bolivia 4-1 Uruguay

Paraguay 1-O Peru

Venezuela 1-1 Ecuador

Chile 1-2 Argentina


ZON ASIA

Qatar O-1 Uzbekistan

Iran 1-0 Korea Republic

Oman 2-1 Jordan

Iraq 1-2 Australia


ZON CONCACAF

Jamaica 4-1 Antigua & Barbuda

USA 3-1 Guatemala

Costa Rica 7-O Guyana

Mexico 2-O El Salvador

Cuba 1-1 Panama

Honduras 8-1 Canada


ZON OCEANIA

New Zealand 3-O Tahiti

New Caledonia 5-O Solomon Islands

Thursday, 27 September 2012

Piala Liga Inggeris 2012/13: Keputusan Penuh Semua Perlawanan Pusingan Ketiga [27 Sept]

  Assalamualaikum WBT.Seperti yang Daus nyatakan DISINI TADI,6 perlawanan pusingan ketiga bagi Piala Liga Inggeris edisi 2012/13 telah dilangsungkan dan telahpun ditamatkan.Paling mencuri tumpuan pastinya pasukan Arsenal yang garang membaham Coventry City 6-1 dan juga Spurs yang berjaya menewaskan Carlisle United 3-0.Dan syukur Alhamdulillah pasukan Daus,LFC akhirnya menang juga 2-1 sekaligus membalas dendam keatas West Brom yang telah menewaskan The Reds 3-0 diawal musim BPL baru-baru ini.Keputusan-keputusan lain pusingan ketiga Capital One Cup yang berlangsung awal pagi ini adalah seperti berikut.Pasukan yang menang akan layak ke pusingan keempat dan undian bagi pusingan keempat ini akan diadakan di Wembley sejurus selepas perlawanan LFC-WBA tamat.

Capital One Cup 2012/13


ARSENAL 6-1 COVENTRY CITY [Full-Time]


CARLISLE UNITED O-3 TOTTENHAM HOTSPURS [Full-Time]


MANCHESTER UNITED 2-1 NEWCASTLE UNITED [Full-Time]


NORWICH CITY 1-O DONCASTER ROVERS [Full-Time]


QUEENS PARK RANGERS 2-3 READING [Full-Time]


WEST BROMWICH ALBION 1-2 LIVERPOOL FC [Full-Time]


*Untuk keputusan perlawanan-perlawanan yang telah berlangsung semalam,KLIK SINI

Wednesday, 26 September 2012

Piala Liga Inggeris 2012/13: Keputusan Penuh Semua Perlawanan Pusingan Ketiga [26 Sept]

Capital One Cup 2012/13
   Assalamualaikum WBT.Awal pagi semalam,telah berlangsungnya 10 perlawanan pusingan ketiga bagi kejohanan Piala Liga Inggeris 2012/13.Piala ini kini dikenali dengan nama Capital One Cup kerana penajaan daripada Capital One.Dahulunya ianya dikenali dengan nama Carling Cup dengan agak lama dan juara bertahan bagi Piala ini ialah Liverpool FC..Awal pagi semalam,terdapat beberapa kejutan berlaku.Tetapi Daus tidak pastilah sama ada pasukan yang bertanding mengambil serius tentang kejohanan ini atau tidak.Antara upset yang berlaku malam semalam ialah kejayaan Leeds United menumpaskan Everton selain kemenangan Aston Villa terhadap Manchester City.Chelsea pula walaupun boleh dikatakan menurunkan pasukan kedua tetap gah membenam Wolves 6-0.Keputusan-keputusan penuh lain bagi perlawanan-perlawanan yang berlangsung awal pagi semalam adalah seperti berikut.Ah dan ya pemenang bagi pusingan ini akan terus layak ke pusingan keempat kerana tiada timbal balik.



BRADFORD CITY 3-2 BURTON [AET,Full-Time]


CHELSEA 6-0 WOLVES [Full-Time]


CRAWLEY 2-3 SWANSEA CITY [Full-Time]


LEEDS UNITED 2-1 EVERTON [Full-Time]


MANCHESTER CITY 2-4 ASTON VILLA [AET,Full-Time]


MK DONS 0-2 SUNDERLAND [Full-Time]


PRESTON NORTH END 1-3 MIDDLESBROUGH [Full-Time]


SOUTHAMPTON 2-0 SHEFFIELD WEDNESDAY [Full-Time]


SWINDON TOWN 3-1 BURNLEY [Full-Time]


WEST HAM UNITED 1-4 WIGAN ATHLETIC [Full-Time]

Saturday, 15 September 2012

Highlight Pilihan Hari Ini : Chelsea U21 1-4 Liverpool U21


 Assalamualaikum WBT.Mungkin skuad senior kami masih belum menemui prestasi terbaik tetapi tidak bagi skuad muda kami.And MY LFC's youngsters semalam telah menang dengan bergaya 1-4 keatas Chelsea U21 untuk fixture U21 Premier League 2012/13.Ini membuktikan akademi Liverpool FC mempunyai ramai pemain berbakat dan bersedia untuk di serap ke skuad utama bila-bila masa sahaja.Gol saguhati untuk Chelsea's youngsters semalam telah dijaringkan Patrick Bamford pada minit 80 manakala 4 gol skuad LFC U21 pula telah dijaringkan oleh Jack Robinson,Conor Coady,Krisztian Adorjan dan Michael Ngoo masing-masing pada minit ke 70,72,85 dan 90 perlawanan semalam.Well done Lads.You do your seniors proud and you do us proud as LFC's fans as well.YNWA.

CHELSEA U21 VS LIVERPOOL U21 HIGHLIGHTS:


Wednesday, 12 September 2012

Piala Dunia 2014 - Keputusan Perlawanan Kelayakan Semua Zon 12 September 2012

  
  Assalamualaikum WBT.Awal pagi semalam dan pagi tadi telah berlangsungnya lebih dari 35 perlawanan pusingan kelayakan bagi merebut tempat ke piala dunia seterusnya di Brazil dalam masa 2 tahun akan datang.Seperti sebelum-sebelum ini ada keputusan yang memang sudah dijangka dan tidak kurang juga keputusan yang agak diluar jangkaan.Salah satunya perlawanan diantara England dengan Ukraine yang menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata setelah perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1.Mengejutkan juga dalam perlawanan tersebut kapten England,Steven Gerrard menerima kad merah pertamanya dalam karier antarabangsanya yang hampir mencecah 100 caps.Untuk perlawanan England Ukraine semalam,penalti Lampard menyelamatkan maruah England buat masa ini setelah Ukraine mendahului pada separuh masa pertama menerusi Konoplyanka.

KEPUTUSAN-KEPUTUSAN LAIN

ZON EROPAH

Serbia 6-1 Wales

Belgium 1-1 Crotia

Scotland 1-1 Rep Of Macedonia

Bulgaria 1-0 Armenia

Italy 2-0 Malta

Sweden 2-0 Kazakhstan

Austria 1-2 Germany

Romania 4-0 Andorra

Turkey 3-0 Estonia

Hungary 1-4 Holland

Cyprus 1-0 Iceland

Norway 2-1 Slovenia

Switzerland 2-0 Albania

Israel 0-4 Russia

Northern Ireland 1-1 Luxembourg

Portugal 3-0 Azerbaijan

Bosnia 4-1 Latvia

Slovakia 2-0 Liectenstein

Greece 2-0 Lithuania

San Marino 0-6 Montenegro

Poland 2-0 Moldova

England 1-1 Ukraine

Georgia 0-1 Spain

France 3-1 Belarus


ZON AMERIKA SELATAN

Chile 1-3 Colombia

Uruguay 1-1 Ecuador

Paraguay 0-2 Venezuela

Peru 1-1 Argentina


ZON ASIA

Uzbekistan 2-2 South Korea

Lebanon 1-0 Iran

Japan 1-0 Iraq

Jordan 2-1 Australia

ZON CONCACAF

Antigua And Barbuda 0-1 Guatemala

United States 1-0 Jamaica

Guyana 2-3 El Salvador

Mexico 1-0 Costa Rica

Panama 2-0 Canada

Honduras 1-0 Cuba


ZON OCEANIA [3rd Group Stage]

New Zealand 6-1 Solomon Islands

Tuesday, 11 September 2012

Malaysia Vs Vietnam [Persahabatan Antarabangsa 2012] - Preview Perlawanan Dan Link Live Streaming

  Assalamualaikum WBT.Setelah boleh dikatakan agak lama berehat dari beraksi,skuad utama/senior bolasepak kita [Harimau Malaya] akan turun beraksi malam ini di stadium Shah Alam.Lawan kali ini bukan calang-calang lawan:Vietnam.Banyak yang telah berubah bagi kedua-dua pasukan ini baik bagi Malaysia sendiri dan Vietnam juga sejak kali terakhir mereka berjumpa iaitu pada 18 Disember 2010 untuk kejohanan AFF 2010.Vietnam bukan sengaja dilabel sebagai lawan yang bukan calang-calang tetapi rangking mereka yang berada lebih tinggi berbanding Malaysia menunjukkan peningkatan pasukan tersebut dan tidak boleh diambil mudah oleh skuad K.Raja.


  Yang positif tentang Malaysia ialah kita turun malam ini dengan moral tinggi hasil dari kemenangan 2-0 keatas Singapura baru-baru.Jika tidak mahu berdepan sebarang kemungkinan kalah,semua pemain HM terutamanya barisan pertahanan Malaysia haruslah mengawal striker utama Vietnam iaitu Le Chong Vinh yang telah meledak 30 gol untuk 51 penampilannya bersama Vietnam.Kombinasi serangan HM Matyo + Safee Sali diharap kembali mampu menemui kembali 'taring' dalam perlawanan ini setelah agak lama juga pasangan ini tidak menjaringkan gol.Yang pasti penambahan pemain baru seperti Gary Steven Robbat,Christie Jayaselan dan Azamuddin Akil dilihat menambahkan lagi variasi serangan Malaysia seterusnya diharap mampu membuahkan gol kepada kem Malaysia Malam ini.Ayuh rakyat Malaysia..Keep Calm & Support Harimau Malaya.

BARISAN KEMUNGKINAN MALAYSIA

Farizal Marlias, Aidil Zafuan, Subramaniam, Azmi Muslim, Mahali Jasuli, Safiq Rahim, Wan Zack Haikal, Azamuddin Akil, Shakir Shaari, Safee Sali ,NorShahrul Idlan.


LIVE STREAMING LINKS [KICK-OFF 8:45 PM MYT]


P/S-Kredit untuk Ubola Network,Penyedia Livestreaming Links

Monday, 10 September 2012

10 Pemain Bolasepak Paling Bernilai Masa Kini [Bahagian 1]

  Assalamualaikum WBT..Me again..Figures.Jika minggu-minggu lepas Daus memilih untuk menyenaraikan 10 K-Pop singles paling berpengaruh ,untuk minggu-minggu mendatang pula Daus akan berkongsi dengan anda semua terutamanya penggemar dan pengikut dunia bolasepak dunia tentang 10 pemain bolasepak paling bernilai buat masa kini.Bagaimana mereka-mereka ini dinilai tidaklah pula Daus tahu tetapi yang pastinya salah satu dari kriteria penilaian tersebut merupakan gaji tahunan mereka.Oh mereka ini dinilai oleh transfermarket.co.uk berdasarkan nilai yuran perpindahan yang kelab semasa mereka mungkin akan terima jika mereka dijual sekarang.Mari kita mulakan.


#10 Sergio Busquets [Spain/FC Barcelona] - £37m

Sergio Busquets
Sergio Busquets,24 tahun merupakan pemain pilihan utama bagi 2 pasukan yang diakui terhebat dalam sukan bolasepak,Pasukan Spain dan FC Barcelona.Kebolehannya bertahan  dengan baik di bahagian tengah menjadikannya antara aset bagi kedua-dua pasukan walaupun sering digelar 'Diver' kerana mudah menjatuhkan badan ketika permainan.

#9 Robin Van Persie [Holland/Manchester United] - £42m


Robin Van Persie
Walaupun pahit untuk ditelan Arsenal Faithfuls tetap juga Robin Van Persie berpindah ke Manchester United dan menghancurkan hati jutaan peminatnya di Arsenal.Hanya berpindah dengan nilai 24 juta pound tetapi dengan mudah nilainya meningkat sekali ganda sekarang.

#8 David Silva [Spain/Manchester City] -  £44m

David Silva
Wakil kedua dari Spain dan semestinya bukanlah yang terakhir.Pemain cilik yang bijak mengatur permainan dan merancanakan gerakan tidak kira bagi Spain atau City diakui merupakan senjata ampuh bagi 2-2 pasukan yang di wakilinya.

P/S-Nantikan sambungan entri ini pada Isnin minggu depan =P


BootLeaks : Nike Mercurial Vapor VIII Cristiano Ronaldo

  Assalamualaikum WBT..Kita memang sedia maklum bahawa bintang tersohor Portugal dan Real Madrid,Cristiano Ronaldo merupakan model/muka ekslusif bagi jenama sukan besar,Nike.Buktinya setiap tahun Ronaldo dibayar lumayan oleh syarikat Nike.Bukan itu sahaja,Nike juga telah menyediakan satu koleksi khas bagi beliau.Untuk koleksi khas ini,kebiasaannya Ronaldolah yang mula menggayakannya tidak kira lah kit bolasepak,koleksi musim panas dan tidak terkecuali Boot bolasepak.Dan yang terbaru imej untuk koleksi Nike Mercurial Vapor VIII Cristiano Ronaldo telah tertiris ke arena web..Tentang kesahihannya belum dapat dipastikan lagi dan terpaksalah kita menunggu sehingga pelancarannya kelak.







  Sumber dari Footy Headlines

Sunday, 9 September 2012

Indonesia U22 Vs Malaysia U22 [SCTV CUP 2012] - Live Streaming Links

SCTV CUP
   Assalamualaikum WBT..Nak mula dah ni..so ape lagi semua..Kita rapat2 kan barisan dan tenang memberi sokongan kepada HARIMAU MUDA kita..Walaupun tanpa beberapa tonggak utama,HM tetap ada potensi yang cukup untuk sekali lagi membenam ego 'jiran bising' kita itu.All the best Harimau Muda..Just Stay Calm N Support Harimau Muda.


LIVE STREAMING LINKS [Kick-Off 8:30 PM MYT]

LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5  

BootLeaks : 2013 Adidas AdiZero III Boots & Messi's AdiZero Boot

  Satu jer boleh cakap..UGLY tapi teknologi pada soccer cleats yang bakal dikeluarkan pada Disember ini agak IMPRESSIVE jugak.Dia punya rupa sahaja yang teruk tetapi akan tetap menjadi antara boot bolasepak yang teringan di dunia nanti dengan designnya yang telah diperbaharui oleh team Adidas.Dijangkakan menggunakan satu material-selapis istimewa yang dipanggil 'SprintSkin'.Selain itu,antara bahagian menarik lain pada boots ini ialah satu sistem yang dipanggil 'Sprintweb' oleh Adidas yang mana sistem ini akan menjadikan kawalan bola lebih baik ketika 'fast/high-speed dribbling'.Have your say.



Yellow-Black

Green-Black
2013 AdiZero III

Messi's


Saturday, 8 September 2012

Piala Dunia Brazil 2014 - Keputusan Perlawanan Kelayakan Semua Zon [*FULLY UPDATE]

  
  Assalamualaikum WBT.Semalam dan sekarang ini telah berlangsungnya tidak kurang dari 40 perlawanan kelayakan piala dunia Brazil 2014 bagi hampir semua zon iaitu Zon Eropah,Amerika Selatan,Concacaf dan Oceania.Dalam banyak-banyak perlawanan tersebut,terdapat keputusan yang sudah dijangka dan ada jugak yang diluar jangkaan.Paling mencuri tumpuan sudah pastinya kemenangan besar 'The Three Lions' England 5-0 kepada pasukan kerdil bolasepak Moldova.Gol-gol England dalam kemenangan besar itu telah disumbangkan oleh masing-masing 2 gol dari Lampard,1 dari J.Defoe,J.Milner Dan L.Baines.


KEPUTUSAN-KEPUTUSAN LAIN:

ZON EROPAH

Crotia 1-0 Rep Of Macedonia

Wales 0-2 Belgium

Malta 0-1 Armenia 

Bulgaria 2-2 Italy 

Kazakhstan 1-2 Rep Of Ireland 

Germany 3-0 Faroe Island 

Estonia 0-2 Romania

Andorra 0-5 Hungary

Holland 2-0 Turkey

Albania 3-1 Cyprus

Slovenia 0-2 Switzerland

Iceland 2-0 Norway

Russia 2-0 Northern Ireland

Azerbaijan 1-1 Israel

Luxembourg 1-2 Portugal

Liechteinstein 1-8 Bosnia

Lithuania 1-1 Slovakia

Latvia 1-2 Greece

Montenegro 2-2 Poland

Moldova 0-5 England

Georgia 1-0 Belarus

Finland 0-1 France


ZON AMERIKA SELATAN

Colombia 4-0 Uruguay

Ecuador 1-0 Bolivia

Argentina 3-1 Paraguay

Peru 2-1 Venezuala 


ZON CONCACAF

Jamaica 2-1 United States

Guatemala 3-1 Antigua & Barbuda

El-Salvador 2-2 Guyana

Costa Rica 0-2 Mexico

Cuba 0-3 Honduras

Canada 1-0 Panama


ZON OCEANIA [3rd Group Stage]

Solomon Islands 2-0 Tahiti

New Caledonia 0-2 New Zealand

Wednesday, 8 August 2012

[South Korea U-23 Vs Brazil U-23] Separuh Akhir 2 Bolasepak Lelaki Olimpik London 2012 - Preview Dan Link Live Streaming

  Assalamualaikum WBT.Kira-kira sejam selepas Separuh akhir pertama antara Mexico U-23 menentang Japan U-23 tamat (Tidak termasuk waktu tambahan),pertembungan antara Korea selatan U-23 menentang pasukan 'star-studded' Brazil U-23 pula akan berlangsung yang mana perlawanan ini merupakan perlawanan separuh akhir kedua acara bolasepak lelaki untuk kejohanan Olimpik kali ini.Perlawanan separuh akhir 2 ini dijadualkan sepakmulanya pada kira-kira jam 2:45 pagi waktu Malaysia yang akan mengambil tempat di Old Trafford,Manchester.Frankly speaking Daus sendiri prefer Korea untuk mara ke possible All-Asian Team final tapi who knows,Brazil bukanlah lawan mudah bagi Oppa2 ni :P..Oppa #GangnamStyle la Hahaha.Tak mahu sembang kencang,terus kita ke sedikit preview dan route to semifinal bagi kedua-dua semifinalist ini.Heh

Perjalanan skuad Korea Selatan U-23 ke peringkat separuh akhir:

Diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama Mexico,Gabon dan Switzerland,pasukan Korea ini berjaya mendapat 5 mata pada peringkat ini seterusnya menempatkan mereka di tempat kedua di belakang juara kumpulan,Mexico.Pada perlawanan pembukaan kump B,Korea seri 0-0 dengan Mexico begitu juga perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Gabon,mereka seri juga dengan skor 0-0.Satu-satunya kemenangan yang berjaya diperolehi oleh Korea ialah pada perlawanan keempat peringkat kumpulan menentang Switzerland yang mana mereka menang 2-1 dalam perlawanan tersebut.Ayat skema habis heh.Seterusnya mereka terpaksa berhempas pulas menewaskan pasukan tuan rumah iaitu pasukan Great Britain U-23 menerusi sepakan penanti 5-4 sebelum mara ke peringkat separuh akhir ini.Players to watch: Park Chu-Young,Ki Seung Yeung dan Ji Dong Woon.

Ki Seung Yeung..Hensem >.<

Perjalanan skuad Brazil U-23 ke peringkat separuh akhir :

Brazil,seperti dijangka mudah melepasi peringkat kumpulan dimana mereka memenangi kesemua tiga perlawanan dalam kumpulan C,mengumpul mata maksimum 9 mata dari 9 possible points.Hanya pada perlawanan pertama sahaja mereka mendapat tentangan sengit di mana mereka menang 3-2 menentang Egypt.Baki 2 perlawanan peringkat kumpulan,mereka menang mudah 3-1 keatas Belarus dan 3-0 keatas New Zealand seterusnya melayakkan mereka ke peringkat suku akhir menentang naib juara kumpulan D iaitu pasukan Honduras U-23.Pada peringkat suku akhir, 2 gol dari Leandro Damio dan 1 gol penalti Neymar sends Brazilians to semifinal selepas berjaya menewaskan 9-mens Honduras 3-2.Players to watch : Terlalu banyak seperti Neymar,Damio,Oscar dan Hulk to name afew.

Neymar (Kiri) dan Oscar

STREAMING LINKS [Kick-off jam 2:45 pagi waktu Malaysia] :

Link 1  Link 2  Link 3  Link 4  Link 5

Tuesday, 7 August 2012

[Mexico U-23 Vs Japan U-23] Separuh Akhir 1 Bolasepak Lelaki Olimpik London 2012 - Preview Dan Link Live Streaming

  Assalamulaikum..Setelah semalam kita telah mengetahui pasukan bolasepak wanita manakah yang telah melayakkan diri ke perlawanan akhir bolasepak olimpik kali ini,hari ini tiba pula giliran pasukan-pasukan lelaki turun beradu untuk menentukan siapa yang lebih layak berada di final yang dijadualkan berlangsung pada 11 ogos nanti.Bagi kategori wanita yang berlangsung tengah malam dan awal pagi tadi pasukan wanita Jepun dan USA telah melayakkan diri ke pusingan akhir setelah menumpaskan lawan masing-masing diperingkat separuh akhir.Jepun menewaskan France dengan keputusan 2-1 manakala USA pula berjaya membenam Canada 4-3 setelah waktu kecederaan.

  Perlawanan pertama bagi peringkat separuh akhir bolasepak lelaki Olimpik 2012 adalah pertemuan antara pasukan dari asia iaitu Jepun U-23 bertemu pasukan Mexico U-23.Dijangka bakal dilakukan sepak mula pada jam 12 tengah malam nanti di Stadium Wembley.Pasukan Jepun pasti mengidam untuk mengikuti jejak langkah pasukan wanita mereka yang telah melayakkan diri ke final semalam manakala Mexico pula akan cuba untuk memberikan isyarat kepada dunia bolasepak tentang kekuatan pasukan mereka.



Perjalanan pasukan Jepun U-23 ke Peringkat separuh akhir :

Pasukan Jepun U-23 menjuarai kumpulan D dengan 7 mata hasil dari 2 kemenangan dan 1 seri.Diletakkan bersama-sama dengan Spain,Honduras dan Morocco dalam kumpulan ini Jepun memulakan kempen peringkat kumpulan dengan mengejutkan Spain U-23 dengan 1-0.Perlawanan seterusnya Jepun menang 1-0 keatas Morocco sebelum mengakhiri peringkat kumpulan dengan keputusan seri 0-0 menentang Honduras.Pasukan Jepun U-23 mara ke peringkat semifinal ini setelah menang mudah 3-0 keatas Egypt di quarterfinal.Players to watch : Kensuke Nagai dan Yuki Otsu.

Kensuke Nagai

Perjalanan pasukan Mexico U-23 ke peringkat separuh akhir :

Mexico juga seperti Jepun,juga layak dengan reputasi sebagai juara kumpulan mereka iaitu kumpulan B dengan jumlah mata yang sama iaitu 7 mata hasil 2 kemenangan dan 1 seri.Seri 0-0 pada perlawanan pertama menentang Korea selatan dan menang baki 2 perlawanan berikutnya iaitu 2-0 keatas Gabon dan 1-0 keatas Switzerland.Pada peringkat suku akhir,pasukan Mexico U-23 ini telah menewaskan Senegal 4-2 dalam satu perlawanan yang telah berlanjutan sehingga masa tambahan setelah terikat 2-2 dalam masa normal.Players to watch : Giovanni Dos Santos dan Hector Herrera.

STREAMING LINKS [ Kick-off jam 12 tengah malam waktu Malaysia]

Link 1 Link 2 Link 3 Link 4 Link 5

Monday, 6 August 2012

Separuh Akhir Bolasepak Wanita Olimpik 2012 [France Vs Japan] - Preview Dan Live Streaming Links

  Assalamulaikum WBT..Sukan paling utama,sekaligus sukan yang paling mendapat perhatian ramai dalam apa-apa kejohanan sekalipun iaitu sukan bolasepak telah memasuki peringkat separuh akhir bagi kategori lelaki dan wanita untuk olimpik 2012 ini.Walaubagaimanapun hanya perlawanan SF kategori wanita yang berlangsung dahulu manakala kategori lelaki akan dilangsungkan esok.Untuk kategori wanita ini 4 pasukan telah berjaya melayakkan diri ke peringkat SF iaitu pasukan France,Japan,USA dan Canada.Walaupun tidak se 'mouthwatering' kategori lelaki,acara bolasepak wanita jugak tidak kurang dari segi aksinya dengan barisan bintang dalam acara ini seperti Wambach dan Martha.

  Perlawanan pertama peringkat separuh akhir bagi kategori wanita ini menemukan pasukan France dan Japan.Satu Perlawanan yang dijangka akan menarik.Untuk perlawanan ini Jepun dilihat mempunyai sedikit kelebihan kerana  ada mendapat bantuan pemain skuad senior yang baru sahaja memenangi piala dunia wanita tidak lama dahulu.Perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium Wembley dan akan dijangkakan sepak mulanya pada jam 12 tengah malam waktu Malaysia.

Perjalanan pasukan France ke peringkat separuh akhir:

Pada peringkat kumpulan,France berada dalam kumpulan G bersama-sama pasukan fevret USA,Korea Utara dan Colombia.Pada peringkat ini mereka berjaya berada pada tempat kedua hasil 2 kemenangan dan 1 kali kalah.Pada peringkat kumpulan,Pasukan wanita France memulakan saingan dengan kekalahan kepada USA 2-4 walaupun pada mulanya mereka mendahului 2 gol.Untuk perlawanan seterusnya,mereka memperbaiki kelemahan dan telah membelasah Korea Utara 5-0 sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan kemenangan 1-0 keatas Colombia.Players to watch : Elodie Thomis dan Marie Laure-Delie.

Perjalanan pasukan Japan ke peringkat separuh akhir:

Berbeza dengan pasukan France,perjalanan pasukan Japan ke peringkat SF ini sebenarnya lebih berliku.Terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya mengalahkan Brazil di peringkat QF memang cukup gah bagi pasukan wanita Jepun dan disebabkan itulah pasukan Jepun dianggap sebagai fevret dalam perlawanan ini.Pada peringkat kumpulan,Japan berada kumpulan F yang mana mereka berjaya menduduki tempat kedua berdasarkan perbezaan mata dengan Sweden.Pada peringkat ini mereka seri 2 perlawanan iaitu menentang Sweden dan Afrika Selatan dan 1 kemenangan 2-1 keatas Canada.Players to watch : Homare Sawa dan Aya Miyama.



LIVE STREAMING LINKS [Kick-off jam 12 tengah malam waktu Malaysia]:

Link 1 Link 2 Link 3 Link 4 Link 5

Terbaik Dari Busuk