Monday 10 September 2012

10 Pemain Bolasepak Paling Bernilai Masa Kini [Bahagian 1]

  Assalamualaikum WBT..Me again..Figures.Jika minggu-minggu lepas Daus memilih untuk menyenaraikan 10 K-Pop singles paling berpengaruh ,untuk minggu-minggu mendatang pula Daus akan berkongsi dengan anda semua terutamanya penggemar dan pengikut dunia bolasepak dunia tentang 10 pemain bolasepak paling bernilai buat masa kini.Bagaimana mereka-mereka ini dinilai tidaklah pula Daus tahu tetapi yang pastinya salah satu dari kriteria penilaian tersebut merupakan gaji tahunan mereka.Oh mereka ini dinilai oleh transfermarket.co.uk berdasarkan nilai yuran perpindahan yang kelab semasa mereka mungkin akan terima jika mereka dijual sekarang.Mari kita mulakan.


#10 Sergio Busquets [Spain/FC Barcelona] - £37m

Sergio Busquets
Sergio Busquets,24 tahun merupakan pemain pilihan utama bagi 2 pasukan yang diakui terhebat dalam sukan bolasepak,Pasukan Spain dan FC Barcelona.Kebolehannya bertahan  dengan baik di bahagian tengah menjadikannya antara aset bagi kedua-dua pasukan walaupun sering digelar 'Diver' kerana mudah menjatuhkan badan ketika permainan.

#9 Robin Van Persie [Holland/Manchester United] - £42m


Robin Van Persie
Walaupun pahit untuk ditelan Arsenal Faithfuls tetap juga Robin Van Persie berpindah ke Manchester United dan menghancurkan hati jutaan peminatnya di Arsenal.Hanya berpindah dengan nilai 24 juta pound tetapi dengan mudah nilainya meningkat sekali ganda sekarang.

#8 David Silva [Spain/Manchester City] -  £44m

David Silva
Wakil kedua dari Spain dan semestinya bukanlah yang terakhir.Pemain cilik yang bijak mengatur permainan dan merancanakan gerakan tidak kira bagi Spain atau City diakui merupakan senjata ampuh bagi 2-2 pasukan yang di wakilinya.

P/S-Nantikan sambungan entri ini pada Isnin minggu depan =P


0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk