Sunday 23 June 2013

BootLeaks: Adidas F50 AdiZero 4

Blue Adidas F50 AdiZero IV
  ADIDAS F50 ADIZERO IV LEAKED| Assalamualaikum WBT.Beberapa keping gambar berikut dikatakan merupakan imej pertama untuk siri baru akan datang dalam keluarga boots F50 Adizero iaitu AdiZero F50 IV.AdiZero baru ini dijangkakan pelancarannya pada November ini dan dikatakan turut dilengkapi dengan beberapa teknologi baru ciptaan Adidas.Lionel Messi,imej eksklusif untuk keluarga AdiZero pula akan mendapat versi istimewanya sendiri pada tahun 2014 nanti.Boots ini nanti akan dilancarkan dan dipromosikan dengan slogan 'The Planet's Fastest Boots'.

Orange AdiZero F50 4
  Antara teknologi-teknologi baru yang didatangkan pada AdiZero 4 ini termasuklah HybridTouch yang menggabungkan material kulit dan sintetik.Bahagian 'Upper' pula dilengkapi dengan teknologi serbabaru oleh Adidas yang diberi nama 'Dribbletex Technology' yang merupakan tekstur/bahagian/plate cengkaman 3D untuk gelecekan pantas dalam semua keadaan cuaca seperti Nike's All Condition Control (ACC).Bahagian belakang 'Upper' pula disertakan dengan teknologi 'SpeedFoil'.Akhir sekali,bahagian 'Outsole' AdiZero 4 akan menggunakan konfigurasi stud 'SpeedTraxion 'untuk menyempurnakan kelicikan.

  Bagi edisi khas Messi pula,ianya menampilkan design dengan warna yang pelbagai.Agak pelik dan menjengkelkan tapi harus diingat ini hanyalah sekadar khabar angin.Versi Messi ini akan dilengkapi dengan Sole berwarna hijau yang dikenali dengan nama Solar Slime.Dengan warna-warna yang pelbagai,versi ini mungkin menjadi versi Messi yang paling meriah.

Sumber dan gambar dari FootyHeadlines
Adidas AdiZero 4 Messi..Meriah XD

0 Orang Komen Sini =):

Post a Comment

Komen2...Komen Yang Membina Taw..=)

Terbaik Dari Busuk